Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035: Intipati Utama

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 merupakan pelan strategik utama yang baru dilancarkan untuk memacu transformasi pendidikan tinggi negara bagi tempoh 10 tahun. Layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengetahui hala tuju dan perubahan baru dalam dunia pendidikan di pautan berikut: www.mohe.gov.my

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 dilancarkan secara rasmi hari ini, 20 Januari 2026, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pelancaran ini sebahagian daripada Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang merangkumi ekosistem pendidikan penuh.

Rujuk info penuh di bawah.

Apa itu Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035?

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 ialah dokumen hala tuju strategik nasional bagi pembangunan sektor pendidikan tinggi negara untuk tempoh 10 tahun akan datang.

RPTM merupakan sebahagian daripada Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 yang menyatukan ekosistem pendidikan dari peringkat prasekolah hingga ke menara gading.

Pelan ini dilancarkan secara rasmi pada 20 Januari 2026 oleh Perdana Menteri di PICC Putrajaya, sebagai sebahagian daripada Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035.

Rujuk Siaran Media di bawah:

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 atau RPTM 2026–2035 dibangunkan melalui proses kolaboratif dan perundingan yang dipacu oleh pemikir terkemuka Malaysia dengan lebih 8,000 pihak berkepentingan dan individu yang terlibat dalam memberikan input dan maklum balas.

Pihak berkepentingan yang terlibat termasuklah pakar pendidikan Malaysia dan global, pentadbir universiti, lembaga universiti, komuniti akademik, kesatuan dan persatuan, staf kementerian, badan industri dan majikan, agensi berkaitan, ibu bapa, pelajar dan orang awam.

Proses pembangunan bermula dengan semakan komprehensif prestasi semasa melalui pemerhatian, pengumpulan data, tinjauan dan penglibatan pihak berkepentingan.

Pemerhatian melibatkan analisis sebanyak lebih 100 buah dokumen, termasuklah analisis terperinci tentang PPPM 2015–2025 (PT).

Tiga fasa berbeza dalam pembangunan RPTM 2026–2035 adalah seperti berikut:

FASA 1: Semakan, penilaian dan analisis (Mei 2024–Julai 2024).

  • Kementerian memulakan proses ini dengan semakan menyeluruh terhadap prestasi semasa melalui penentuan skop, pengumpulan data, tinjauan serta libat urus bersama pihak berkepentingan. Fasa ini telah mengenal pasti isu dan jurang yang wujud.

FASA 2: Pengkonsepsian 10 lonjakan (Ogos 2024 hingga Oktober 2024)

  • Berdasarkan dapatan pasukan semakan dan hasil libat urus bersama pihak berkepentingan, 10 Lonjakan telah dikenal pasti bagi memacu sistem pendidikan tinggi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Lonjakan ini juga telah diselaraskan dengan teliti sejajar dengan pelan sedia ada.

FASA 3: Pemuktamadan RPTM 2026–2035 (November 2024 hingga pertengahan Februari 2025)

  • Perincian 10 Lonjakan ini dimuktamadkan selepas satu lagi pusingan libat urus awam yang meluas serta panduan daripada Jemaah Menteri.
Fokus Pendidikan Tinggi Baharu

Matlamat & Aspirasi

Matlamat dan aspirasi RPTM 2026–2035 direka secara komprehensif untuk menyatukan nilai kemanusiaan dengan kecemerlangan akademik.

Fokus utama RPTM adalah untuk membangunkan Bakat yang bukan sekadar graduan biasa, tetapi individu yang memiliki ciri-ciri berikut:

  • Adaptif, Tangkas, dan Berdaya Tahan: Mampu menyesuaikan diri dan bangkit semula dalam persekitaran global yang mencabar.
  • Siap Siaga Masa Hadapan: Mempunyai kemahiran yang relevan dengan keperluan industri dan teknologi masa hadapan.
  • Menghayati Nilai: Meletakkan etika dan moral sebagai asas dalam setiap tindakan dan keputusan.
  • Pembina Negara: Mempunyai semangat patriotisme dan tanggungjawab untuk membangunkan negara Malaysia.

Seluruh matlamat dan aspirasi ini tidak berdiri sendiri, sebaliknya dipandu secara langsung oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai kompas utama pembentukan insan yang seimbang.

Nilai Teras

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 dibina berasaskan empat nilai teras utama yang menjadi tunjang kepada seluruh sistem, iaitu:

  • Berpaksikan kemanusiaan
  • Kesejahteraan holistik
  • Kemakmuran bersama
  • Kemampanan

10 Lonjakan Strategik Dalam Fokum RPTM 2026-2035

Berdasarkan kerangka rasmi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, 10 Lonjakan Strategik ini merupakan evolusi daripada pelan terdahulu yang kini diberikan nafas baharu untuk mencapai matlamat “Pembina Negara” yang holistik.

  1. Pembelajar Berpaksikan Kemanusiaan, Berciri Keusahawanan dan Adaptif: Fokus pada keseimbangan kognitif dan karakter.
  2. Bakat Berprestasi Tinggi Dipacu Matlamat: Memperkasa kecemerlangan staf akademik dan sokongan.
  3. Kompetensi TVET Termaju: Meningkatkan kualiti pendidikan teknikal dan vokasional.
  4. Kemampanan Kewangan: Memastikan sumber kewangan institusi yang lebih stabil dan mampan.
  5. Tadbir Urus Tangkas dan Berdaya Tahan: Pengurusan institusi yang lebih responsif.
  6. RDICE Bertanggungjawab: Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Komersialisasi, dan Ekonomi (RDICE) yang memberi impak sosial.
  7. Keunggulan Global: Meletakkan pendidikan tinggi Malaysia di tahap antarabangsa.
  8. Pendidikan Fleksibel dan Pembelajaran Sepanjang Hayat: Akses pendidikan yang tidak terhad oleh usia atau lokasi.
  9. Kemampanan dan Kesihatan Bumi: Integrasi elemen kelestarian alam dalam pendidikan.
  10. Penyampaian Responsif dan Dinamik: Transformasi kaedah penyampaian ilmu yang sejajar dengan perubahan zaman.

Pelaksanaan

Transformasi sistem pendidikan tinggi Malaysia selama 10 tahun di bawah RPTM 2026–2035 disusun secara strategik dalam tiga gelombang bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan, kemajuan yang berterusan serta mengelakkan bebanan sistem dan kelesuan dalam pelaksanaan.

Kementerian telah menyusun fasa pelaksanaan strategi dan inisiatif bagi 10 Lonjakan secara berperingkat dalam setiap gelombang, memastikan setiap peringkat membina asas untuk peringkat seterusnya selaras dengan keupayaan, kapasiti dan tahap kesediaan institusi pendidikan tinggi (IPT) yang semakin berkembang.

Gelombang ini telah diselaraskan dengan pelaksanaan RPTM 2026-2035:

  • 2026–2028: Cetus
  • 2029–2031: Pacu
  • 2032–2035: Tingkat

Ringkasan Eksekutif RPTM 2026-2035

  1. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat
  2. Membekalkan graduan dengan kemahiran untuk ekonomi digital dan berasaskan pengetahuan
  3. Pendidikan yang berdaya tahan, adaptif dan berdaya saing di peringkat global serta mampan
  4. Merupakan dokumen yang dinamik (living document)
  5. Satu strategi transformatif untuk memperkukuh sistem pendidikan tinggi Malaysia

Impak Kepada Pelajar

Pembelajar akan…

  • mendapat manfaat daripada pendidikan terbuka dan laluan pembelajaran fleksibel, membolehkan mereka menyesuaikan pengalaman pembelajaran mengikut keperluan individu dan aspirasi kerjaya sambil mengakses kelayakan yang pelbagai daripada institusi atau penyedia yang berbeza.
  • berpaksikan kemanusiaan, berorientasikan impak serta bersedia untuk berinovasi dan menyumbang kepada masyarakat.
  • menerima pendidikan berkualiti tinggi yang saksama dengan pendedahan global.
  • seimbang serta memiliki kemahiran siap siaga masa hadapan dan semasa termasuk kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI), gabungan kemahiran teknikal dan analitik (sharp) serta sosial dan kemanusiaan (smart) yang relevan.
  • menguasai kemahiran keusahawanan dan inovasi serta memperoleh peluang unipreneurship melalui pembelajaran berasaskan Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi (RDICE) bagi melonjak dalam ekonomi global.
  • memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang selari dengan kemampanan serta amalan mesra bumi, membolehkan penggunaan sumber negara secara bertanggungjawab untuk pembangunan mampan.

Justeru, pembelajar perlu terlibat secara aktif dalam pendidikan mereka, menjunjung integriti, serta menyumbang kepada persekitaran yang bersifat keterangkuman. Mereka perlu bersifat tangkas, adaptif dan berdaya tahan, membangunkan pemikiran dipacu impak serta menyelaraskan perkembangan peribadi dengan keperluan masyarakat dan global.

8 Intipati Penting Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035

  1. Jaminan tempat di IPTA untuk pelajar cemerlang;
  2. Pendidikan percuma pelajar OKU;
  3. Tambahan 1,500 tempat untuk kursus di IPTA;
  4. Pendidikan percuma untuk pelajar dari keluarga miskin tegar;
  5. Program Tingkatan 6 & Matrikulasi diletakkan di bawah KPT mulai 2027;
  6. Tambahan 5,000 penginapan pelajar oleh GLIC;
  7. Pemerkasaan subjek Mata Pelajaran Umum (MPU); dan
  8. TVET Diperhebat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, sila layari portal rasmi KPT di pautan berikut:  www.mohe.gov.my/ 

Ikuti juga Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi dan instagram @mohe.official untuk info semasa dunia pendidikan. 

Anda juga boleh muat turun ringkasan eksekutif RANCANGAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA 2026-2035.pdf di bawah:

Soalan Lazim Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035

Apakah RPTM 2026-2035?

RPTM 2026-2035 ialah dokumen hala tuju utama pembangunan pendidikan tinggi Malaysia untuk tempoh satu dekad, menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Bilakah RPTM 2026-2035 dilancarkan?

RPTM dilancarkan pada 20 Januari 2026 dalam majlis peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri.

Apakah matlamat utama RPTM 2026-2035?

Matlamat utama ialah memastikan sistem pendidikan tinggi kekal relevan, berdaya saing, berdaya tahan dan siap siaga masa hadapan, serta melahirkan graduan holistik yang mampu memacu ekonomi digital dan berasaskan pengetahuan.

Apakah ciri utama RPTM berbanding pelan sebelum ini?

RPTM dirangka sebagai “dokumen hidup” (living document) yang dinamik, boleh disemak dan diperkemas secara berkala tanpa menunggu tempoh pelan tamat, dengan penekanan kuat kepada STEAM, integrasi AI dan pendekatan berpaksikan kemanusiaan.

Bagaimana RPTM memberi kesan kepada pelajar?

Pelajar bakal menikmati laluan kemasukan lebih fleksibel, peluang pembelajaran sepanjang hayat, kurikulum yang mengintegrasi teknologi baharu serta tumpuan kepada kemahiran insaniah dan nilai akhlak.

Adakah RPTM hanya untuk universiti?

Tidak. RPTM meliputi keseluruhan sektor pendidikan tinggi termasuk universiti awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti serta institusi TVET berkaitan.

Apakah itu “RDICE Bertanggungjawab” dalam Lonjakan ke-6?

RDICE merujuk kepada Penyelidikan (R), Pembangunan (D), Inovasi (I), Komersialisasi (C), dan Ekonomi (E). Fokusnya adalah untuk memastikan hasil penyelidikan universiti memberi impak sosial yang nyata dan menyelesaikan masalah masyarakat.

Adakah pendidikan tinggi selepas ini hanya memfokuskan kepada kemahiran teknikal?

Tidak. Walaupun kemahiran digital ditekankan, matlamat utama RPTM adalah melahirkan “Pembina Negara” yang berpaksikan kemanusiaan. Ia menekankan kesejahteraan holistik dan penghayatan nilai moral di samping kecemerlangan akademik.

Bagaimanakah konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat dilaksanakan?

RPTM menggalakkan budaya ilmu yang berterusan dengan menyediakan akses pendidikan yang fleksibel, membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran mereka tanpa had umur atau lokasi.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut