Contoh Soalan PKSK Beserta Jawapan – Bahagian A, B, C

Contoh Soalan PKSK Beserta Jawapan - Bahagian A, B, C
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi kemasukan ke Sekolah Khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah agama, pelajar perlu menduduki Ujian PKSK. Pengumuman mengenai ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus, PKSK boleh disemak di www.moe.gov.my/.

Untuk memastikan permohonan anda diterima, anda boleh rujuk contoh soalan PKSK atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus bagi membuat persediaan.

Berikut dikongsikan contoh soalan PKSK beserta cadangan contoh jawapan untuk memudahkan calon membuat persediaan masuk ke sekolah khusus dan MRSM bagi sesi 2026/2027.

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus, PKSK
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus, PKSK

BACA JUGA: Semakan PKSK 2026/2027 & Tarikh Permohonan Dibuka

Mengenai PKSK

PKSK adalah kaedah bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), 
  • Maktab Tentera Diraja (MTD) 
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Kemasukan ke Sekolah Khusus adalah melalui satu sistem permohonan kemasukan murid yang dibangunkan secara single entry point secara dalam talian menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Tarikh Penting PKSK 2026/2027

  • Permohonan: 1 Ogos 2025 – 7 September 2025.
  • Semakan Pusat Ujian: 12 September 2025.
  • Ujian PKSK:
    • Tingkatan 1: Bermula 7 Oktober 2025.
    • Tingkatan 4: 7 Oktober – 17 Oktober 2025.
  • Semakan Tawaran: Disember 2025.
Tarikh Penting PKSK 2026/2027
Tarikh Penting PKSK 2026/2027

Permohonan boleh dilakukan melalui:

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Format PKSK 2026/2027

Untuk format PKSK dan peratusan skor yang digunakan adalah seperti berikut:

BAHAGIAN A (KECERDASAN INSANIAH)BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)BAHAGIAN C (ARTIKULASI PENULISAN)
Dalam Talian (Online)Dalam Talian (Online)Bertulis
90 minit90 minit45 minit
T1: minimum 100 pp
T4: minimum 250 pp
Objektif bergred

a. Kecerdasan Emosi (EQ)
b. Kecerdasan Rohani (SQ)
c. Kecerdasan Insaniah (SSQ)
Objektif aneka pilihan (10 domain)

a. Kecerdasan Intelek (IQ)
b. Bahasa Melayu
c. Bahasa Inggeris
d. Penyelesaian Masalah (Matematik)
e. Penyelesaian Masalah (Sains)
f. Penyelesaian Masalah (Teknologi)
g. Pengetahuan Am
Subjektif (Respon terbuka)
Partial credit
(Soalan objektif. Setiap jawapan mempunyai markah)
Dikotomus
(Soalan objektif. Y/N)
Keakuran Senarai Semak
30703 (Pilih 1)
20%70%10%

PKSK dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

1. Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ)

  • Mengukur karakter dan kecerdasan emosi, spiritual, dan sosial calon.
  • Terdiri daripada 30 soalan objektif.
  • Tiada jawapan betul atau salah.
  • Menyumbang 20% kepada skor keseluruhan.

2. Bahagian B: Kecerdasan Intelek

  • Mengukur tahap IQ, pengetahuan am, dan penyelesaian masalah.
  • Terdiri daripada 70 soalan objektif termasuk soalan matematik, sains, dan 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji penguasaan dan kefahaman.
  • Tempoh menjawab kira-kira 90 minit.
  • Menyumbang 70% kepada skor keseluruhan.

3. Bahagian C: Artikulasi Penulisan

  • Calon akan memilih satu daripada tiga tajuk karangan untuk ditulis dalam Bahasa Melayu.
  • Minimum 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4.
  • Tempoh masa diberikan sekitar 45 minit.
  • Menyumbang 10% kepada skor keseluruhan.

Pelaksanaan PKSK

Pelaksanaan PKSK dilakukan dalam dua fasa:

  • Fasa 1: Calon menyiapkan karangan (Bahagian C) terlebih dahulu.
  • Fasa 2: Calon menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran yang telah ditetapkan KPM.

Contoh Soalan PKSK

Berikut merupakan contoh soalan PKSK yang boleh dijadikan rujukan:

1. BAHAGIAN A

Bahagian A dalam PKSK adalah mengenai Kecerdasan Insaniah, yang meliputi aspek kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan spiritual (SQ), dan kecerdasan sosial (SSQ).

Tujuan bahagian ini adalah untuk menilai karakter dan nilai murni calon pelajar, seperti cara mereka menangani perasaan, berinteraksi dengan orang lain, dan nilai-nilai moral yang diamalkan.

Soalan dalam Bahagian A biasanya berbentuk objektif dan tiada jawapan betul atau salah kerana ia menilai tahap pemikiran dan sikap calon.

Contoh soalan Bahagian A selalunya berkaitan dengan bagaimana calon menghadapi situasi seperti tekanan, hubungan dengan rakan, atau tindakan yang sesuai dalam situasi sosial tertentu.

CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN A (Soalan SQ, EQ dan SSQ)

1.Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa yang akan kamu lakukan?
Jawapan: Membantu menghidangkan makanan, membaca doa sebelum makan, dan membersihkan meja selepas makan.

    2. Jika kamu dibuli di asrama, apa yang perlu kamu lakukan?
    Jawapan: Melaporkan kejadian kepada warden asrama atau guru, memberitahu ibu bapa, dan mencari sokongan daripada rakan yang dipercayai.

    3. Bagaimana cara kamu mengatasi tekanan di sekolah?
    Jawapan: Membuat jadual belajar yang teratur, berbincang dengan guru atau kaunselor, dan melakukan aktiviti riadah untuk mengurangkan tekanan.

    4. Apa yang perlu kamu lakukan jika melihat seseorang kerap bersin?
    Jawapan: Menasihati dia untuk mendapatkan rawatan dan menjaga kebersihan diri supaya tidak menular kepada orang lain.

    5. Jika rakan kamu bergaduh, apa yang akan kamu buat?
    Jawapan: Berbincang dengan kedua-dua pihak untuk mencari perdamaian dan menggalakkan sikap berbaik semula.

    6. Apakah yang perlu dilakukan apabila bertemu dengan penjaga asrama untuk kali pertama?
    Jawapan: Memperkenalkan diri dengan sopan, menghulurkan tangan untuk bersalaman.

    7. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa dalam keluarga?
    Jawapan: Mengambil tanggungjawab menjaga keluarga dan menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.

    Rujuk lebih banyak contoh-contoh soalan Bahagian A ujian PKSK di bawah:

    2. BAHAGIAN B

    Bahagian B dalam PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) adalah untuk mengukur kecerdasan intelek (IQ) calon. Ia meliputi:

    • Soalan objektif sebanyak 70 soalan yang merangkumi aspek IQ, pengetahuan am, dan penyelesaian masalah.
    • Soalan termasuk matematik, sains (bersifat kualitatif dan kuantitatif) serta 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji tahap penguasaan dan kefahaman.
    • Tempoh menjawab adalah sekitar 90 minit.
    • Bahagian ini menyumbang 70% daripada total markah keseluruhan PKSK.

    Bahagian B fokus pada pengukuran tahap kognitif, pengetahuan umum, serta kemahiran menyelesaikan masalah calon bagi kemasukan ke sekolah khusus seperti SBP, SMKA, MRSM, SMT, KV dan MTD.

    CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)

    Soalan meliputi pelbagai subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Teknologi dan Pengetahuan Am. Contohnya:

    1. Matematik: Jika harga sebuah buku adalah RM12.50, berapakah kos untuk membeli 8 buah buku?
    2. Sains: Apakah unit asas tenaga dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI)?
    3. Bahasa Melayu: Pilih ayat yang menggunakan kata adjektif dengan betul.
    4. Sejarah: Apakah tema Hari Kebangsaan 2024?
    5. Geografi: Apakah nama ibu negara Malaysia?
    6. Teknologi: Siapakah pengasas Facebook?
    7. Pengetahuan Am: Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-8?

    Rujuk lebih banyak contoh-contoh soalan Bahagian B ujian PKSK di bawah:

    CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)
    Kredit: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini
    CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)
    Kredit: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini
    CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)
    Kredit: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini

    3. Bahagian C

    Bahagian C dalam Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah bahagian Artikulasi Penulisan.

    Ia menguji kemampuan calon untuk menyatakan idea dan pendapat secara bertulis dalam bentuk karangan.

    Calon akan diberi tiga tajuk karangan dan perlu memilih satu untuk ditulis dalam Bahasa Melayu.

    Beberapa ciri utama Bahagian C PKSK adalah:

    • Karangan mesti mempunyai minimum 100 patah perkataan untuk calon Tingkatan 1 dan minimum 250 patah perkataan untuk calon Tingkatan 4.
    • Tempoh masa yang diberikan untuk menulis karangan adalah sekitar 45 minit.
    • Bahagian ini menggunakan kaedah bertulis dan subjektif.
    • Skor markah untuk Bahagian C adalah 10% daripada jumlah markah keseluruhan PKSK.

    Bahagian C dijalankan secara bertulis di pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai fasa pertama dalam pelaksanaan PKSK sebelum calon menduduki Bahagian A dan B secara dalam talian

    CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN C (ARTIKULASI PENULISAN)

    • Bagaimana cara untuk mencegah Covid-19?
    • Bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dalam norma baharu Covid-19?
    • Bagaimanakah cara untuk pergi ke sesuatu tempat yang lain semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung?
    • Apakah aktiviti anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
    • Bagaimana cara anda belajar di rumah secara atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
    • Bagaimana untuk terus hidup sekiranya anda terdampar di sebuah pulau yang tiada penghuni?
    • Bagaimana didikan agama boleh mengurangkan masalah sosial?
    • Bagaimana hubungan keluarga boleh mengurangkan masalah sosial?
    • Bagimana pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan masalah sosial?
    • Pengurusan diri di asrama
    • Jelaskan punca dan cara atasi isu buli, dan ponteng sekolah
    • Cara memanfaatkan kenderaam awam
    • Pernanan ibu bapa dalam menangani gejala sosial anak
    • Terangkan kepentingan teknologi kepada alam sekitar
    • Ceritakan tentang idola saya
    • Apa yang ingin kamu lakukan apabila berumur 23 tahun

    Berikut dikongsikan contoh karangan PKSK yang boleh anda jadikan panduan dalam penulisan nanti. Anda boleh muat turun PDF di bawah:

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut tentang PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

    ATAU

    Hubungi KPM di talian berikut:

    • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
    • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
    • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
    • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

    Soalan Lazim Contoh Soalan PKSK

    1. Apa itu PKSK?

    PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) adalah ujian berpusat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kemasukan ke sekolah khusus seperti SBP, SMKA, MRSM, SMT, KV, dan MTD.

    2. Bagaimana format ujian PKSK?

    – Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ) – 30 soalan objektif (20%)
    – Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah) – 70 soalan objektif (70%)
    – Bahagian C: Artikulasi Penulisan – Menulis karangan dalam Bahasa Melayu (10%)

    3. Bilakah tarikh penting PKSK sesi 2026/2027?

    – Permohonan: 1 Ogos – 7 September 2025
    – Semakan pusat ujian: 12 Sept – 17 Okt 2025
    – Ujian PKSK: Tingkatan 4: 23 Sept – 3 Okt 2025 & Tingkatan 1: 7 Okt – 17 Okt 2025
    – Keputusan diumumkan Disember 2025

    4. Berapa patah perkataan perlu dalam karangan Bahagian C?

    Calon Tingkatan 1 perlu menulis sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.
    Calon Tingkatan 4 perlu menulis sekurang-kurangnya 250 patah perkataan.

    5. Apa jenis tajuk karangan yang biasa keluar?

    Tajuk biasanya berkisar tentang isu semasa dan pengalaman harian. Rujuk contoh di atas.

    6. Bagaimana cara pelaksanaan PKSK?

    Bahagian C (karangan) disiapkan terlebih dahulu secara bertulis, kemudian Bahagian A & B dijawab dalam talian di pusat pentaksiran yang ditetapkan.

    BACA JUGA:

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut