Tawaran Bekerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia Untuk Lepasan SPM

Tawaran Bekerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia Untuk Lepasan SPM ~ Sukacita dimaklumkan kini Daikin Malaysia membuka peluang kepada lepasan SPM untuk sertai program bekerja sambil belajar bagi yang berminat untuk ceburkan diri dalam bidang automasi.

Menerusi Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), peserta berpeluang untuk turut serta dalam program bidang Automasi Industri, MC-091-3-2016 (Akreditasi di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia).

Baca Juga : MyFutureJobs : Daftar & Login Portal Pekerjaan Negara 2022

Bekerja Sambil Belajar di Daikin

Butiran Program SLDN

Butiran program SLDN anjuran Daikin Malaysia adalah seperti berikut :

  1. Program kerja sambil belajar yang ditaja sepenuhnya
  2. Kursus SLDN Automasi Industri
  3. Sijil SKM Tahap 2 dan Tahap 3 yang diperakukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  4. Purata gaji bulanan RM 1,500 termasuk OT, elaun makan dan elaun shift
  5. Kelayakan cuti tahunan
  6. RM 2,000 insentif tamat program selepas tamat sijil SKM Tahap 3 * Tertakluk kepada terma dan syarat.

Syarat Kemasukan Program Bekerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu ditepati oleh pemohon untuk sertai program ini :

  • Berkelulusan SPM dengan syarat wajib lulus 4 mata pelajaran iaiti Bahasa Melayu, Sejarah dan lulus sama ata subjek Matematik/Sains)
  • Calon berusia antara 18 hingga 25 tahun  
  • Mempunyai rekod disiplin yang bersih
  • Berminat untuk lanjutkan pelajaran dan bekerja
  • Komited untuk sempurna program yang berlangsung selama 24 bulan
  • Berminat dengan mesin dan elektronik
  • Sihat tubuh badan

Cara Mohon

Pemohon yang berkelayakan boleh lakukan pendaftaran secara atas talian sebelum 15 April  melalui pautan berikut :

Borang Permohonan Kemasukan ke Program SLDN Daikin Tahun 2022

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program bekerja sambil belajar di Daikin, sila hubungi pihak Daikin melalui salah satu saluran berikut :

Norazlin

Emel : [email protected]

Telefon : 03-61458635

Asraf

Emel : [email protected]

Telefon : 03-61458623

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!