Semakan Keputusan PSPM – Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Makluman kepada semua pelajar matrikulasi, berikut merupakan Pengumuman Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester kini boleh disemak secara online.

Rujuk cara membuat semakan dalam artikel ini selanjutnya.

peperiksaan matrikulasi

Tarikh Semakan

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) 2024/2025

Keputusan peperiksaan akan diumumkan mulai 18 Februari 2025 (Selasa) jam 10.00 pagi.

Calon PSPM, SDS Semester I, SES Semester I dan SES Semester III, Sesi 2024/2025 boleh menyemak keputusan melalui kaedah online atau manual.

Cara Semakan Keputusan PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi)

PENGUMUMAN DAN KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SISTEM DUA SEMESTER (SDS), SEMESTER I, SISTEM EMPAT SEMESTER (SES), SEMESTER I DAN SISTEM EMPAT SEMESTER (SES), SEMESTER III, SESI 2024/2025

Calon PSPM, SDS Semester I, SES Semester I dan SES Semester III, Sesi 2024/2025 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai 18 Februari 2025 (Selasa) jam 10.00 pagi melalui kaedah berikut:

A. LAMAN WEB

  1. Layari https://matrikulasi.moe.gov.my atau terus ke pautan https://matrikulasi.moe.gov.my/system/peperiksaan/index.cfm
  2. Pilih Semakan Peperiksaan
  3. Masukkan No. Matrik + 6 Digit Terakhir No. Kad Pengenalan
  4. Calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan untuk rujukan

II) SEMAKAN MELALUI TELEFON

Langkah semakan keputusan PSPM melalui TELEFON:

i. Kolej masing-masing.
ii. Bahagian Matrikulasi KPM melalui talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020

Artikel berkaitan: Program Matrikulasi KPM: Lokasi, Kursus / Jurusan, Permohonan

Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan

Permohonan semak semula boleh dibuat melalui langkah langkah berikut:

Permohonan semak semula hanya bagi keputusan PSPM hendaklah dibuat melalui kolej masing-masing.

Kadar bayaran bagi setiap kursus yang disemak semula adalah RM50.00 (tidak
termasuk caj dan cukai berkuatkuasa bagi kiriman wang/ draf bank).

  1. Hanya untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semasa sahaja.
  2.  Permohonan semak semula keputusan PSPM dibuka bermula 10 Julai 2024.
  3. Permohonan semak semula hanya bagi keputusan PSPM Semester II & IVSesi 2023/2024 dan hendaklah melalui kolej masing-masing.

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.
*Tarikh akhir penerimaan di kolej tertakluk kepada ketetapan pengurusan kolej
masing-masing.

Sila rujuk panduan penuh permohonan semakan semula dan borang permohonan melalui lampiran di bawah :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut