Permohonan Protege-RTW Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2023

Permohonan bagi program Protege-RTW (Ready to Work) oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini telah pun dibuka bagi tahun 2023.

Graduan yang berminat boleh melengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada 6 Januari 2023.

Terdapat 40 kekosongan pelbagai Bahagian di Ibu Pejabat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kuala Lumpur.

Permohonan ini adalah bagi kemasukan bulan Mac 2023.

Syarat kelayakan

Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut akan dipertimbangkan unuk permohonan untuk program Protege-RTW SSM ini:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang yang diiktiraf
  3. Aktif dalam bidang sukan / kokurikulum
  4. Tamat pengajian kurang dari tempoh 1 tahun

Kemudahan yang diterima

Calon-calon yang diterima masuk dalam program Protege-RTW SSM ini kelak akan mendapat kemudahan-kemudahan seperti yang berikut:

  1. Elaun bulanan RM2000
  2. Cuti tahunan
  3. Caruman PERKESO
  4. Rawatan hospital kerajaan (pesakut luar)
  5. Cuti Sakit – Dikira sebagia Cuti Tanpa Gaji

Keutamaan bidang pengajian

Selari dengan keperluan SSM, keutamaan untuk pemilihan program Protege-RTW ini akan diberikan kepada graduan dalam bidang pengajian berikut:

  1. Perakaunan (Accounting)
  2. Undang-undang (Law)
  3. Sains Komputer (Computer Science) / Teknologi Maklumat (Information Technology)
  4. Pengurusan Projek (Project Management)
  5. Sains Aktuari (Actuarial Science)
  6. Pentadbiran Perniagaan (Business Administration)
  7. Komunikasi Massa (Mass Communication)
  8. Ekonomi (Economics)
  9. Sumber Manusia (Human Resource)
  10. Reka bentuk grafik (Graphic design) / Multimedia (Multimedia)
  11. Lain-lain bidang pengajian yang setara dengnan keperluan SSM

Artikel berkaitan: einfo SSM : Semakan Maklumat Syarikat Di Malaysia

Cara memohon

Protege-RTW

Individu yang berminat untuk program ini boleh memohon dengan melengkapkan borang dalam talian dengan segala maklumat yang diperlukan.

Borang dalam talian ini boleh diakses melalui pautan di bawah:

https://www.surveymonkey.com/r/protegessm2023?fbclid=IwAR0lDlY1uRxsHSOP2JOm4V7IcwSMFfOm0KazZczlQeCNbWIuE2mqkXvLNdc

Tarikh tutup permohonan bagi program Protege-RTW ini adalah pada 6 Januari 2023 jadi jangan lepaskan peluang ini bagi graduan baru yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

Penempatan bagi program Protege-RTW adalah di Menara SSM@Senntral

Persoalan / Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, persoalan atau sekadar ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian 03-22994543 / 4791

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!