ECRL Operation Sdn Bhd kini membuka peluang kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong ECRL sebagai Kru Tren & Kru Perkhidmatan Penumpang yang boleh dipohon menerusi pautan www.ecrl.com.my/careers/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai jawatan koson ini.

Mengenai ECRL
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan perkhidmatan keretapi sepanjang 665km bakal menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Sebagai sebuah infrasturuktur nasional, ECRL akan menghubungkan bandaraya dan bandar-bandar serta menaiktaraf sistem pengangkutan awam dengan rangkaian relnya.
Projek ini direka untuk menggerakkan penumpang dan kargo, bertujuan merancakkan ekonomi dan meningkatkan sistem pengangkutan awam.
Dengan kelajuan 160km, keretapi penumpang ini dianggarkan akan menjadikan masa perjalanan lebih kurang empat jam dari Kota Bharu ke ITT Gombak dan projek ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027.
Jajaran Laluan ECRL
Jajaran keseluruhan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) direka bentuk untuk menyediakan jaringan yang lebih baik di seluruh kawasan Pantai Timur dan menghubungkannya dengan kawasan Pantai Barat.
Pada masa yang sama, ia turut mengambil kira potensi pertumbuhan sektor industri, perdagangan dan pelancongan di kawasan yang terlibat.
Jajaran laluan ini bermula dari Kota Bharu di Kelantan, laluan ini menuju ke selatan melalui Terengganu dan Pahang, sebelum membelok ke barat merentasi Selangor.
Di sepanjang laluannya, ECRL merentasi bandar-bandar utama seperti Kuala Terengganu, Kuantan dan Bentong.
Jawatan Kosong Yang Ditawarkan
Jawatan kosong yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Kru Tren
- Kru Perkhidmatan Penumpang
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup yang ditetapkan iaitu 8 Mei 2026.
Syarat Pengambilan Kru
Bagi jawatan kosong ini, terdapat syarat pengambilan kru yang mesti dipenuhi pemohon:
1. Kelayakan Asas (Syarat Kemasukan)
- Warganegara Malaysia, berumur 18 – 35 tahun.
- Minima SPM (kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Matematik). Pemegang Diploma/ljazah dialu-alukan memohon.
- Fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Bahasa tambahan adalah satu kelebihan.
- Calon dengan pengalaman sebagai Kru Kabin (had umur hingga 45 tahun) amat digalakkan untuk memohon
2. Keperluan Fizikal & Perubatan
- Berat badan berkadar (mengikut BMI).
- Ketinggian minimum (Kru Tren sahaja)
– Lelaki: 165 cm
– Wanita: 157 cm - Penglihatan yang baik (dengan/tanpa pembetulan).
- Rambut pendek (bagi lelaki), kemas dan profesional.
- Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja fizikal.
- Tiada tatu dan parut yang kelihatan (semasa berpakaian seragam).
- Berketerampilan rapi.
Cara Memohon
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi pautan www.ecrl.com.my/careers/.
Soalan Lazim
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ialah perkhidmatan keretapi sepanjang 665km bakal menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur Adengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
– Kru Tren
– Kru Perkhidmatan Penumpang
Tarikh permohonan bagi jawatan ini akan ditutup pada 8 Mei 2026.
Tidak. Permohonan hanya dibuka kepada pemohon berumur 18 hingga 35 tahun.
– Lelaki: 165 cm
– Wanita: 157 cm
Ya. Pemohon perlu fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sekiranya berminat untuk memohon.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan www.ecrl.com.my/careers/.
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong ECRL, sila hubungi:
- Emel: [email protected]
- Talian: 03-6411 5800
Baca juga: ECRL: Latarbelakang Projek, Jajaran, Jangkaan Siap




