UFPK : Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan SPA

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan atau singkatannya UFPK merupakan satu ujian terhadap keadaan fizikal dan pancaindera anda serta mengetahui tahap seseorang calon yang memohon jawatan kosong yang ditawarkan oleh SPA.

Namanya dahulu mungkin sedikit berbeza namun intipatinya lebih kurang sama dan kini telah dijenamakan semula kepada Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK),

Tidak semua jawatan yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) perlu menjalani UFPK ini dan biasanya jawatan yang berkaitan dengan badan unit beruniform sahaja wajib menjalani ujian ini.

Komponen utama Ujian Fizikal Pancaindera & Kecergasan

Secara asasnya, terdapat 2 komponen utama dalam Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) ini iaitu:

  1. Pemeriksaan fizikal dan pancaindera
  2. Kecergasan

Calon-calon temuduga SPA perlulah melepasi kedua-dua komponen ini sebelum permohonan anda untuk jawatan kosong SPA itu akan diteruskan ke peringkat seterusnya.

Artikel menarik: Ujian Psikometrik SPA : Contoh Soalan, Jawapan & Panduan

Jawatan SPA Yang Perlu Menjalani UFPK

Seperti yang dinyatakan di atas, hanya jawatan tertentu yang dipohon melalui SPA sahaja wajib menjalani Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) ini.

Mengikut laman web SPA, berikut merupakan senarai jawatan yang wajib menjalani ujian UFPK ini:

  1. Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
  2. Pegawai Siasatan Gred P41
  3. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
  4. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  5. Pegawai Kesatria Gred S41
  6. Penolong Pegawai Kesatria Gred S29
  7. Pembantu Kesatria Gred S17
  8. Pegawai Keselamatan Gred KP41
  9. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
  10. Pembantu Keselamatan Gred KP17
  11. Penguasa Penjara Gred KA41
  12. Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
  13. Pegawai Penjara Gred KA19
  14. Penguasa Bomba Gred KB41
  15. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
  16. Pegawai Bomba Gred KB19
  17. Penguasa Imigresen / Penolong Penguasa Imigresen(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  18. Pegawai Imigresen Gred KP19
  19. Leftenan Muda Maritim Gred T13
  20. Bintara Muda Maritim Gred T5
  21. Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  22. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
  23. Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
  24. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

Sumber: https://spa.gov.my/spa/panduan/peperiksaan/pemeriksaan-fizikal-dan-pancaindera

Jenis-jenis Pemeriksaan Yang Akan Dijalani

Berikut merupakan beberapa perkara yang akan diuji terhadap setiap calon yang menjalani Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK):

  • Ujian ukur tinggi
  • Ujian ukur berat
  • Ujian indeks jisim tubuh (BMI)
  • Ujian ukur dada (bagi calon lelaki sahaja)
  • Ujian pendengaran
  • Ujian penglihatan
  • Ujian pengecaman warna
  • Pemeriksaan tubuh badan
  • Gaya berjalan & berkawad
  • Ujian kecergasan (Bangun Tubi, Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter, Larian 2.4 km)

Syarat-syarat untuk melepesi setiap ujian yang disenaraikan di atas akan dinyatakan dalam surat yang diberikan kepada setiap calon.

Panduan UFPK

Berikut merupakan video rasmi dari SPA bagaimana ujian UFPK ini akan dilakukan terhadap setiaap calon.

Sumber : Tiktok SPA

Dokumen / Kelengkapan Yang Perlu Disertakan

Calon-calon yang menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) hendaklah membawa bersama dokumen / kelengkapan berikut untuk menjalani ujian ini:

  1. Memapakai pakaian sukan yang bersesuai
  2. Surat panggilan pemeriksaan fizikal yang di cetak melalui emel atau Portal SPA
  3. Kad Pengenalan
  4. Berambut pendek dan kemas
  5. Mematujhi arahan Ketua Penguji / Ketua Pemeriksa
  6. Berada di pusat pemeriksaan fizikal lima belas (15) minit sebelum pemeriksaan
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!