Advertisements

Semakan Pusat Ujian PKSK & Persediaan Sesi 2022

Advertisements

Semakan PKSK 2021: MAKLUMAN TARIKH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2021

PROSES PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) AMBILAN 2022

Tarikh Semakan PKSK

Tarikh semakan pusat ujian PKSK bermula pada 7 Januari 2022.

Ibu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan PKSK 2021 / 2022.

Jenis sekolah khusus:
1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
4. Kolej Vokasional (KV)
5. Maktab Tentera Diraja (MTD)

Tarikh Menduduki PKSK

Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2022 akan diadakan pada tarikh berikut:

  • Tingkatan 1 : 17-27 Januari 2022
  • Tingkatan 4 : 7-17 Februari 2022

Di bawah adalah jadual terkini tarikh baharu PKSK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Hanya Join Telegram eCentral & Anda Layak Terima RM150 Kredit eTunai. Tebus Sekarang!

Semakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 & 4 Mulai 7 Januari 2022

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 7 Januari 2022 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 7 Januari 2022 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

semakan pksk

Sila cetak slip pendaftaran dan borang deklarasi dan bawa bersama-sama mykad / MyKid untuk pengesahan.

Sila serahkan borang deklarasi kesihatan kepada petugas pendaftaran semasa membuat pendaftaran.

Rujuk senarai persediaan di bawah untuk maklumat lanjut:

Persediaan Menduduki Ujian PKSK

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Baca juga: Semakan UKKM 2021: Tarikh Ujian, Status Permohonan & Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan 4

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

  • Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
  • Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus
ujian pksk

Makluman bagi calon yang bakal menduduki PKSK, sila sediakan:

  • Kad Pengenalan Diri
  • Slip Pendaftaran Ujian
  • Borang Deklarasi Kesihatan
  • Alat tulis

Serta lengkap berpakaian uniform sekolah, sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga SOP sepanjang sesi ujian dijalankan.

semakan pksk
semakan pksk

Calon dinasihatkan supaya datang awal mengikut jadual yang dilampirkan di bawah.

semakan pksk

Format Ujian Penilaian Kemasukan Ke Sekolah Khusus ( PKSK ) Sesi 2022

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah

  • Untuk kenalpasti karakter murid;
  • Skop merangkumi EQ, SQ, SSQ;
  • 30 soalan objektif;
  • Tiada jawapan betul / salah;
  • Skor markah 70%

Bahagian B: Kecerdasan Intelek

  • Ukur tahap kognitif pelajar;
  • Merangkumi IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah;
  • Soalan Math & Sains bersifat kualitatif & Kuantitatif;
  • 10 soalan Bahasa Inggeris uji tahap penguasaan & kefahaman;
  • Tempoh ujian 90 minit;
  • 70 soalan objektif;
  • Betul 1 markah, Salah 0 markah;
  • Skor markah 70%

Bahagian C: Artikulasi Penulisan

  • Melihat idea, pendapat pelajar dengan hujah-hujah karangan;
  • 3 tajuk karangan dan pilih satu. Karangan dalam Bahasa Melayu;
  • 100 patah perkataan (minima) untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4;
  • Tempoh masa 45 minit;
  • Skor markah 10%.

Baca juga: UPU Online 2021/2022: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan

Keputusan PKSK

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

Rujuk maklumat selanjutnya dalam kenyataan rasmi KPM di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

ATAU

Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

NOTA: Sebarang pemberitahuan atau kemaskini maklumat akan diberitahu melalui laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Twitter KPM

Leave a Comment