Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 2022

Berita baik buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja, kini anda berpeluang untuk memperoleh elaun khas iaitu Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).

Insentif kerajaan yang diwujudkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini bertujuan bagi menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja supaya mampu hidup berdikari di samping menjadi sebahagian ahli masyarakat yang cemerlang.

Kadar Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Bantuan EPOKU yang ditawarkan adalah sebanyak RM 450.

Syarat-Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Baca Juga : Bantuan Keusahawanan MAINS 2022 Untuk Golongan B40 & Miskin

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya epoku

Kaedah Permohonan

Panduan permohonan EPOKU adalah seperti berikut :

  1. Setiap pemohon perlu melengkapkan BORANG berikut ;
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
    1. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
    1. Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
  2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat
    1. Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    1. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    1. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    1. Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  3. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
    1. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda atau hubungi talian 03 – 8000 8000.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!