Belanjawan 2024 : Senarai Intipati Bajet 2024 (Ringkasan Infografik)

BELANJAWAN 2024: KEMASKINI – Senarai Penuh Intipati Bajet 2024

Belanjawan 2024 diawalkan seminggu walaupun pada kebiasaannya, bajet akan dibentangkan pada hari Jumaat, minggu ketiga bulan Oktober.

Namun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tidak ada masalah tarikh pembentangan Belanjawan 2024 diawalkan kerana tempoh itu tidak jauh beza.

Tarikh & Fokus Belanjawan 2024

Belanjawan 2024 akan dibentangkan pada 13 Oktober 2023, jam 4.00 petang.

Intipati Bajet 2024 : ‘Memperkasa Ekonomi MADANI’

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa Majlis Libat Urus Belanjawan 2024, ‘Memperkasa Ekonomi MADANI’ ialah dasar menyeluruh Kerajaan Perpaduan yang berhasrat untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara ini.

Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk mengangkat sebuah Malaysia MADANI yang punyai azam global, berteraskan nilai MADANI demi kesejahteraan rakyat.

ENAM NILAI MADANI yang dijadikan sebagai paksi utama iaitu, Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan & Ihsan.

belanjawan 2024
belanjawan 2024 intipati bajet

‘Memperkasa Malaysia MADANI’ bagi Belanjawan 2024 beriltizam mengangkat Malaysia MADANI yang mempunyai azam global, berteraskan nilai MADANI demi kesejahteraan rakyat.

Kerajaan menyasarkan dua dasar iaitu menjadikan Malaysia Peneraju Ekonomi Asia dan memastikan Kehidupan Rakyat yang Berkualiti.

Fokus Bajet 2024

Pengawalan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2024.

Penganalisis menyatakan, itu antara yang akan diberi fokus dalam Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan pada 13 Oktober ini.

Menurut penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, cabaran global meliputi perang dagang Amerika Syarikat dan China serta negara-negara maju yang mengalami inflasi akan memberi impak kepada ekonomi negara.

Justeru, penganalisis meramalkan belanjawan kali ini bercirikan pengembangan yang akan membantu mengatasi situasi ekonomi semasa dan mencapai matlamat Ekonomi Madani.

Industri keselamatan makanan juga akan menjadi fokus bagi mengeluarkan hasil makanan yang cukup kepada rakyat tanpa bergantung kepada import.

Baca juga : Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani

Siaran Langsung Intipati Bajet 2024 [ LIVE ]

Nantikan pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023 (Jumaat).

Siaran Langsung pembentangan dan intipati Bajet 2024 boleh disaksikan di saluran RTM, BERNAMA dan menerusi Facebook Live Jabatan Penerangan Malaysia.

RTM Live

BERNAMA TV Live

Layari portal Belanjawan 2024 di pautan https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Senarai Penuh Intipati Belanjawan 2024

PM Anwar bentang Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat :

Berikut dikongsikan butiran dan intipati pembentangan PM dalam Belanjawan 2024 :

  • Kadar pengangguran berjaya turun kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos tahun ini
  • Pertumbuhan KDNK bagi tahun 2023 diunjurkan semula kepada 4.0 peratus – PM Anwar
  • Kerajaan jangka pertumbuhan KDNK antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus – PM Anwar
  • Bagi tahun 2023, anggaran hasil yang disemak semula ialah RM303.2 billion ketimbang RM291.5 billion
  • Kerajaan yakin capai pertumbuhan hampir 5.0 peratus dengan pelaksaan pembaharuan Ekonomi Madani
  • Defisit fiscal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus berbanding 5.0 peratus sasaran tahun ini dan 5.6 peratus bagi tahun 2022
  • Kerajaan Perpaduan memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion bagi Belanjawan 2024
  • Peruntukan untuk Kementerian Kewangan, Pendidikan dan Kesihatan secara kolektif merangkumi 42.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan Belanjawan 2024
  • Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 17.4 peratus daripada perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM52.8 bilion
  • Sektor sosial diperuntukkan RM149.7 bilion atau 7.6 peratus daripada KDNK, diikuti ekonomi RM66.7 bilion, keselamatan RM40.1 bilion dan pentadbiran am RM16.9 bilion
  • Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.0 hingga 5.0 peratus pada tahun depan
  • Sektor pembuatan diunjur berkembang sebanyak 4.2 peratus pada 2024 didorong prestasi lebih baik dalam industri berorientasikan eksport dan domestik
  • Kadar inflasi diunjur berada antara 2.1 hingga 3.6 peratus pada tahun depan
  • Eksport kasar diunjur meningkat 5.1 peratus manakala import kasar berkembang 4.9 peratus pada 2024
  • Akaun semasa dijangka mencatat lebihan sebanyak RM62.2 bilion daripada PNK
  • Permintaan domestik diunjur berkembang sebanyak 5.3 peratus pada 2024
  • Kadar pengangguran pada 2024 dijangka kembali ke paras sebelum pandemik pada 3.4 peratus
  • Hasil kerajaan Persekutuan pada 2024 dijangka mencatatkan pertumbuhan 1.5 peratus kepada RM307.6 bilion didorong oleh kutipan cukai lebih tinggi
  • Cukai pendapatan petroleum dijangka berjumlah RM21.7 bilion berikutan purata harga minyak mentah yang stabil pada paras US$85 setong
  • Harga MSM diunjur berada pada jajaran antara RM4,000 hingga RM4,500 setan metrik pada 2024

PENGUATKUASAAN CUKAI 2024

  • Kerajaan akan kuatkuasa pelaksaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024
  • Kadar cukai perkhidmatan (SST) dicadang dinaikkan kepada 8 peratus berbanding 6 peratus sekarang
  • Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Tinggi pada kadar 5.0 peratus hingga 10.0 peratus ke atas barang bernilai tinggi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai yang dipungut oleh kerajaan adalah antara yang terendah di Asean pada 11.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ketimbang (berbanding) Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).
Menurutnya kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0% berbanding 6.0% dan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

KAWALAN HARGA AYAM & TELUR

Kawalan harga sementara ayam & telur akan dilepaskan agar pasaran tempatan boleh berfungsi bebas dalam pastikan keterjaminan bekalan

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN BAHARU (NIMP)

  • BNM, sektor kewangan sedang bangun Portal Fraud Kebangsaan dijangka siap menjelang pertengahan 2024
  • Kerajaan sedia peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah NIMP sebagai pemangkin, dana permulaan 2024 sebanyak RM200 juta
  • NIMP sasar jumlah pelaburan keseluruhan RM95 bln, disamping 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan menjelang 2030
  • Institusi kewangan pembangunan akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank, Exim Bank
  • Kerajaan berhasrat merasionalisasi subsidi secara berfasa
  • Pendekatan subsidi bersasar telah menjimatkan lebih RM4.6 bln daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bln
  • Kerajaan akan memperkukuh persekitaran modal teroka melalui pemusatan agensi modal seperti Penjana Kapital dan MAVCAP di bawah Khazanah Nasional Bhd

PKS

  • RM900 juta dana pinjaman dibawah BNM untuk galakkan PKS tingkat produktiviti melalui automasi, pendigitalan
  • RM100 juta geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat usahawan PKS, pengusaha mikro
  • Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama lima tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam bagi menyokong pembangunan IBFC
  • Sembilan institusi kewangan tawar program khusus untuk PKS halal selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030
  • RM40 juta bagi laksana Program Shop Malaysia Online bagi peniaga kecil khusus dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah
  • Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 kepada 30 hari
  • Selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan akan tumpukan kepada Kerjasama Awam-Swasta-Dermawan dalam laksanakan projek rakyat

KWSP

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan dengan peruntukan 50 juta ringgit memanfaatkan lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah eKasih
  • Program i-Sayang KWSP akan diperluas untuk turut membolehkan isteri memindahkan 2% caruman KWSP syer pekerja kepada suami
  • Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa

PENJAWAT AWAM

  • Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal RM2,000, dibayar akhir Februari 2024
  • Pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen terima Bayaran Insentif Awal RM1,000, dibayar akhir Februari 2024

BANTUAN RAKYAT (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024 – STR)

  • Bayaran pertama dinaikkan kepada RM 500 dan dibayar sebelum Ramadan.
  • Kadar Maksimum STR dinaikkan daripada RM3,100 kepada RM3,700.
  • Kadar Minimum STR belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
sumbangan asas rahmah sara bantuan

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA 2024)

Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima 100 ringgit sebulan untuk tempoh 12 bulan.

YURAN PENGAJIAN IPT

  • Yuran bagi pendaftaran masuk ke Universiti Awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500
  • Tiada sekatan pendaftaran subjek bagi setiap semester bagi pelajar yang tidak mampu membayar yuran pengajian

DISKAUN PTPTN 2024

  • Diskaun 10% atas baki hutang dengan penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Rumusan / Ringkasan Intipati Belanjawan 2024

Sila rujuk ringkasan / rumusan di bawah :

intipati belanjawan 2024
intipati belanjawan 2024
intipati belanjawan 2024
intipati belanjawan 2024

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia 

intipati belanjawan 2024
intipati belanjawan 2024
Sumber : Pejabat Perdana Menteri (PMO Malaysia)

Maklumat Lanjut / Senarai Infografik Penuh

Untuk melihat senarai penuh Intipati Belanjawan 2024, sila rujuk saluran berikut:

Sumber rujukan : BERNAMA

Rangkuman / Imbas Balik Bajet 2023

INTIPATI BELANJAWAN 2023 : MEMBANGUN MALAYSIA MADANI

Berikut adalah antara intipati dan ringkasan Bajet 2023 yang mendapat perhatian rakyat :

1. Ujian Lesen Memandu Percuma

– Bayaran ujian lesen memandu motosikal B2, teksi, bas & ehailing akan ditanggung kerajaan

2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

– Isi rumah kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada jumlah anak

– Tambahan RM600 (bakul makanan & baucar kepada isi rumah penerima STR termiskin berdasarkan maklumat e-Kasih)

3. Kredit e-Tunai Belia Rahmah

– RM200 kredit e-tunai untuk belia umur 18 – 20 tahun

4. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

– Pesawah padi akan menerima RM200 sebulan selama 3 bulan / semusim

– Pekebun kecil getah menerima RM800sebulan selama 4 bulan

5. Percukaian

– Kerajaan tidak akan melaksanakan GST & memperkenal kaedah lain untuk meningkatkan hasil negara

– Pengenalan cukai barangan mewah seperti jam tangan dll

– Cukai PKMS bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama akan dikurangkan kepada 15% dari 17% baki taksiran tahun 2023

– Kadar cukai pendapatan RM35,000 sehingga RM100,000 dikurangkan ke 2%. Untuk pendapatan RM100,000 sehingga RM1 juta dinaikkan dari 0.5% – 2%.

6. Diskaun PTPTN

– Bermula 1 Mac 2023, diskaun 20% bayaran balik selama 3 bulan

7. Tarif Elektrik

– Harga tarif elektrik pengguna domestik & PKS dikekalkan ikut kadar semasa

8. Rokok Elektronik / Vape

– Pengenalan duti eksais kepada produk cecair / gel mengandungi nikotin bagi produk vape

9. Pelepasan Muflis Kecil

– Individu diisytihar muflis bagi hutang bawah RM50,000 akan diberikan peluang kedua bermula 1 Mac 2023

10. Elaun Guru KAFA Dan Sumbangan Khas RM600

– Guru KAFA terima kenaikan elaun RM100, menjadikan jumlah elaun RM1,100

– Imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA & guru takmir akan terima RM600

11. Bonus / Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam & Pesara Kerajaan

– RM700 diberikan kepada penjawat awam (Gred 56 ke bawah) termasuk lantikan kontrak, pesara kerajaan akan terima RM350

12. Pas My50

– Pas bulanan RM50 bagi penggunaan LRT, MRT & bas Rapid di Lembah Klang

13. Pengampunan Penalti 100% LHDN

– Pengakuan sukarela cukai bermula 1 Jun 2023 – 31 Mei 2024 akan diberi pengampuan penalti Video Ucapan Pembentangan Bajet 2023

Menelusuri Belanjawan 2023, kerajaan ambil pendekatan subsidi bersasar bagi melindungi golongan kurang bernasib baik.

Untuk semua maklumat terkini, sila layari : https://budget.mof.gov.my/ms/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!