Waktu Imsak Kuching 2026 (Ramadan 1447H) – JAKIM

Waktu imsak Kuching 2026 / 1447H menjadi rujukan penting bagi umat Islam untuk menentukan had akhir bersahur sepanjang bulan Ramadan. Jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri lain di Malaysia boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM.

waktu imsak kuching

Di bawah ini disertakan jadual waktu imsak Kuching bagi tahun 2026 sebagai rujukan rasmi yang tepat sepanjang Ramadan.

Baca juga: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

Jadual Waktu Imsak Kuching 2026 / 1447H

JADUAL WAKTU IMSAK TAHUN 1447H / 2026 BAGI KUCHING, SIBURAN, BAU, LUNDU, DAN SEMATAN

HariHijriahMiladiahWaktu ImsakWaktu Berbuka
Khamis119 Feb5:33 pagi6:57 malam
Jumaat220 Feb5:336:57
Sabtu321 Feb5:336:57
Ahad422 Feb5:336:57
Isnin523 Feb5:336:57
Selasa624 Feb5:336:57
Rabu 725 Feb5:336:57
Khamis826 Feb5:336:57
Jumaat927 Feb5:326:56
Sabtu1028 Feb5:326:56
Ahad111 Mac5:326:56
Isnin122 Mac5:326:56
Selasa133 Mac5:326:56
Rabu144 Mac5:326:56
Khamis155 Mac5:316:56
Jumaat166 Mac5:316:55
Sabtu177 Mac5:316:55
Ahad188 Mac5:316:55
Isnin199 Mac5:316:55
Selasa2010 Mac5:306:55
Rabu2111 Mac5:306:54
Khamis2212 Mac5:306:54
Jumaat2313 Mac5:296:54
Sabtu2414 Mac5:296:54
Ahad2515 Mac5:296:53
Isnin2616 Mac5:286:53
Selasa2717 Mac5:286:53
Rabu2818 Mac5:286:53
Khamis2919 Mac5:276:53
Jumaat3020 Mac5:276:52

*Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

**Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

Sumber: Laman web rasmi JAKIM

Hikmah Bersahur

AJAIBNYA RAMADHAN : KELEBIHAN BERSAHUR

“Sahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu terkandung keberkatan”.

Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air.
Sabda Nabi SAW:

السحور بركة٬ فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة ماء

Ertinya: “Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk air.

(Riwayat Ahmad)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Sumber: JAKIM

Hukum Makan Ketika Imsak

Ramai yang keliru mengenai waktu Imsak, Imsak atau Subuh itu dikira bermulanya Puasa?

Imsak bermaksud waktu ihtiyat (berjaga-jaga) iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka, pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta-merta dan kemudian sempurnakan puasa.

Walaupun kita disunatkan untuk melewatkan sahur, namun perlu berhati-hati agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan kerana boleh membatalkan puasa.

Jadi, selesaikanlah sahur sebelum masuknya waktu, iaitu sebelum azan subuh agar tidak timbul syubhah (keraguan).

Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta.

Dah faham, kan?

Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka

Soalan Lazim Waktu Imsak Kuching 2026

1. Pukul berapa waktu imsak di Kuching tahun 2026?

Waktu imsak Kuching 2026 dijangka sekitar 5.27 pagi hingga 5.33 pagi, bergantung kepada tarikh dalam bulan Ramadan.

Sarawak mempunyai waktu Subuh yang lebih awal berbanding Semenanjung Malaysia. Untuk waktu imsak Kuching 2026 yang tepat mengikut tarikh, rujuk jadual rasmi daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

2. Apakah maksud waktu imsak?

Waktu imsak ialah tempoh peringatan kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu Subuh. Ia bertujuan mengingatkan umat Islam supaya bersedia menghentikan makan dan minum sebelum azan Subuh berkumandang.

Namun, puasa bermula apabila masuk waktu Subuh sebenar, bukan ketika imsak.

3. Adakah wajib berhenti makan apabila masuk waktu imsak?

Tidak wajib.

Waktu imsak hanyalah peringatan awal. Anda masih dibenarkan makan dan minum sehingga masuk waktu Subuh. Namun begitu, berhenti beberapa minit lebih awal adalah langkah berhati-hati.

4. Di mana boleh semak jadual waktu imsak Kuching 2026 yang rasmi?

Anda boleh menyemak jadual imsak Kuching 2026 melalui:

– Portal rasmi e-Solat JAKIM
– Laman web Jabatan Mufti Sarawak
– Aplikasi waktu solat yang menggunakan data rasmi Malaysia

Pastikan memilih zon Kuching, Bau dan Lundu (atau zon yang berkaitan) untuk mendapatkan waktu yang tepat.

5. Adakah waktu imsak Kuching sama dengan Miri atau Sibu?

Tidak sama.

Sarawak mempunyai beberapa zon waktu solat. Perbezaan boleh mencecah beberapa minit bergantung kepada lokasi. Oleh itu, semak zon yang tepat dalam jadual waktu imsak Kuching 2026 sebelum sahur.

6. Jika masih makan selepas imsak tetapi sebelum Subuh, adakah puasa sah?

Ya, puasa tetap sah.

Selagi belum masuk waktu Subuh, makan dan minum masih dibenarkan. Namun, sebaiknya berhenti sebelum azan Subuh untuk mengelakkan kekeliruan.

7. Apa yang perlu dilakukan jika terlajak makan selepas masuk waktu Subuh?

Jika makan atau minum selepas masuk waktu Subuh dengan sengaja, puasa batal dan wajib qada.
Jika tidak sengaja kerana tersalah waktu atau jam tidak tepat, segera berhenti dan teruskan puasa. Untuk kepastian, rujuk pihak berautoriti agama di Sarawak.

8. Berapa jarak masa antara imsak dan Subuh di Kuching?

Secara umum, jarak antara imsak dan Subuh ialah sekitar 10 minit.
Sebagai contoh, jika Subuh masuk pada jam 5.00 pagi, waktu imsak Kuching 2026 mungkin sekitar 4.50 pagi.