Tawaran Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021

Tawaran BIASISWA PENUH tajaan FELDA / FGV kepada pelajar lepasan SPM 2021 khususnya kepada Anak Peneroka, Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA dan Kumpulan FELDA kini dibuka melalui Program Global Digital Leadership 2022.

Sila rujuk syarat permohonan dan info tawaran dalam maklumat yang dikongsikan di bawah.

Tawaran Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021

FELDA mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM 2021 yang layak untuk memohon ke Program Global Digital Leadership (GDL) bagi melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University ambilan sesi 2022.

  • Tawaran Tajaan Peringkat Foundation & Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  • Elaun Sara Hidup sepanjang pengajian
  • Kemudahan penginapan
  • Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme (IEP)
  • Neuro Linguistic Programming (NLP)

Syarat Permohonan

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021
  • Anak Peneroka / Generasi Baharu FELDA / Anak petugas FELDA & Kumpulan FELDA
  • Lepasan SPM Tahun 2021
  • Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
biasiswa felda

Untuk permohonan, sila imbas Kod QR atau pautan seperti di bawah:

a) Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA
https://tinyurl.com/3dym6phk

b) Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA
https://tinyurl.com/mryvpypk\

Tarikh Tutup Permohonan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 JUN 2022 | RABU

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Di Bawah Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021

Sila rujuk senarai program melalui poster yang dipaparkan.

felda fgv

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

  • Norhana : Bahagian Latihan Yayasan FELDA) : 016-491 0711
  • Shahrul : (Bahagian Pendidikan dan Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA) : 013 – 260 1304

Rujuk poster di atas atau scan QR code yang tertera pada poster.

Layari laman web Asia Pacific University of Technology & Innovation melalui pautan : https://www.apu.edu.my

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!