Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah kini menawarkan kursus jangka pendek secara percuma kepada anak Sabah yang berkelayakan.

Pelbagai kemudahan pembelajaran termasuk elaun sara diri bakal disediakan sepanjang tempoh kursus.

Untuk makluman, kursus ini dibuka untuk kemasukan tahun 2023 bagi bulan Februari, Mac atau April.

Baca Juga : Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) 2022

Senarai Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah

Kursus yang disediakan bagi program jangka pendek ini adalah :

  • Asas Ukiran Logam
  • Asas Jahitan Sulaman & Kreatif
  • Asas Lukisan Fabrik Abstrak
Pusat Warisan Kraf

Ringkasan Program

Kursus KrafAsas Lukisan Fabrik Abstrak

Asas Jahitan dan Sulaman Kreatif

Asas Ukiran Logam
Tempoh pengajian3 Bulan
Syarat kemasukanBumiputera Sabah (Anak Negeri Sabah)

Had Umur Pelatih 17 Tahun – 45 Tahun

Keupayaan minimum boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M)

Mempunyai minat dalam bidang Kraf dan Keusahawanan

Golongan E-Kasih / B40
Prospek KerjayaPembuatan kraf

Usahawan

Tenaga Pengajar dalam bidang berkaitan
Kemudahan DisediakanAsrama

Bahan pembelajaran

Makan dan minum

Elaun sara diri

Pusat Warisan Kraf KTYS ini mensasarkan golongan lepasan sekolah menengah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Program ini akan menyediakan para peserta dengan kemahiran seni pertukangan tangan yang bertujuan melahirkan usahawan kraftangan bukan sahaja mempunyai kemahiran membuat kraftangan tetapi juga mempunyai pengetahuan asas keusahawanan dalam memasarkan dan mempromosikan hasil keluaran kraftangan mereka.

Kemudahan Yang Ditawarkan

  • Antara kemudahan yang bakal dinikmati peserta kursus adalah :
  • Penginapan asrama
  • Kemudahan pembelajaran yang serba lengkap
  • Makan dan minum disediakan (pagi, tengah hari dan malam)
  • Elaun sara diri

Untuk makluman, yuran bagi penyertaan kursus adalah percuma.

Syarat Kelayakan

Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Tawaran kursus terbuka kepada bumiputera Sabah sahaja
  • Had umur pelatih mestilah antara 17 hingga 45 tahun
  • Calon mempunyai keupayaan minimum dalam membaca, menulis dan mengira
  • Calon merupakan golongan E-Kasih, B40 atau berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000
  • Calon mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kraf atau keusahawanan

Cara Memohon

Calon yang berminat untuk sertai program anjuran Kolej Teknikal Yayasan Sabah ini boleh kemukakan permohonan dengan mengisi borang di pautan berikut :

Permohonan Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Kolej Teknologi Yayasan Sabah, sila hubungi Encik Khairil di talian 010 5580018.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!