Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021

BANTUAN DERMASISWA ZAKAT KEDAH MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MESIR , JORDAN DAN INDONESIA BAGI TAHUN 2021 KINI DIBUKA

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah merupakan bantuan oleh Lembaga Zakat Kedah yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi.

Berikut dikongsikan maklumat bagi Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Kedah 2021 khusus bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan & Indonesia.

dermasiswa kedah 2021

Syarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Mesir)

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan /
    institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah
  4. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
  5. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.
  6. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:
    • i. Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
    • ii. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    • iii. Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikan
    • iv. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan.
    • v. Salinan akaun bank pemohon
    • Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)

Syarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Jordan)

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan / institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  4. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon
  5. Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA
  6. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian
  7. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :
    • i. Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
    • ii. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    • iii. Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 (Tasdiq) yang diterjemah daripada Majlis Persatuan Pelajar
    • iv. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) daripada pihak Universiti atau yang diterjemah oleh Majlis Persatuan Pelajar
    • v. Salinan akaun bank pemohon
    • vi. Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar )

Syarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia)

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan /
    institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  4. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon
  5. Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA
  6. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian.
  7. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :
    • i. Salinan kad pengenalan pemohon
      (pelajar)
    • ii. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    • iii. Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
    • iv. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
    • v. Salinan akaun bank pemohon
    • vi. Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan 16 MAC 2021 SEHINGGA 31 MAC 2021.

Baca juga: Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2021

Cara Permohonan

Pemohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman web www.zakatkedah.com.my atau terus ke pautan berikut :

http://bit.ly/LZNKMESIR2021
( Dermasiswa Mesir )

http://bit.ly/LZNKJORDAN2021
( Dermasiswa Jordan )

http://bit.ly/LZNKINDONESIA2021
( Dermasiswa Indonesia )

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan:

http://bit.ly/GarisPanduanDermasiswa

SEBARANG PERSOALAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN :

Atase Pendidikan Kedah ( bagi penuntut di Timur Tengah ) / Persatuan Pelajar Anak Kedah Mesir / Jordan / Indonesia

Bahagian Pendidikan
Aras 5, Menara Zakat, Jalan telok Wan Jah
05200 Alor Setar
No Tel : 1800-88-1740 / whatsapp : +60 19-910 6349

Bantu kami share artikel ini: