SKPG 2.0 – Sistem Kajian Pengesanan Graduan MOHE / KPT

skpg 2.0 semakan graduan mohe
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

SKPG 2.0 atau Sistem Kajian Pengesanan Graduan merupakan pengumpulan maklumat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan graduan setelah tamat pengajian. Para graduan MOHE / KPT boleh membuat semakan atau mengemaskini status pekerjaan anda di Sistem SKPG 2.0 di pautan rasmi berikut:
https://graduan.mohe.gov.my/update/LogMasuk.aspx

Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) masing-masing. Para graduan yang akan bergraduasi diwajibkan untuk mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG). Pengisian SKPG juga dijadikan syarat untuk mengambil jubah dan transkrip belajar.

graduan mohe skpg

Apakah SKPG 2.0?

Ringkasnya, sistem ini merupakan satu sistem yang sangat mantap untuk menyimpan rekod semua graduan di Malaysia kerana ia adalah Pangkalan Data Rasmi yang menyimpan sejarah akademik kita.

Buat masa ini, difahamkan sistem ini terbuka kepada semua graduan IPT dan ILKA negara yang berkonvokesyen sejak tahun 2006 dan mempunyai data dalam pangkalan data KPT.

Apa yang ada dalam rekod SKPG 2.0 ni?

Bila kita log masuk di laman rasmi (https://graduan.mohe.gov.my/update/LogMasuk.aspx ) sistem akan paparkan:

  • Tahun Konvokesyen (Tahun graduasi)
  • Nama Institusi (Universiti)
  • Anugerah/Ijazah (Sijil yang diperolehi – Kedoktoran/PhD, Sarjana/Master, Sarjana Muda/Bachelor)
  • Status Pekerjaan – Status pekerjaan termasuk bekerja sepenuh masa, separuh masa, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran, menunggu penempatan atau bekerja sendiri.

Bagi graduan yang berkonvokesyen pada tahun semasa, kemas kini status pekerjaan adalah pada hari berikutnya setelah melengkapkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG 1/TVET) dan terhad sekali sehari.

skpg 2.0 semakan graduan mohe

Kepentingan SKPG 2.0

Data SKPG boleh memberi manfaat berikut:

  1. Mengetahui status pekerjaan graduan selepas tamat pengajian.
  2. Membantu kerajaan dan universiti memahami kebolehpasaran graduan.
  3. Mendapat maklum balas graduan tentang kualiti program pengajian, kemudahan dan pengalaman kampus.
  4. Membantu cadangan dasar kerja dan pendidikan di Malaysia.
  5. Bakal majikan / HR juga boleh membuat semakan pengesahan graduasi untuk calon-calon yang memohon pekerjaan.
graduan mohe skpg

Siapa Perlu Isi SKPG 2.0?

Semua graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang akan berkonvokesyen pada tahun semasa layak untuk menyertai Sistem Kajian Pengesanan Graduan ini.

Untuk kemaskini, ia terbuka kepada semua graduan IPT dan ILKA negara yang berkonvokesyen sejak tahun 2006 dan mempunyai data dalam pangkalan data KPT.

Bagi graduan yang berkonvokesyen pada tahun semasa, kemas kini status pekerjaan adalah pada hari berikutnya setelah melengkapkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG 1/TVET) dan terhad sekali sehari.

Cara Isi SKPG 2.0 (Step-by-Step)

  1. Pergi ke laman rasmi SKPG 2.0: https://graduan.mohe.gov.my/update.
  2. Log masuk dengan nombor kad pengenalan/pasport dan CAPTCHA.
  3. Ikut arahan untuk kemaskini status pekerjaan anda.
  4. Simpan atau cetak “Slip Pengesahan” jika diperlukan (bergantung universiti).
    • Tip: Pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat supaya data graduan yang direkodkan betul dan berguna untuk analisis kebolehpasaran.
graduan mohe skpg
graduan mohe skpg
graduan mohe skpg

Bila Perlu Kemaskini?

Sekiranya terdapat perubahan status pekerjaan atau mendapat pekerjaan yang lebih baik seperti situasi di bawah:

Situasi 1
Sekiranya anda telah mendapat pekerjaan, contoh :
* Belum Bekerja
* Sedang Menunggu Penempatan
* Melanjutkan Pengajian

Situasi 2
Mendapat pekerjaan yang lebih baik sama ada dari segi jawatan atau pendapatan bulanan

Sebelum:Terkini:
Gaji: RM1500RM3,000

Tempoh Akses & Takwim Pengisian

Portal SKPG biasanya dibuka mengikut tarikh konvokesyen masing-masing, dan universiti akan memuat naik data graduan layak secara berperingkat berdasarkan kelulusan senat.

Jika anda lihat notifikasi “MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM REKOD”, ia mungkin kerana institusi anda belum selesai hantar data ke sistem KPT. Dalam kes ini, semak semula kemudian atau hubungi pihak universiti.

Anda yang masih belum mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) diminta untuk melengkapkan kaji selidik SKPG di pautan berikut: https://graduan.mohe.gov.my/skpg25

SETERUSNYA kemaskini SKPG 2.0 di pautan berikut: https://graduan.mohe.gov.my/update/LogMasuk.aspx

Kementerian dan IPT anda memerlukan maklumat berkaitan perkembangan kerjaya graduan dalam jangka masa panjang. Maklumat ini sangat penting kepada negara bagi memperkukuh pembangunan modal insan negara memastikan rakyat Malaysia memiliki kemahiran yang relevan dengan keperluan industri masa depan.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) SKPG 2.0

Apa itu SKPG 2.0?

SKPG ialah ringkasan bagi Sistem Kajian Pengesanan Graduan – ia merupakan pusat pengumpulan data oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT / MOHE) yang didapati melalui soal selidik yang diisi oleh graduan untuk mencatat status pekerjaan selepas tamat pengajian.

Perlu ke isi?

Kerjasama dan kesudian anda amat dihargai untuk mengemas kini maklumat status dan pekerjaan bagi membantu Kerajaan dan IPT anda memperoleh data yang sahih, tepat dan komprehensif pembangunan modal insan negara bagi jangka masa panjang.

Berapa lama masa diperlukan?

SKPG biasanya mengambil masa sekitar 15–20 minit sahaja jika diisi dengan lengkap.

Bagaimana nak semak rekod SKPG 2.0 / sejarah akademik graduan KPT?

Anda boleh masukkan nombor kad pengenalan dan buat semakan di laman web Graduan MOHE / SKPG 2.0 https://graduan.mohe.gov.my/update/LogMasuk.aspx

SKPG 2.0 sangat penting untuk semua graduan yang ingin memastikan status kerjaya mereka dikemaskini dengan betul selepas tamat pengajian. Ia membantu pihak KPT dan semua IPT memahami kebolehpasaran graduan dalam dunia pekerjaan sebenar

Jika anda graduan atau bakal graduan, jangan lupa isi SKPG dan kemas kini melalui SKPG 2.0 mengikut tarikh yang diberikan oleh universiti anda!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut