BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

Beban warga Sarawak bulan ini kian terasa disebabkan BKSS 8.0 yang memberi diskaun 25% elektrik & air telah tamat bulan Jun yang lalu.

Ramai menjangkakan mereka terpaksa membayar kenaikan bil air dan elektrik bulan Julai.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BKSS 8.0 yang telah diumumkan oleh Kerajaan Sarawak sebelum ini.

Apakah BKSS 8.0?

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bertemakan “Pemulihan Sosioekonomi Rakyat” dengan perbelanjaan sebanyak RM285.47 juta pada Jumaat, 28 Januari 2022.

bkss 8

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akur dengan beban dan kesulitan dihadapi rakyat sepanjang tempoh pandemik Covid-19 telah melancarkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 (BKSS 8.0) bernilai RM285.47 juta.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan melancarkan BKSSS 8.0 yang melibatkan bantuan-bantuan bukan tunai untuk terus membantu mengurangkan beban rakyat bernilai RM285.47 juta merangkumi enam bulan pertama 2022.

“Ini merupakan antara kadar bantuan terbesar oleh sesebuah kerajaan negeri di negara ini. Ini tidak termasuk peruntukan khas berjumlah melebihi RM91 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) bagi menampung perbelanjaan menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Hari Perkhidmatan Awam 2022 menerusi laporan TVS.

Beliau berkata, demi mengurangkan impak Covid-19, sepanjang tahun 2020 dan 2021 Kerajaan Sarawak telah melaksanakan tujuh pakej bantuan kepada rakyat, iaitu BKSS 1.0 hingga BKSS 7.0 dengan 30 program melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.30 bilion.

“Sebagai ketua sebuah kerajaan yang sentiasa mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, saya dan seluruh rakan-rakan kabinet, juga dengan kepimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Persekutuan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha untuk melindungi keselamatan dengan kesejahteraan rakyat kita,” katanya.

Oleh itu, Abang Johari berkata, JPBN sentiasa bekerja sepanjang masa untuk memastikan keselamatan rakyat terus terpelihara.

Berikut disenaraikan antara insentif dan bantuan yang diumumkan melalui BKSS 8.0 yang akan disalurkan pada tahun 2022 ini.

Baca juga: BKSS 6.0: Semakan Status Bayaran Untuk KIR (RM250) & Bujang (RM500)

Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0

RINGKASAN BKSS 8.0

  1. Diskaun Bil Elektrik 5% sehingga 25% kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Januari hingga Jun 2022 melibatkan diskaun berjumlah RM166.8 juta yang akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.
  2. Diskaun Bil Air 10% hingga 25% untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Januari hingga Jun 2022 melibatkan diskaun berjumlah RM24.0 juta yang akan dibiayai Kerajaan Sarawak.
  3. Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Januari hingga Jun 2022. Kos keseluruhan diskaun melebihi RM2.6 juta.
  4. Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Januari hingga Jun 2022. Ia melibatkan kos sebanyak RM2.0 juta kepada Kerajaan Sarawak.
  5. Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk penjaja dan peniaga kecil akan diteruskan bagi bulan Januari hingga Jun 2022. Keseluruhan diskaun berjumlah RM1.7 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.
  6. Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 akan diberi kepada pengusaha penambang, pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah di Sarawak bagi membolehkan mereka memberi perkhidmatan yang diperlukan. Ia melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM870,000.
  7. Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas Penjaja & Peniaga Kecil berjumlah RM1,000 secara one-off kepada 87,500 penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan dalam tahun ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM87.5 juta.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Geran Bantuan Penjaja & Peniaga Kecil BKSS 8.0, sila rujuk artikel terkini : BKSS Penjaja 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)

Lain-lain Bantuan

Selain bantuan yang disebutkan di atas, difahamkan terdapat beberapa lagi bantuan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 iaitu:

  • Housing Deposit Assistance Scheme (HDAS). Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA.
  • Peruntukan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.
bkss 8.0

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak berikut: https://service.sarawak.gov.my/

ATAU

Rujuk FAQ Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 melalui pautan ini https://srms.sarawak.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!