Pengeluaran KWSP Dibenarkan Dengan Cagaran Bank – PM Anwar

BANTUAN KWSP | Perdana Menteri mencadangkan KWSP membenarkan ahlinya yang menghadapi beban kewangan, menggunakan simpanan mereka sebagai cagaran untuk membuat pinjaman bank.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, Kerajaan bersetuju memperkenal kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman.

Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan, dengan cagaran daripada agensi terbabit.

“Kita kena ingat prinsip KWSP itu adalah simpanan hari tua, kita bagi kelonggaran (pengeluaran) masa Covid-19 dan semua negara luluskan (kaedah itu).

“Saya tidak bersetuju dana pengeluaran simpanan khas dan saya cadangkan untuk kita memperkenalkan satu kaedah memudahkan orang-orang yang betul-betul terdesak memerlukan wang.

“Maka saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan kolateral jaminan cagaran bank, ini yang terbaik,” katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, 9 Mac 2023.

Anwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada pencarum yang mempunyai wang dalam KWSP.

“Saya cadangkan yang mempunyai peluang… ada seorang yang merayu kepada KWSP, dia mempunyai RM1 juta (dalam KWSP) tetapi terikat dekat situ.

“Dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM180,000 hingga RM200,000, itu spesifik kes.

“Oleh itu saya kata, tak pelah kita buat kolateral, dia tidak withdraw (keluarkan) daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP buat kolateral itu sebagai cagaran,” katanya.

“Saya cadang, perkenal kaedah, bagi permudah orang (ahli KWSP) yang terdesak, tetapi ada wang saya pastikan KWSP memberi ruang bagi pencarum terdesak, pinjam dari bank, dengan cagaran daripada caruman simpanan KWSP mereka, ini yang terbaik,” beliau berkata demikian semasa sesi Pergulungan Belanjawan 2023 yang dilaporkam oleh Buletin TV3.

Menurut Datuk Seri Anwar, beliau tidak bersetuju untuk membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan persaraan mereka.

Malah, beberapa negara seperti Peru, Australia dan Chile yang melaksanakan langkah sama semasa pandemik, telah menghentikan skim pengeluaran itu.

Sumber: https://bit.ly/3ZQLywA

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!