Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Tak lulus rayuan UPU? Jangan risau! Berikut dikongsikan senarai UA yang membuat ambilan kedua universiti awam (second intake) dalam masa terdekat ini.

Permohonan terbuka kepada semua lepasan STPM.

Anda yang berminat boleh memohon secara online di portal universiti awam masing-masing. Berikut dikongsikan caranya.

Ambilan Kedua Universiti Awam (Second Intake) Lepasan STPM Bagi Kemasukan Sesi 2026/2027

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM SARJANA MUDA BAGI LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK II 2026/2027 (Feb/Mac 2027)

Berikut adalah lapan Universiti Awam (UA) yang menawarkan saluran ambilan kedua bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik II 2026/2027 dengan Yuran Bersubsidi Kerajaan:

1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) : pengambilan.uitm.edu.my
2. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM):https://eadmission.iium.edu.my/
3. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM): https://wapps.uthm.edu.my/intake/
4. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM): https://etasjilv2.usim.edu.my/
5. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM): https://www.utem.edu.my/kemasukan
6. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA): https://admission.umpsa.edu.my
7. ⁠UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP): https://e-kemasukan.unimap.edu.my
8. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI): https://ebitara.upsi.edu.my/login

ambilan kedua upu lepasan stpm 2026
Sumber: BKPA UPU

SOALAN LAZIM FAQ HEBAHAN KEPUTUSAN UPUOnline® bagi LEPASAN STPM/Setaraf Sesi Akademik 2026/2027

Berikut dikongsikan Soalan Lazim tentang permohonan rayuan UPUOnline dan juga persoalan berkaitan ambilan kedua universiti awam.

Jika gagal dalam permohonan rayuan UPUOnline, apakah saluran pilihan yang boleh dikemukakan oleh calon?

Bagi calon yang tidak berjaya mendapat tawaran melalui hebahan rayuan, calon masih boleh mengemukakan permohonan melalui kaedah berikut:

a. Ambilan Kedua / Second Intake – Subsidi Kerajaan (dilaksanakan oleh beberapa UA sahaja) https://tinyurl.com/AmbilankeduaUA 
b. Saluran Terbuka – Tanpa Subsidi Kerajaan (dilaksanakan oleh beberapa UA sahaja)
c. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) – Permohonan tidak melalui sistem UPUOnline®
d. Permohonan UPUOnline® Sesi Akademik 2027/2028

Bagaimanakan cara atau kaedah untuk mengemukakan permohonan Second Intake?

Second Intake ialah ambilan kedua yang dilaksanakan oleh UA tanpa melalui sistem UPUOnline®. Ianya diwujudkan untuk memenuhi unjuran yang ditetapkan bagi Ambilan Sesi 2 berdasarkan enrolmen UA masing-masing. Segala urusan berkaitan ambilan kedua diuruskan sepenuhnya oleh pihak UA.

Hanya beberapa UA akan membuka ambilan kedua dan hebahan bagi ambilan kedua akan dilaksanakan selepas keputusan UPUOnline® namun pelaksanaannya adalah berbeza mengikut universiti. Calon boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan bagi ambilan kedua yang akan dilaksanakan menerusi pautan berikut:

1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) : pengambilan.uitm.edu.my
2. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM):https://eadmission.iium.edu.my/
3. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM): https://wapps.uthm.edu.my/intake/
4. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM): https://etasjilv2.usim.edu.my/
5. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM): https://www.utem.edu.my/kemasukan
6. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA): https://admission.umpsa.edu.my
7. ⁠UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP): https://e-kemasukan.unimap.edu.my
8. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI): https://ebitara.upsi.edu.my/login

Pemohon juga perlu merujuk hebahan rasmi dan memohon terus melalui portal UA mengikut borang serta prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak UA.

Adakah permohonan rayuan UPUOnline mempunyai Fasa Kedua seperti Fasa Permohonan?

Permohonan rayuan melalui UPUOnline hanya dilaksanakan sekali sahaja dalam setahun. Jika calon tidak berjaya mendapat sebarang tawaran melalui UPUOnline semasa hebahan keputusan rayuan, calon boleh mengemukakan permohonan secara terus kepada UA yang membuka pengambilan sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan kedua (Second Intake) atau saluran terbuka (direct intake) , calon boleh hubungi terus atau semak portal dengan pihak UA.

Bilakah permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2027/2028 akan dibuka?

Permohonan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2027/2028 dijangka akan dibuka pada bulan Januari 2027. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang https://upu.mohe.gov.my .
Calon boleh mendapatkan maklumat berkaitan pembukaan UPUOnline® melalui hebahan di media sosial rasmi BKPA UPU.

Penulis
Biografi User