Biodata Alif Syukri, Usahawan Berjaya dan Terkenal Di Malaysia

Alif Syukri atau lebih dikenali dengan panggilan “Datuk Terlajak Laris” adalah seorang usahawan Malaysia yang sering viral di media sosial dengan idea “marketing” yang menarik banyak mata warganet untuk memberi tumpuan kepada dirinya.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Alif Syukri.

Baca juga:

Latar Belakang

Alif Syukri
Kredit FB @DatoAliffSyukriKamarzaman
NamaDato’ Sri Aliff Syukri Bin Kamarzaman
Nama GelaranAliff Syukri
Tarikh Lahir3 April 1987
Tempat LahirFelda Kechau, Kuala Lipis, Pahang
PekerjaanUsahawan, penyanyi, pelakon
Nama JenamaD’Herbs, Sugeh Resort Janda Baik, As Hijab, Anthons Leather
Akaun Media SosialInstagram @aliffsyukriterlajaklaris
Facebook @DatoAliffSyukriKamarzaman
TikTok @aliffsyukriterlajaklari

Kehidupan Peribadi

Aliff Syukri adalah anak kepada Rozita Binti Ibrahim yang merupakan pengasas produk kosmetik popular, Sendayu Tinggi.

Beliau merupakan anak ketiga daripada dua belas adik beradik. Beliau juga telah mendirikan rumah tangga di usia 20 tahun dengan rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida Binti Mohd Rashid yang dua tahun lebih tua darinya.

Pasangan ini kini telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, dan Luqman Al-Hakim, selain turut menjaga seorang anak angkat.

alif syukri
Kredit IG @aliffsyukriterlajaklaris

Kerjaya & Profesional

Alif Syukri sudah menceburi bidang perniagaan sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya berjaya membina perniagaan yang dikenali ramai. 

Walaupun hanya berasal dari keluarga yang sederhana dan berkelulusan SPM, beliau tetap bersemangat untuk memajukan diri dan berjaya dalam kehidupan.

Pada umur 7 tahun, beliau sudah berniaga jeruk mempelam dan jambu disekolah sebagai duit saku. Kesungguhan beliau jelas dilihat apabila beliau sendiri memanjat pokok mempelam dan pokok jambu bagi mendapatkan buah untuk dijadikan jeruk. 

Perniagaan kecil-kecilan itu berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang, tudung dan barangan kosmetik.

Setelah tamat zaman persekolahan, Alif Syukri mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.

Beliau akan mengetuk setiap pintu pejabat dan menjual produk yang dibawanya. Walaupun malu namun tekad dan kesungguhan dirinya melebihi segalanya. Prinsipnya mudah, ‘bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting’.

Kini, Alif Syukri telah berjaya menjadi usahawan yang dikenali ramai dengan gelaran “Datuk Terlajak Laris”.

Beliau terlibat dalam pelbagai jenama sendiri seperti D’Herbs, Sugeh Resort Janda Baik, As Hijab, Anthons Leather, dan sebagainya.

Selain itu dalam penglibatannya di dunia seni hiburan, beliau turut terlibat dalam berlakon filem, drama, dan menyanyi.

Filem:

TahunTajukWatak
2018BadangBadrul Hisham / Badang
2021Mat Bond MalaysiaEjen 2

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2017Ooops! Terlajak NikahZahidAstro Citra

Lagu:

TahunTajukPenyanyi Undangan
2017Abang Nak TegurNur Sajat
2017Abang Nak Tegur 2.0Nur Shahida
2018Abang Nak Tegur 3.0Nur Sajat & Nur Shahida
2018Biar Kata Orang Kata
2018Bobo Di ManaNur Sajat & Lulucinta Luna
2019Cowok BaruUpiak
2019Jom RayaBella Astillah & Zizi Kirana
2019Haruman SyurgaNur Shahida
2020Cuba Bahagia
2021Lala Raya
2022Kelepuk Raya
2022Baby SayangBaby Shima
2023Chu Ku Chuk Raya

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2016Biar Aku Jadi PenungguSyafiq SukemTV3
2017Tuyul Ke LondonToyol AliffAstro Warna
2017My Coffee PrincePelangganAstro Ria
2017Upin & Ipin (Musim 11)Dirinya sendiri (suara)TV9
2018Misteri JenazahDatoAstro Prima

Televisyen:

TahunTajukWatakSaluran TV
2021Sepahtu Reunion LiveKameoAstro Warna

Pencapaian Alif Syukri

Sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan seni hiburan, beliau berjaya mendapat anugerah dan penghargaan.

Anugerah:

  • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) – Dato’ (2012)
  • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) – Dato’ Sri (2017)

Fakta Menarik Mengenai Alif Syukri

  • Anak kepada Rozita Binti Ibrahim yang merupakan pengasas produk kosmetik popular, Sendayu Tinggi.
  • Memiliki sebuah rumah mewah seperti istana dengan berkonsepkan “Royal modern classic”.
  • Pengasas syarikat D’Herbs Healthy Sdn. Bhd pada tahun 2010.
  • Membawa tagline popular “Terlajak Laris” sebagai salah satu strategi pemasaran.
  • Mempunyai 4.2 juta pengikut di Instagram dan 1.2 juta pengikut di TikTok.

Tahniah Alif Syukri! Semoga kejayaan dalam bidang keusahawanan dapat menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk terus maju dalam kehidupan.

Sumber:

  1. Instagram @aliffsyukriterlajaklaris
  2. Shahida, Aliff Syukri Beri Nama Anak Keenam Luqman Al-Hakim. mStar
Bantu kami share artikel ini: