Permohonan Bantuan Peralatan Asas Perniagaan Johor 2026

bantuan peralatan asas perniagaan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Golongan sasar di Negeri Johor seperti ibu tunggal, wanita B40, belia dan OKU berpeluang untuk menerima Bantuan Peralatan Asas Perniagaan menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) yang boleh dipohon menerusi borang permohonan di pautan https://bit.ly/MySKIPP2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Peralatan Asas Perniagaan Johor

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor dibawah YPKDT bagi memperkasa ekonomi wanita dan golongan sasar yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor di dalam Belanjawan Johor 2026.

Menerusi bantuan ini, golongan sasar yang layak dan terpilih akan menerima bantuan mesin dan peralatan asas perniagaan untuk mereka menjalankan perniagaan.

Dengan adanya bantuan ini, ini sedikit sebanyak dapat menggalakkan golongan sasar di Negeri Johor untuk terlibat dalam bidang perniagaan di negeri tersebut.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka adalah pada 1 Januari 2026 (Khamis) sehingga 30 Januari 2026 (Jumaat).

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan mesin dan peralatan asas perniagaan yang akan diterima adalah sehingga RM3,500.00 (tertakluk kepada kelulusan).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Johor atau mereka yang bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya lima (5) tahun berturut-turut.
  2. Berumur 18 hingga 55 tahun semasa memohon.
  3. Terbuka kepada golongan sasar YPKDT iaitu Ibu Tunggal, Wanita Berpendapatan Rendah (B40), Belia Wanita B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU).
  4. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang pernah menyertai kursus dibawah kendalian YPKDT seperti WINGS, KIUB atau sebarang kursus berkaitan perniagaan.
  5. Terbuka kepada usahawan golongan sasar YPKDT yang mengusahakan perniagaan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan keatas dan kurang daripada lima (5) tahun atau belum pernah menerima bantuan daripada mana-mana agensi berkaitan.
  6. Keutamaan diberikan kepada usahawan yang menghasilkan produk sendiri dan telah menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan atau RM6,000.00 setahun dan kurang daripada RM5,000.00 sebulan atau RM60,000.00 setahun.
  7. Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor.
  8. Keutamaan diberikan kepada golongan sasar YPKDT yang belum mempunyai SSM.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon boleh memuat turun borang permohonan di pautan https://bit.ly/MySKIPP2026.

Isi borang permohonan tersebut dan sediakan dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Surat Pengesahan Ibu Tunggal / Sijil Kematian / Sijil Penceraian (jika berkenaan)
  • Salinan SSM (sekiranya ada)
  • Salinan Slip Gaji Terkini (jika masih bekerja)
  • Pengesahan Pendapatan Bulanan oleh Penghulu, Pegawai Daerah, Ketua Jabatan atau mana mana Pegawai Kerajaan dan Golongan Profesional (sekiranya pekerjaan tidak menuntut slip gaji) (Sila gunakan Borang Pengesahan Pendapatan seperti di lampiran)
  • Salinan gambar peralatan dan anggaran harga yang dipohon (sekiranya ada)

Hantar borang dan semua dokumen ke alamat:

YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM
TINGKAT 1 & 2, BANGUNAN DATO’ MOHAMAD IBRAHIM MUNSYI KOTA ISKANDAR,
79603, ISKANDAR PUTERI,
JOHOR DARUL TA’ZIM

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan Peralatan Asas Perniagaan?

Bantuan Peralatan Asas Perniagaan adalah bantuan kepada golongan sasar untuk menerima mesin dan peralatan asas perniagaan untuk menjalankan perniagaan.

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Januari 2026 (Khamis) sehingga 30 Januari 2026 (Jumaat).

Berapakah jumlah bantuan yang akan diterima?

Jumlah bantuan yang akan diterima adalah sehingga RM3,500.00 (tertakluk kepada kelulusan).

Bagaimanakah saya boleh memuat turun borang permohonan?

Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi pautan https://bit.ly/MySKIPP2026.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Strategik di talian 07-2666526/6544 atau melayari www.ypkdt.gov.my.

Baca juga: Geran Agropreneur NextGen: Bantuan Barangan Hingga RM50,000

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut