Advertisements

DPLI UKM 2023 : Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM

Advertisements

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) UKM EKSEKUTIF 2023

BERMINAT MENYERTAI PROFESION PERGURUAN?

Guru merupakan suatu kerjaya profesional yang memerlukan kemahiran dan ilmu pedagogi yang tinggi. Justeru, di Malaysia, sebelum seseorang calon diserap masuk ke jawatan tetap perguruan, beliau perlu mempunyai diploma atau ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan.

Sekiranya anda seorang graduan ijazah pertama yang berminat menjadi seorang guru tetapi tidak mempunyai kelayakan ikhtisas tersebut, anda masih berpeluang dilantik sebagai guru sekolah dengan mengikuti program DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UKM EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH.

Apakah DPLI UKM?

Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah adalah kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah.

Antara keistimewaan program ini, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Eksekutif UKM (Mod Cuti Sekolah) dirangka secara sistematik bagi memenuhi perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial.

Kesinambungan itu, KSBB memulakan projek rintis dengan menawarakan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (DPLIE) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM bersama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).

dpli ukm 2023

Di Fakulti Pendidikan di bawah kelolaan UKMShape dan KSBB yang terbuka kepada semua orang awam yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma.

Mungkin ini peluang terakhir yang membolehkan anda untuk menjadi warga pendidik dengan kadar yuran berpatutan. Fakulti Pendidikan kini membuka tawaran kemasukan ke Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah bagi kemasukan ambilan 2023.

KELEBIHAN PROGRAM DPLI EKSEKUTIF UKM

Advertisements
  1. Yuran Pengajian berpatutan
  2. Dijalankan semasa cuti persekolahan
  3. Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)
  4. Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi
  5. Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Info Ringkas Permohonan / Pengajian

  • Pemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.
  • Tiada Ujian MEdSI dan temuduga dijalankan. Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.
  • Tiada had umur permohonan.  

Struktur: Kerja Kursus & Praktikum (Rujuk Jadual Kursus Mengikut Semester)

Lokasi Pengajian

  • Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
  • Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Kelantan
  • Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching, Sarawak
  • UCSF Kota Kinabalu, Sabah

*NOTA PENTING: Kampus utama untuk kelas bersemuka adalah di UKM Bangi, Selangor. Bagi lokasi lain, kelas bersemuka hanya akan dibuka berdasarkan bilangan pelajar di kawasan tersebut. Jika bilangan pelajar tidak mencukupi, kelas hanya akan dijalankan di kampus UKM Bangi, Selangor. 

Yuran Pengajian

YURAN PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UKM  EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH ADALAH SEBANYAK RM 10,200.00

SEMESTER 1 (RM 3500)

BAYARAN PERTAMA : RM 1500 SEBELUM 02 SEPTEMBER 2022

BAYARAN KEDUA : RM 1000 SEBELUM 25 OKTOBER 2022

BAYARAN KETIGA : RM 1000 SEBELUM 25 NOVEMBER 2022

SEMESTER 2 (RM 3500)

BAYARAN PERTAMA : RM 1500 SEBELUM 25 FEBRUARI 2023

BAYARAN KEDUA : RM 1000 SEBELUM 25 MAC 2023

BAYARAN KETIGA : RM 1000 SEBELUM 25 APRIL 2023

YURAN SEMESTER 3 (RM 3200)

BAYARAN PERTAMA : RM 1200 SEBELUM 25 OGOS 2023

BAYARAN KEDUA : RM 1000 SEBELUM 25 SEPTEMBER 2023

BAYARAN KETIGA : RM 1000 SEBELUM 25 OKTOBER 2023

Kaedah Bayaran Yuran Pengajian

Pembayaran yuran pengajian boleh dilakukan dengan cara:

PORTAL PELAJAR (SISTEM PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN): https://pay.diploma.lmsmalaysia.edu.my/

LOG MASUK – rujuk email peribadi yang sama diisi seperti dalam borang permohonan bagi mendapatkan maklumat ID dan KATA LALUAN.

Sebarang pertanyaan berkaitan yuran pengajian, sila emel [email protected]

Tarikh Ambilan DPLI UKM 2023

Permohonan DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah Ambilan September 2023 kini dibuka.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2023. 

Cara Permohonan

Untuk memuat turun borang permohonan, sila layari pautan berikut untuk mengisi borang online :

https://koperasisiswazah.com/cara-permohonan-dplie/

dpli ukm 2023

Borang Permohonan boleh dihantar secara EMEL (DIGALAKKAN) atau POS:

1. Emel: Borang permohonan berserta dokumen (rujuk senarai semakan) dalam BENTUK PDF perlu diemelkan ke: [email protected] 

Pastikan diletakkan juga maklumat ini di kandungan emel anda:

  • Nama Penuh
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat Emel
  • No Telefon

(BORANG PERMOHONAN YANG DIHANTAR SECARA EMEL BOLEH MEMPERCEPATKAN LAGI  PROSES PENDAFTARAN DAN PENILAIAN PERMOHONAN ANDA)

2. Pos: Kepilkan slip bayaran bersama dokumen yang dipos.

Borang Permohonan dan dokumen (rujuk senarai semakan) perlu diposkan ke alamat:

Koperasi Siswazah Bangi Berhad,
Paras 1, Bangunan Pentadbiran,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor

Sebarang pertanyaan berkaitan Program DPLI Eksekutif UKM (Mod Cuti Sekolah), sila hubungi:

Koperasi Siswazah Bangi Berhad: +6018-2290929

Puan Aimi Amalina: +6018-2099650

Cik Ahlam Mohd Kamel: +6014-9244386

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan mengetahui maklumat terbaru, jangan lupa untuk klik “like” pada laman Facebook Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan sertai group Telegram Intake 2023 untuk memudahkan interaksi antara urusetia program dan bakal pelajar di pautan GROUP TELEGRAM PROGRAM DPLI UKM EKSEKUTIF 2023 : KLIK SINI

Sila ikuti info terkini melalui group Telegram/ Facebook / Website (https://koperasisiswazah.com/).

Baca juga:

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 4.8 / 5. Vote count: 13

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment