Pengambilan Akademi Kemahiran KEMAS: Yuran Ditaja, Elaun Disediakan

Adakah anda berminat dalam bidang jahitan dan fesyen? Ingin mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia di Akademi Kemahiran KEMAS secara percuma? Anda juga akan menerima elaun bulanan!

Menarik bukan?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Akademi Kemahiran KEMAS ini serta kelebihan program Sijil Kemahiran Malaysia dalam jurusan yang ditawarkan.

Pengambilan Akademi Kemahiran KEMAS Julai 2022

Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI) membuka tawaran Keluarga Malaysia yang berusia 18-30 tahun berminat dengan jahitan untuk mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia dalam Jurusan Pembuatan Pakaian Wanita TAHAP 3 dan Pentadbiran Fesyen Dan Pakaian TAHAP 4 .

Sijil Kemahiran Malaysia ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di Kementerian Sumber Manusia.

Kemudahan yang disediakan di AKKSI adalah:

  • Yuran ditaja oleh KEMAS
  • Asrama disediakan
  • Fasiliti pembelajaran disediakan
  • Elaun bulanan
    • Sijil : RM250
    • Diploma : RM300

Syarat Kemasukan Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI)

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
  3. Kelayakan Akademik :➢SPM / SPM (V) / SPVM
    ➢ Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan.
  4. Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).
  5. Status Perkahwinan : Bujang
  6. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 1
    ( Mengikut bidang yang dipohon ).
  7. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 2 ( Mengikut bidang yang dipohon ).
  8. Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 – ( Eksekutif Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki SKM Tahap 3 ( Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
  9. Bagi calon untuk kemasukan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 – ( Pengurusan Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki DKM Tahap 4 (Eksekutif Fesyen dan Pakaian).
  10. Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003)
  11. Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Baca juga:

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Jun 2022.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

https://www.kemas.gov.my/wp-content/uploads/2021/11/3.-LAMPIRAN-A-SYARAT-KEMASUKAN-AKKSI.pdf?fbclid=IwAR00QV8K35Bpo4ZKiiHZMHTP8PS2drLUzVMb_gqu0SFWiIGDnCOtAFV_5RY

Borang Permohonan

Sila isikan borang permohonan online melalui pautan di bawah:

https://drive.google.com/file/d/1EzAiDSMjNrqR9ND3Jq6yDmTERDPZmjZH/view?fbclid=IwAR0kRHAjSCuCozAFQdH8fh4rAO5wPSZoPXI9q0Ldz215_GVrSaQktrGyrsA

Hubungi 05-3712102 (KAMPUS) atau 03-8891 2763 (IBUPEJABAT KEMAS) untuk sebarang kemusykilan.

Baca juga: Bantuan Keusahawanan MAINS 2022 Untuk Golongan B40 & Miskin

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!