Waktu Wukuf 2024 Di Malaysia / Mekah : Himpunan Doa & Amalan

WAKTU WUKUF DI MALAYSIA / MEKAH 2024 UNTUK MEMPERBANYAKKAN DOA PADA HARI ARAFAH

Tidak lama lagi, kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Adha 2024, tahukah anda, sehari sebelum Hari Raya Haji ini merupakan Hari Arafah, di mana di dalamnya terdapat waktu wukuf.

Doa waktu wukuf di Arafah adalah waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan seperti yang di riwayatkan dalam beberapa hadis sahih – jadi jangan lupa tandakan dalam kalendar tarikh Hari Arafah dan waktu wukuf 2024!

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang Hari Arafah dan Waktu Wukuf 2024 melalui perkongsian artikel ini.

HARI ARAFAH: DIAMPUNKAN DOSA DAN WAKTU DOA MUSTAJAB

عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ

Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang daripada neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [Sahih Muslim No. 3354]. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah.

Ibnu Rajab al-Hambali mengatakan: Hari Arafah adalah hari pembebasan daripada api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah iaitu hari Aidiladha adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya, sama-sama akan mendapatkan pembebasan daripada api neraka dan ampunan pada hari Arafah.

2. Selain daripada tuntutan berpuasa sunat pada hari Arafah bagi yang tidak menunaikan ibadat haji, digalakkan juga untuk memperbanyakkan berdoa kerana hari Arafah antara sebaik-baik waktu dan tempat berdoa.

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: “LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA ‘ALAA KULLI SYAI’IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Status: Hadis Hasan.

3. Antara tempat doa mustajab adalah di padang Arafah dan pada hari Arafah bermula selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

4. Syaikh Sholih al-Munajjid menyatakan: Mustajabnya doa tersebut adalah umum, sama ada yang menunaikan ibadat haji ataupun yang tidak menunaikan haji disebabkan keutamaan yang ada adalah keutamaan hari Arafah. Sedangkan yang berada di Arafah (yang sedang wukuf pada tanggal 9 Zulhijjah), ia bererti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat.

Nabi ﷺ bersabda:
“خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ”
Maksud: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari ‘Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah (Tiada Ilah melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu).”

(Sunan Tirmidhi, 3509 – dinilai hasan)

wukuf 2024

Tarikh & Waktu Wukuf 2024

Waktu wukuf 2024 bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing.

WAKTU WUKUF DI MALAYSIA 2024 / WAKTU WUQUF DI MEKAH

Menurut perkongsian oleh Tabung Haji, tarikh wukuf 2024 adalah pada 15 Jun 2024 manakala pada Isnin, 17 Jun 2024 umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha.

wukuf 2024
*catatan pada 8 Jun 2024

Bagi yang berada di Malaysia, puasa sehari sebelum iaitu pada 15 Jun 2024 (Sabtu) adalah puasa hari TARWIYAH manakala puasa pada 16 Jun 2024 (Ahad) dikira puasa ARAFAH.

Bagi yang ingin mengambil manfaat waktu yang sama dengan waktu Arafah di Saudi, boleh rujuk perkongsian waktu yang akan dikemaskini oleh pihak Kerajaan Arab Saudi.

Jangan lepaskan peluang untuk berdoa pada hari wukuf 2024 – kalau boleh tandakan terus dalam kalendar sebagai peringatan untuk kita berdoa sebanyak-banyaknya. Semoga Allah makbulkan doa kita semua!

Doa Wukuf / Hari Arafah

Berikut dilampirkan contoh Doa Arafah untuk rujukan bersama:

Waktu wukuf doa arafah
Waktu wukuf doa arafah
Waktu wukuf doa arafah

TIPS MENGISI 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:

Berikut dikongsikan beberapa tips untuk pengisian waktu wukuf 2024 yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh kita semua.

  • 30 minit pertama: khutbah Arafah, solat
  • 30 minit ke-2: doa utk diri sendiri
  • 30 minit ke-3: utk kedua ibu bapa
  • 30 minit ke-4: utk pasangan suami/istri
  • 30-60 minit seterusnya: utk anak-anak setiap seorang
    Baki jam seterusnya: doa yg dikirim ahli keluarga/sahabat, hajat keperluan dunia akhirat

PENGISIAN DOA SEPANJANG 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:
=Bahagian 1 – Pengampunan Dosa=

  1. Mohon ampun ke atas dosa² diri sendiri
  2. Mohon ampun ke atas dosa ibu bapa
  3. Mohon ampun ke atas dosa pasangan
  4. Mohon ampun ke atas dosa anak²
  5. Mohon ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara, adik beradik)
  6. Mohon ampun ke atas dosa guru²/ustaz/ustazah
  7. Mohon ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)

=Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan=

  1. Dianugerahkan rezeki halal, mudah diperolehi dan terlindung dari yg haram
  2. Diberi ketenangan (sakinah) dan kebahagiaan dalam keluarga & rumahtangga
  3. Mohon anak² diperlihara dan dibimbing oleh Allah dalam kehidupan
  4. Mohon rezeki diberkati
  5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
  6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk ditanggung
  7. Mohon anak² saling berkasih sayang, bersatu hati & tidak berpecah belah
  8. Mohon orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita kerana Allah
  9. Mohon kejiranan yg baik, sentiasa nasihat menasihati, bantu membantu, saling bersatu hati dalam ketaatan & berpesan dengan kebaikan
  10. Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita

=Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian=

  1. Mohon diakhiri kehidupan dalam kesudahan yg baik (husnul khatimah)
  2. Mohon dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat atas kehidupan yg bakal ditinggalkan
  3. Mohon dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah”
  4. Minta mati sedang dalam beribadah & ketaatan kepada Allah, bukan sebaliknya

=Bahagian 4 – Alam Barzakh=

  1. Jadikan alam kubur nanti seperti taman² syurga
  2. Jangan dijadikan alam kubur dari lubang² api neraka
  3. Sesungguhnya kubur itu gelap (maka terangilah kubur)
  4. Sesungguhnya kubur itu sempit (maka luaskanlah kubur)
  5. Mohon dilapangkan kubur sejauh mata memandang
  6. Mohon direzekikan di dalam kubur nanti bertemankan syafaat al-Quran dan amal soleh

=Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar=

  1. Mohon keselamatan daripada huru-hara di padang mahsyar
  2. Mohon agar memperoleh syafaat Baginda Nabi Muhammad ﷺ dengan izinNya
  3. Mohon agar mendapat perlindungan di bawah naunganNya
  4. Mohon keselamatan dari kesusahan & azab seksa di padang mahsyar
  5. Mohon agar diberikan suratan amal dari tangan kanan, dipadamkan catatan² dosa di dalam kitab amal
  6. Mohon perlindungan dari tersingkap dosa² yg lalu ketika tayangan amalan di akhirat
  7. Tutup dan dilindungi segala aib, dosa dan kesalahan lalu
  8. Mohon diberatkan timbangan amalan kebaikan
  9. Mohon agar tergolong di kalangan mereka yg masuk syurga tanpa hisab
  10. Mohon dapat menikmati air dari telaga Nabi ﷺ, tanda diterima sebagai umat baginda

=Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat=

  1. Mohon dipermudahkan melintasi titian sirat
  2. Terhindar dari terjatuh ke dalam lubang neraka ketika melintasinya
  3. Mohon dipercepatkan melintas titian sirat sepantasnya
  4. Permudahkan perhitungan sesama mukmin atas segala ketidakpuasan hati sesama kami, pada titian terakhir sebelum kami semua diizinkan memasuki syurga

=Bahagian 7 – Masuk Syurga Allah=

  1. Mohon agar diredhai dengan syurga, serta dijauhkan dari neraka
  2. Mohon agar dikurniakan syurga firdaus yg tertinggi
  3. Dianugerahkan dapat berdamping dengan Nabi Muhammad ﷺ
  4. Mohon dapat dihimpunkan bersama seluruh ahli keluarga yg tercinta & insan² tersayang
  5. Mohon kurniaan dapat memandang WajahMu yg Agung, sebagai sebesar² nikmat buat penghuni syurga.
    Allahumma aamiin.

Sumber: Facebook Muhammad Rizduan Zulkifly

HIMPUNAN DOA PILIHAN SEMPENA WAKTU WUKUF / HARI ARAFAH 2024

Antara zikir dan doa pilihan yang boleh dibaca pada waktu wukuf / Hari Arafah 2024 ialah seperti berikut:

1) ZIKIR NABI SAW SEMASA HARI ARAFAH

Daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari ‘Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu.”
(HR Tirmizi, hadis hasan)

KELEBIHAN MEMBACA ZIKIR INI 100 KALI:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ

Maksudnya: “Barang siapa yang membaca

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ’

‘Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodir’

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),

sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini”.

(HR Bukhari, hadis sahih)

Sumber: JAKIM

2) DOA PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH

Daripada Ali Bin Abi Thalib beliau berkata: Kebanyakan doa yang diucapkan Rasulullah SAW pada hari Arafah di tempat wuquf adalah:

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كَالَّذِي نَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي وَإِلَيْكَ مَآبِي وَلَكَ رَبِّ تُرَاثِي اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَوَسْوَسَةِ الصَّدْرِ وَشَتَاتِ الْأَمْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَجِيءُ بِهِ الرِّيحُ

Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.”
(HR Tirmidzi, hadis gharib)

3) SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)

Daripada Syaddad bin Aus r.a., Rasulullah SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyidul Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.
(HR Bukhari, hadis sahih)

KELEBIHAN SAYYIDUL ISTIGHFAR

Nabi Muhammad SAW bersabda:

«وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ»

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.
(HR Bukhari, hadis sahih)

4) DOA MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT

Abu Bakar as-Siddiq r.a. pernah meminta Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu doa kepadanya. Lalu baginda SAW bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’
(HR Bukhari, hadis sahih)

5) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
(Surah Ibrahim 14: 41)

6) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT

Firman Allah SWT:

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun 23:109)

7) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )

8 ) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
(Surah al-Furqan 25: 74)

9) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR

Firman Allah SWT:

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml 27: 19)

10) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.
(Surah al-Hasyr 59:10)

TAMBAHAN: CONTOH DOA PADA HARI WUKUF / ARAFAH 2024 (BAHASA MELAYU)

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Tutup dgn selawat.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

Wallahu-a’lam.

HARI ARAFAH DI MALAYSIA VS HARI ARAFAH DI ARAB SAUDI

Setiap tahun pasti akan timbul pertanyaan,

“Adakah tarikh puasa Hari Arafah mengikut Hari / Waktu Wukuf di Arab Saudi atau mengikut penentuan tarikh anak bulan Zulhijjah di Malaysia?”

Puasa Arafah adalah SUNAT MUAKKAD (Ibadah Sunat yang sangat digalakkan) bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji.

Puasa pada Hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan dosa setahun akan datang. Baginda Rasulullah SAW ber­sabda :

صِيامُ يومِ عَرَفَةَ، إِنِّي أحْتَسِبُ على اللهِ أنْ يُكَفِّرَ السنَةَ التي قَبلَهُ، والسنَةَ التي بَعدَهُ، وصِيامُ يومِ عاشُوراءَ، إِنِّي أحْتَسِبُ على اللهِ أنْ يُكَفِّرَ السنَةَ التِي قَبْلَهُ

“ Puasa Hari Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu. “

(HR Muslim)

Syeikh Khatib Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam Nawawi, “Apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq.”

(Rujukan Mughni Muhtaj 1/619)

Analogi untuk mudah difahami ialah WAKTU SOLAT di Malaysia PASTI TIDAK SAMA dengan waktu solat di Makkah Madinah. Zon waktu di Malaysia lebih cepat 5 Jam berbanding Arab Saudi.

Dengan kata lain, jika Hari Arafah sudah masuk di Makkah tidak bermakna hari Arafah sudah masuk di Malaysia.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyebut ulama berbeza pandangan tentang Hari Arafah seperti berikut :

I) Pendapat Pertama :
Al Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali dan sebahagian Ulama mazhab Maliki berpendapat Hari Arafah adalah hari para Jemaah Haji wukuf di Arafah.

II) Pendapat Kedua :
Pendapat Mazhab Al-Syafie dan juga sebahagian Ulama mazhab Maliki seperti Al Imam Ibnu Abdil Barr bahawa Puasa Hari Arafah mengikut perkiraan melihat anak bulan Zulhijjah pada sesuatu negeri (iaitu tanggal 9 Zulhijjah itu sendiri di tempat masing-masing).

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyebut, pendapat kedua adalah pendapat yang ditarjih (paling kuat) dalam Mazhab Syafi’e dan sepakat terpakai di negara kita Malaysia.

Rujukan :
Al Fadhil Ustaz Dr. Abdul Rahmanov (Dr. Man)

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/679-bayan-linnas-siri-ke-110-kelebihan-hari-arafah-dan-hari-raya-aidiladha

Bantu kami share artikel ini: