Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023

PERMOHONAN SARJANA PENDIDIKAN UKM MOD CUTI SEKOLAH UNTUK SESI KEMASUKAN TAHUN 2023 TELAH DIBUKA!!!

Berita yang ditunggu-tunggu telahpun tiba!

  • Jika anda guru sekolah yang ingin bersedia untuk masa hadapan.
  • Jika anda ingin meningkatkan daya saingan dalam kerjaya.
  • Jika anda tidak dapat meluangkan masa setiap hari dan setiap minggu untuk melanjutkan pengajian.
  • Jika anda bercita-cita menjadi pensyarah.
  • Jika anda dapat meluangkan masa ketika cuti sekolah.

Ayuh, dapatkan maklumat serta borang permohonan secara online sahaja!

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 JANUARI 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah ini.

Apakah Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah?

Program sarjana ini merupakan program pengajian peringkat sarjana (Master in Education) yang direka khas untuk dijalankan sewaktu cuti sekolah di bawah kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional UKM (UKMShape), dan Koperasi Siswazah Bangi Berhad.

Ia bukan sahaja terbuka kepada semua warga pendidik, tetapi juga kepada orang awam yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana tanpa mengganggu kerja hakiki masing-masing.

Program ini bakal memasuki tahun ke-7 dan sesi pengambilan pelajar baharu tahun 2023 akan bermula tidak lama lagi.

Ayuh, kembangkan potensi diri dan kerjaya anda ke peringkat yang lebih tinggi dengan segulung ijazah sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi dengan yuran berpatutan.

Lanjutkan pengajian anda di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA menerusi Program Sarjana Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah untuk sesi kemasukan 2023!

Pengajian hanya dijalankan semasa cuti sekolah, maka anda tidak perlu tinggalkan karier anda untuk menyambung pengajian.

sarjana pendidikan ukm

KEISTIMEWAAN PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN UKM EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH:

  1. Ijazah sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – tempat ke-30 dalam QS Asia University Rankings 2023, tempat ke-129 dalam QS World University Rankings 2023 dan tempat ke-138 dalam Times Higher Education Asia University Rankings 2022 (dan semakin cemerlang saban tahun).
  2. Pengiktirafan MQA – Struktur kursus, jam kredit, dan pensyarah berpengalaman sama seperti pengajian arus perdana.
  3. 4 lokasi pengajian – UKM Bangi, Kota Bharu, Kuching, dan Kota Kinabalu.
  4. 20 bidang pengajian pengajian untuk dipilih – boleh dipohon oleh semua pemegang ijazah sarjana muda pelbagai latar belakang.
  5. Kuliah hanya dijalankan sewaktu cuti sekolah – sesuai untuk warga pendidik dan warga kerja yang berminat melanjutkan pengajian. Anda tidak perlu korbankan kerjaya untuk melanjutkan pengajian.
  6. Mod kerja kursus – tiada tesis atau viva di akhir pengajian.
  7. Kadar yuran pengajian yang kompetitif – boleh dibayar secara ansuran sebanyak 12 kali.
  8. Boleh dibiayai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga RM19,000 sepanjang pengajian.* Yuran juga boleh dibayar menggunakan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  9. Kemudahan Penginapan di UKM – Anda tidak perlu risau mengenai hal penginapan ketika menghadiri kuliah di UKM. Kami akan uruskan bagi pihak anda.

Tempoh Pengambilan

Pengambilan pelajar program ini dibuat setahun sekali sahaja.

Syarat Kemasukan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023

Program sarjana ini terbuka kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda dari apa jua bidang.

Calon sarjana program ini perlu menghabiskan 40 jam unit kerja kursus DAN menerbitkan satu prosiding/artikel jurnal berwasit bersama penyelia.

Mod pengajian adalah secara Kerja Kursus.

Program Sarjana Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah

Bidang Yang Ditawarkan

20 bidang pengajian ditawarkan iaitu:

  1. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  2. Kurikulum dan Pedagogi
  3. Pendidikan Khas
  4. Pendidikan Bahasa Melayu
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Sains
  7. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
  8. Pengurusan Sukan
  9. Pentadbiran Pendidikan
  10. Sosiologi Pendidikan
  11. Pendidikan Sejarah
  12. Pendidikan matematik
  13. Psikologi Pendidikan
  14. Pendidikan Prasekolah
  15. Penialaian dan Pengukuran
  16. Pendidikan Ekonomi
  17. Pendidikan Bahasa Arab
  18. Pendidkan Sumber dan Teknologi Maklumat (Teknologi Pendidikan)
  19. Pendidikan Komputer
  20. Pendidikan Sastera

Lokasi Pusat Pengajian

4 lokasi pusat pengajian untuk dipilih iaitu:

  • UKM Bangi
  • Kota Bharu
  • Kota Samarahan
  • Kota Kinabalu

Cara Permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023

  1. Layari www.koperasisiswazah.com untuk mendapatkan maklumat serta borang permohonan.
  2. Hantarkan borang yang lengkap diisi kepada pihak urusetia di e-mel [email protected]
Program Sarjana Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

UKMShape

Koperasi Siswazah Bangi Berhad

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan mengetahui maklumat terbaru, sertai TELEGRAM melalui pautan berikut:

Channel Utama:
https://t.me/sarjanapendidikanUKM
————————————————
Group UKM Intake 2023:
https://t.me/+A1oi-HeRRalkMGQ9
————————————————
Group Kota Bharu Intake 2023:
https://t.me/+HLXsvoK3-6Q1NjE1
————————————————
Group IPTAR Kota Samarahan Intake 2023:
https://t.me/+voEi4Jaqul1hZDI1
————————————————
Group Kota Kinabalu Intake 2023:
https://t.me/+UExiLrGfK3YyZDk1

Baca juga: DPLI UKM 2022 : Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!