SPN Selangor: Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Selangor

SPN Selangor atau Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor merupakan organisasi yang menguruskan penjawat awam negeri Selangor.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNSelangor) telah ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Bab 10 Perkara XCVII (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Tanggungjawab SPN Selangor

Tanggungjawab Suruhanjaya, sepertimana diperuntukan dibawah Bab 10 Perkara XCVII (9) Undang – undang Tubuh
Kerajaan Selangor 1959 adalah seperti berikut :-

Tertakluk  kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada peruntukan-peruntukan Bahagian ini, maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk melantik, mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota perkhidmatan yang diliputi
oleh bidang kuasanya.

Sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes pelanggaran tatatertib dengan tujuan dikenakan hukuman turun pangkat atau buang kerja.

Walaubagaimanapun, Suruhanjaya  boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan.

Sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan  kes rayuan di atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib di peringkat Daerah dan Jabatan Negeri dimana keputusan yang dibuat adalah muktamad.

Pendaftaran Akaun

Setiap individu yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh SPN Selangor perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.

Untuk mendaftarkan akaun, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari halaman log masuk / pendaftaran di pautan https://espns.selangor.gov.my/index.php/login
  2. Klik pada butang “Daftar Akaun Baru”
  3. Lengkapkan segala butiran yang diminta
  4. Klik butang “Hantar” untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun anda

Selepas pendaftaran, anda boleh terus log masuk ke akau SPN Selangor anda untuk melengkapka profil.

Permohonan Jawatan Kosong SPN Selangor

Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam Negeri Selangor hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor iaitu spn.selangor.gov.my  di Sistem eSPNS.

Setelah berjaya Log Masuk, pemohon boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi SPN Selangor.

Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Panduan – Maklumat Jawatan (Sekiranya ada tawaran dibuka).

Iklan sesuatu kekosongan jawatan akan disiarkan bergantung kepada maklumat kekosongan yang diterima daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan persetujuan Ahli Lembaga SPN Selangor.

Artikel berkaitan: SPA9 – Permohonan Kerja Kosong Kerajaan Persekutuan

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan / perkhidmatan yang disediakan oleh SPN Selangor, boleh berhubung dengan pegawai bertugas di:

Alamat :

Tingkat 1, Bangunan Darul Ehsan
No.3 Jalan Indah , Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

No.Telefon : 03-5511 1611/ 1711
Faks : 03- 5510 1261

Laman web : https://spn.selangor.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!