Advertisements

BKSS Penjaja 6.0: Semakan Bayaran Geran RM1000

Advertisements

SEMAKAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 6.0 (BKSS PENJAJA) 2021

Berita baik untuk golongan penjaja, peniaga kecil dan pengusaha gerai makanan yang tidak berlesen, difahamkan bayaran kedua Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2021 (BKSS Penjaja 6.0) kini sudah mula dikreditkan ke akaun SarawakPay masing-masing.

Semua permohonan mesti memenuhi garis panduan dan kriteria kelayakan untuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Antara kriteria ialah pemohon mestilah warga Sarawak yang menetap dan berniaga di Sarawak, berumur 18 tahun ke atas dan pemohon mestilah peniaga yang pernah mengendalikan gerai sebelum 1 Jun 2022.

Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang permohonan Permit Bantuan BKSS 2021.

KRITERIA BAGI PERMOHONAN “BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)” BAGI PENJAJA/PENIAGA KECIL/GERAI MAKANAN YANG TIDAK BERLESEN

  1. Pemohon HENDAKLAH warga Sarawak yang menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon adalah bagi peniaga-peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan secara fizikal seperti menjalankan perniagaan menggunakan stall / kiosk / di bahu jalan sebelum 1 Jun 2021.
  4. Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi adalah layak memohon dengan melampirkan dokumen pengesahan berkaitan dengan perniagaan.
  5. Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.
  6. Peniaga hendaklah berdaftar dan mempunyai permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.
  7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021.
  8. Tempoh sah permit adalah dari bulan Jun sehingga November 2021, tanpa sebarang bayaran permit (RM30.00) dikenakan sepanjang tempoh sah ini.
  9. Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar. Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.
  10. PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan tidak akan dilayan.
  11. Pembayaran untuk BKSS adalah melalui:
    • Sarawak Pay

Sila rujuk: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Cara Permohonan BKSS Penjaja

  1. Layari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/
  2. Tekan menu ‘Borang Permohonan Permit’
  3. Isikan maklumat yang disediakan (Ruangan bertanda * wajib diisi)
  4. Sertakan lampiran yang disenaraikan seperti di bawah.
  5. Tick butang ‘Setuju’
  6. Tekan butang ‘Hantar’
permit bkss 2021

Permohonan yang berjaya dihantar akan mendapat notifikasi seperti di bawah.

permit bkss 2021

Semakan Status Kelulusan & Bayaran BKSS Peniaga 2022

  1. Layari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/
  2. Tekan butang ‘Semak Status’
  3. Isikan nombor kad pengenalan.
  4. Status anda akan dipaparkan.

Anda juga akan menerima SMS kelulusan / notis seperti di bawah.

Tarikh Bayaran BKSS Peniaga / Penjaja 2021

Bagi pemohon yang telah mendapat status LULUS, anda akan terima bayaran bantuan BKSS Peniaga / Penjaja yang akan dibayar secara berfasa:

  • Fasa 1: RM750 (Mulai Ogos 2021)
  • Fasa 2: RM750 (Mulai Disember 2021)

Bayaran akan dikreditkan melalui SarawakPay seperti di bawah.

Bkss penjaja

Melalui SarawakPay juga, anda boleh membuat pemindahan wang atau pengeluaran secara tunai di BSN dengan caj RM1.00.

Sila buat semakan pembayaran melalui SarawakPay untuk maklumat selanjutnya.

Rujuk: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang permohonan permit BKSS 2021, boleh menghubungi Talikhidmat di talian 082-555 999 atau email [email protected]

Leave a Comment