Bagi seorang pengacara majlis, sudah menjadi kebiasaan sebelum mengacarakan majlis mereka akan menyiapkan skrip pengacara majlis bagi memastikan kelancaran majlis berlangsung seperti yang dirancang oleh pihak penganjur.
Skrip pengacara majlis biasanya mengandungi senarai tetamu kehormat dan aktiviti-aktivit sampingan yang lain mengikut turutan yang telah dirancang oleh pihak penganjur.
Yang pasti, tidak semua orang yang berani menjadi seorang pengacara majlis kerana bukan mudah untuk berdiri di hadapan ramai hadirin yang hadir ke sesebuah majlis.
Apa itu Pengacara Majlis?
“Pengacara majlis,” atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai “Master of Ceremony” (MC), adalah individu yang bertanggungjawab mengendalikan sesebuah majlis dari awal hingga akhir.
Mereka memainkan peranan penting dalam memastikan majlis berjalan lancar dengan membuat pengumuman, memberi arahan, dan memandu acara mengikut aturcara yang telah ditetapkan.
Pengacara majlis juga perlu bersedia untuk menangani situasi luar jangka seperti membuat pengumuman tentang perkara yang tidak dirancang, contohnya meminta peserta mengalih kenderaan atau mengumumkan barang hilang.
Mereka juga bertanggungjawab mempersilakan mereka yang mengambil bahagian dalam acara untuk meneruskan majlis.
Tips menjadi pengacara majlis
Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk menjadi seorang pengacara majls yang bagus:
- Mengetahui latarbelakang sesuatu majlis
- Mengetahui senarai tetamu kehormat yang hadir – Semak nama pastikan tiada kesalahan
- Menyediakan skrip pengacara majlis
- Mengetahui agenda dan perjalanan sesuatu majlis
- Lakukan latihan mengacara majlis dengan menggunakan teks mengacara majlis yang disiapkan
- Menggunakan nada suara yang bersesuaian
Isi penting skrip pengacara majlis
Sesebuah skrip pengacara majlis mestilah mengandungi perkara-perkara penting dibawah:
- Ucapan pembuka bicara (boleh diselitkan dengan pantun untuk menaikkan seri majlis) dan menarik perhatian para hadirin
- Senarai nama tetamu kehormat beserta jawatan
- Ucapan alu-aluan untuk tetamu kehormat
- Nyanyian lagu negeri dan Negaraku
- Bacaan doa
- Jemputan ucapan dan ucapan perasmian daripada tetamu kehormat
- Aktiviti utama – Persembahan, pemberian anugerah dll.
- Ucapan penutup
Baca lagi: Koleksi Pantun Penutup Majlis: Pengganti Ucapan Terima Kasih
Kritera teks yang bagus
Berikut merupakan tips menghasilkan skrip pengacara majlis yang bagus:
- Dibuat mengikut susunan aturcara majlis
- Menggunakan ejaan penuh dan bahasa yang mudah difahami
- Disesuaikan dengan protokol sesuatu majlis
- Sentiasa berbincang dan berkomunikasi dengan pihak penganjur bagi memastikan majlis berlangsung seperti yang dirancang
Contoh teks mengacara majlis
Sebagai panduan, anda boleh menggunakan contoh teks atau skrip pengacara majlis dibawah sebagai panduan untuk melihat bagaimana sesuatu skrip itu disus dengan baik: