Program Asasi TVET 2023 – Syarat, Lokasi & Permohonan

INISIATIF BAHARU POLITEKNIK – PROGRAM ASASI TVET 2023 – Berita baik kepada para lepasan SPM 2022 dan setaraf!!!

Permohonan kemasukan ke Program Asasi TVET Ambilan Sesi 2023/2024 bagi lepasan SPM/Setaraf telah dibuka mulai 15 Mei sehingga 13 Jun 2023.

Program Asasi TVET merupakan inisiatif terbaharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyediakan laluan baharu kepada mereka yang layak dan berminat dalam bidang TVET untuk bermula dengan program persediaan di 5 (lima) buah Politeknik terpilih dan seterusnya berpeluang meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program baharu ini.

Pengenalan Program Asasi TVET

Penawaran Program Asasi TVET ini bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan. 

Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan, LIMA (5) buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan  pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.

Pembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa. 

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan

Lokasi Pengajian

Kelebihan & Keunikan Program Asasi TVET

Lepasan program Asasi TVET diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana EMPAT (4) universiti dibawah MTUN iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

PROGRAM asasi tvet

Yuran

Yuran Pengajian Sepenuh Masa Politeknik

YuranJumlah
Yuran PengajianRM 200
Yuran AsramaRM 60-RM630
*Tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan
Bayaran PelbagaiSemester 1: maksimum RM 600
Semester seterusnya: maksimum RM 150

Syarat Kemasukan

  1. Lepasan SPM
  2. Warganegara Malaysia
  3. Memiliki SPM atau setaraf
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
    • SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Tarikh Penting

Borang Permohonan dibuka15 Mei 2023
Borang Permohonan ditutup13 Jun 2023
Semakan Keputusan Permohonan7 Julai 2023
Cetakan Surat Tawaran8 Julai 2023
Borang Permohonan Rayuan dibuka7 Julai 2023
Borang Permohonan Rayuan ditutup16 Julai 2023
Semakan Keputusan Rayuan7 Ogos 2023
Cetakan Surat Tawaran (Rayuan)8 Ogos 2023
Pendaftaran PelajarBermula 24 Julai 2023

Cara Permohonan Program Asasi TVET 2023 / 2024

Permohonan boleh dibuat melalui portal https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

Maklumat lanjut:

Layari laman sesawang http://ambilan.mypolycc.edu.my atau imbas pada kod QR seperti yang tertera untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!