Advertisements

PAJSK KPM : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

Advertisements

Portal PAJSK diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan satu platform pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.

Dengan keseragaman ini, akan mengelakkan ketaksamarataan di dalam pemberian markah kepada para pelajar.

Pentaksiran ini memainkan peranan penting kepada murid kerana ia membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA), serta IPTA atau universiti awam dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.

login-pajsk

Panduan Pemarkahan / Format PAJSK Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya.

Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh perskolahan (Cumulative Grade Point Average).

Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

Terdapat 3 komponen utama yang ditaksir dalam PAJSK iaitu SEGAK, Kokurikulum, dan Ekstra Kurikulum.

1. Ujian SEGAK

SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.

Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah.

Ujian ini hendaklah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos.

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Malaysia (SEGAK)

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Kokurikulum

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan, setiap murid wajib mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut:

  • Kelab/Persatuan
  • Pasukan Badan Beruniform;
  • Sukan/Permainan Mesyuarat

Syarat merit 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA) juga turut ditetapkan.

Bagi tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan 6 elemen.

Pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut:

  • Penglibatan (50 markah)
  • Penyertaan (40 markah)
  • Prestasi (20 markah)

3. Ekstra Kurikulum

Ekstra kurikulum merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji.

Markah yang diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum sama ada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan.

Hanya markah tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu 4 elemen seperti berikut:

  • Perkhidmatan
  • Anugerah Khas
  • Khidmat Masyarakat
  • NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)

Login PAJSK Online KPM & Semakan Markah

Untuk login ke Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini bagi membuat semakan markah kokurikulum atau mengemaskini data baru anda hanya perlu ke login dibawah.

https://pajsk.moe.gov.my/index.php

Pengiktirafan program-program peringkat KEBANGSAAN dan ANTARABANGSA boleh dirujuk melalui pautan https://bit.ly/iktirafpajsk

Bagi pengiktirafan program peringkat NEGERI/DAERAH, boleh dirujuk melalui Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Bagi sekolah swasta yang belum berdaftar dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), mohon berhubung dengan Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri. (Sekolah swasta yang menggunakan KURIKULUM KEBANGSAAN sahaja)

Mohon pengguna (JPN, PPD, guru sekolah rendah dan sekolah menengah untuk masukkan kata laluan sementara (Pajsk2022) dan buat pengemaskinian kepada kata laluan yang baharu.  Sila masukkan kata laluan Pajsk2022 sebagai kata laluan lama.

GRED CGPA 10% TAHAP

A : 80 – 100 8 -10 Cemerlang

B : 60 – 79.9 6 – 7.99 Kepujian

C : 40 – 59.9 4 – 5.99 Baik

D : 20 – 39.9 2 – 3.99 Kurang Memuaskan

E : 0 – 19.9 0 – 1.99 Tidak Memuaskan

Garis Panduan

Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (GPA) dan Himpunan Prestasi Sepanjang Tempoh Persekolahan (CGPA).

Borang dan lampiran disertakan di laman web rasmi PAJSK atau boleh terus dimuat turun di bawah

pajsk online kpm

Maklumat Lanjut Tentang PAJSK Online

Sebarang info lanjut berkaitan pentaksiran ini boleh didapati dari laman web rasmi PAJSK:

https://pajsk.moe.gov.my/index.php

Sebarang aduan/pertanyaan berkenaan sistem boleh dipanjangkan ke [email protected]

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 3 / 5. Vote count: 5

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment