Doa Wukuf & Zikir Nabi Pada Hari Arafah

Zikir Nabi Ketika Hari Arafah & Doa Waktu Wukuf

Hari ini merupakan Hari Arafah, hari yang dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan hari ini dengan membaca semua himpunan doa’ di bawah.

Waktu Wukuf Di Mekah / Malaysia

Waktu jangkaan bagi Wukuf di Padang Arafah bagi tahun ini 16 Jun 2024 (Ahad) adalah seperti berikut:

*12.22 pm – 7.04 pm (Waktu Wukuf Di Mekah)

BERSAMAAN

*5.22 pm – 12.04 am (Waktu Wukuf Di Malaysia)

ZIKIR NABI SAW SEMASA HARI ARAFAH

Berikut adalah doa / zikir nabi yang diamalkan semasa Hari Arafah / Wukuf.

Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).”

HR Tarmizi, 3585

Sumber: Zakat Melaka

Baca juga:

Himpunan Doa & Zikir Yang Boleh Dibacakan Pada Hari Arafah / Wukuf (Waktu Mustajab Doa)

AMALKAN DOA-DOA / ZIKIR PILIHAN HARI ARAFAH / WUKUF – OLEH USTAZAH ASMA’ HARUN

Saat ini para jemaah haji sedang bersedia untuk melaksanakan salah satu rukun dalam ibadah haji iaitu wukuf di padang Arafah.

Detik ini ialah detik yang paling dinanti-nantikan kerana mustajabnya doa yang dipanjatkan. Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”

(HR Tirmizi, hadis hasan)

Sahabat semua yang berada di Malaysia, usah lepaskan peluang ini untuk menggandakan amal dan doa juga. Wukuf di Arafah jatuh pada hari Selasa, 27 Jun 2023 bersamaan waktu di Malaysia iaitu jam 5.23 petang sehingga jam 12.06 pagi ini. Berdoa dan beramallah dengan sungguh-sungguh dalam waktu yang barakah ini.

Antara zikir dan doa pilihan yang boleh dibaca ialah seperti berikut:

1) ZIKIR NABI SAW SEMASA HARI ARAFAH

Daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari ‘Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu.”

(HR Tirmizi, hadis hasan)

KELEBIHAN MEMBACA ZIKIR INI 100 KALI:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ

Maksudnya: “Barang siapa yang membaca

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ’

‘Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodir’

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),

sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini”.

(HR Bukhari, hadis sahih)

2) DOA PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH

Daripada Ali Bin Abi Thalib beliau berkata: Kebanyakan doa yang diucapkan Rasulullah SAW pada hari Arafah di tempat wuquf adalah:

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كَالَّذِي نَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي وَإِلَيْكَ مَآبِي وَلَكَ رَبِّ تُرَاثِي اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَوَسْوَسَةِ الصَّدْرِ وَشَتَاتِ الْأَمْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَجِيءُ بِهِ الرِّيحُ

Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.”

(HR Tirmidzi, hadis gharib)

3) SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)

Daripada Syaddad bin Aus r.a., Rasulullah SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyidul Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.

(HR Bukhari, hadis sahih)

KELEBIHAN SAYYIDUL ISTIGHFAR

Nabi Muhammad SAW bersabda:

«وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ»

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.

(HR Bukhari, hadis sahih)

4) DOA MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT

Abu Bakar as-Siddiq r.a. pernah meminta Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu doa kepadanya. Lalu baginda SAW bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’

(HR Bukhari, hadis sahih)

5) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

(Surah Ibrahim 14: 41)

6) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT

Firman Allah SWT:

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”

(Surah al-Mukminun 23:109)

7) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )

8 ) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”

(Surah al-Furqan 25: 74)

9) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR

Firman Allah SWT:

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”

(Surah al-Naml 27: 19)

10) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ

وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.

(Surah al-Hasyr 59:10)

Doa Wukuf / Hari Arafah

Berikut dilampirkan contoh Doa Arafah untuk rujukan bersama:

Waktu wukuf doa arafah
Waktu wukuf doa arafah
Waktu wukuf doa arafah

TIPS MENGISI 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:

Berikut dikongsikan beberapa tips untuk pengisian waktu wukuf 2024 yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh kita semua.

  • 30 minit pertama: khutbah Arafah, solat
  • 30 minit ke-2: doa utk diri sendiri
  • 30 minit ke-3: utk kedua ibu bapa
  • 30 minit ke-4: utk pasangan suami/istri
  • 30-60 minit seterusnya: utk anak-anak setiap seorang
    Baki jam seterusnya: doa yg dikirim ahli keluarga/sahabat, hajat keperluan dunia akhirat

PENGISIAN DOA SEPANJANG 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:
=Bahagian 1 – Pengampunan Dosa=

  1. Mohon ampun ke atas dosa² diri sendiri
  2. Mohon ampun ke atas dosa ibu bapa
  3. Mohon ampun ke atas dosa pasangan
  4. Mohon ampun ke atas dosa anak²
  5. Mohon ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara, adik beradik)
  6. Mohon ampun ke atas dosa guru²/ustaz/ustazah
  7. Mohon ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)

=Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan=

  1. Dianugerahkan rezeki halal, mudah diperolehi dan terlindung dari yg haram
  2. Diberi ketenangan (sakinah) dan kebahagiaan dalam keluarga & rumahtangga
  3. Mohon anak² diperlihara dan dibimbing oleh Allah dalam kehidupan
  4. Mohon rezeki diberkati
  5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
  6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk ditanggung
  7. Mohon anak² saling berkasih sayang, bersatu hati & tidak berpecah belah
  8. Mohon orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita kerana Allah
  9. Mohon kejiranan yg baik, sentiasa nasihat menasihati, bantu membantu, saling bersatu hati dalam ketaatan & berpesan dengan kebaikan
  10. Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita

=Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian=

  1. Mohon diakhiri kehidupan dalam kesudahan yg baik (husnul khatimah)
  2. Mohon dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat atas kehidupan yg bakal ditinggalkan
  3. Mohon dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah”
  4. Minta mati sedang dalam beribadah & ketaatan kepada Allah, bukan sebaliknya

=Bahagian 4 – Alam Barzakh=

  1. Jadikan alam kubur nanti seperti taman² syurga
  2. Jangan dijadikan alam kubur dari lubang² api neraka
  3. Sesungguhnya kubur itu gelap (maka terangilah kubur)
  4. Sesungguhnya kubur itu sempit (maka luaskanlah kubur)
  5. Mohon dilapangkan kubur sejauh mata memandang
  6. Mohon direzekikan di dalam kubur nanti bertemankan syafaat al-Quran dan amal soleh

=Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar=

  1. Mohon keselamatan daripada huru-hara di padang mahsyar
  2. Mohon agar memperoleh syafaat Baginda Nabi Muhammad ﷺ dengan izinNya
  3. Mohon agar mendapat perlindungan di bawah naunganNya
  4. Mohon keselamatan dari kesusahan & azab seksa di padang mahsyar
  5. Mohon agar diberikan suratan amal dari tangan kanan, dipadamkan catatan² dosa di dalam kitab amal
  6. Mohon perlindungan dari tersingkap dosa² yg lalu ketika tayangan amalan di akhirat
  7. Tutup dan dilindungi segala aib, dosa dan kesalahan lalu
  8. Mohon diberatkan timbangan amalan kebaikan
  9. Mohon agar tergolong di kalangan mereka yg masuk syurga tanpa hisab
  10. Mohon dapat menikmati air dari telaga Nabi ﷺ, tanda diterima sebagai umat baginda

=Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat=

  1. Mohon dipermudahkan melintasi titian sirat
  2. Terhindar dari terjatuh ke dalam lubang neraka ketika melintasinya
  3. Mohon dipercepatkan melintas titian sirat sepantasnya
  4. Permudahkan perhitungan sesama mukmin atas segala ketidakpuasan hati sesama kami, pada titian terakhir sebelum kami semua diizinkan memasuki syurga

=Bahagian 7 – Masuk Syurga Allah=

  1. Mohon agar diredhai dengan syurga, serta dijauhkan dari neraka
  2. Mohon agar dikurniakan syurga firdaus yg tertinggi
  3. Dianugerahkan dapat berdamping dengan Nabi Muhammad ﷺ
  4. Mohon dapat dihimpunkan bersama seluruh ahli keluarga yg tercinta & insan² tersayang
  5. Mohon kurniaan dapat memandang WajahMu yg Agung, sebagai sebesar² nikmat buat penghuni syurga.
    Allahumma aamiin.

Sumber: Facebook Muhammad Rizduan Zulkifly

Mari sahabat semua, ajak seluruh keluarga dan sahabat untuk sama memperbanyakkan doa dengan penuh sungguh dan harap, mudah-mudahan Allah SWT mendengar setiap rintihan dan rayuan dari para hamba yang sedang meminta kepada-Nya pada Hari Arafah dan tempoh wukuf ini. Allahumma ameen.

Sumber : Ustazah Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan

Jangan lepaskan peluang untuk membacakan doa dan zikir pada pada Hari Arafah dan Waktu Wukuf ini!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!