Berita gembira buat semua penjawat awam! Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam berjumlah RM500, serta RM250 pula buat pesara berpencen dan tidak berpencen.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Kewangan Aidil fitri 2026 ini.

Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2026?
Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan.
Pengumuman pemberian bantuan ini adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Tarikh Bayaran BKKA (Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026)
Bantuan Khas Kewangan Aidil fitri 2025 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Mac 2026.
Jumlah Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026
Bantuan khas kewangan Aidil Fitri membabitkan:
- RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 15 ke bawah termasuk kakitangan lantikan kontrak (contract of service, contract for service, pegawai sambilan harian dan lantikan MySTEP.
- RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk :
- Media sosial rasmi Anwar Ibrahim
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Berita RTM
Baca juga:




