Advertisements

BSP 3.0 : Semakan & Senarai Bantuan Sabah Prihatin 2021 RM300

Advertisements

Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan edisi ketiga Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) berjumlah lebih RM154.83 juta sebagai peruntukan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata antara bantuan itu ialah bayaran RM300 sekali beri yang akan memanfaatkan 370,432 penerima dan akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata bantuan one-off RM300 itu membabitkan seramai 370,432 penerima manakala bantuan bakul makanan adalah sebanyak 343,665.

Katanya, Bantuan Sabah Prihatin 3.0 itu adalah bantuan tambahan kepada RM238,369,318 juta yang sudah diagihkan menerusi Bantuan Sabah Prihatin 1.0 dan 2.0, sejak hujung tahun lalu.

“Mesyuarat Kabinet Negeri. pada 9 Jun 2021 telah memutuskan pemberian Bantuan Khas 3.0 COVID-19. Bantuan Kerajaan Negeri ini adalah tambahan kepada pelbagai jenis bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat baru- baru ini termasuk Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM2.1 bilion serta Geran Khas Prihatin sebanyak RM1.5 bilion kepada perusahan kecil dan sederhana (PKS).

Bantuan one-off RM300 melibatkan jumlah RM120,469,481 dan bantuan bakul makanan bernilai RM34,366,500 juta.

“Dengan penambahan bantuan 3.0 ini, secara keseluruhannya sejumlah RM358,838,800 juta termasuk bantuan awal (bantuan 1.0 dan 2.0) telah dan akan diagihkan kepada rakyat yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik ini. Saya berharap bantuan ini (Bantuan Sabah Prihatin 3.0) akan membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik ini,” katanya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan dalam sidang media khas pada 10 Jun 2021.

Baca juga: Borang Permohonan Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 2021)

Senarai Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0)

Bantuan BSP 3.0 RM300 one-off

Bantuan RM300 diperuntukkan kepada golongan berikut:

  • Kategori miskin, miskin tegar & e-Kasih
  • Usahawan mikro dan kotej
  • Penjaja Kecil
  • Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu.
  • Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak , pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS
  • Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan)

Bantuan RM1000 hingga RM5000 Untuk Hotel, Penginapan & Pengusaha Pelancongan

Bantuan sebanyak RM2,879,500 diperuntukkan untuk sektor pelancongan, antaranya seperti berikut:

  • RM5000 – untuk hotel 4&5 bintang
  • RM2000 – untuk hotel 3,2,1 bintang
  • RM2000 – 3,2,1, orkid
  • RM1,000 – Persatuan Homestay
  • RM1,000 – Hotel yang belum mendapat penarafan
  • RM2,000 – pengusaha pelancongan

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 yang diagihkan dalam masa terdekat yang merangkumi pembayaran secara tunai one-off RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada pelajar institusi pengajian swasta dan awam.

Katanya, Bantuan Sabah Prihatin itu akan diagihkan menerusi lapan kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.

Baca juga: GKP 3.0: Semakan Status & Bayaran RM1000 (Fasa 1) Mulai 8 Jun 2021

Cara Semakan Status Bayaran BSP 3.0 RM300

Untuk membuat semakan status bayaran, sila layari laman web BSP 3.0 di pautan berikut:

https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran dikreditkan bermula Julai 2021 secara berperingkat.

Maklumat Lanjut

Untuk semakan status dan maklumat lanjut, sila layari laman web https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/

Leave a Comment