Program Protege MAIWP : Peluang Kerjaya Untuk Graduan Asnaf

Program Protege MAIWP : Peluang Kerjaya Untuk Graduan Asnaf ~ Sukacita dimaklumkan Program Protege MAIWP kini dibuka untuk graduan asnaf lepasan Institut Pengajian Tinggi.

Program ini diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu graduan asnaf yang masih belum mendapat pekerjaan.

Dengan adanya program ini, ia diharap dapat mempersiapkan golongan asnaf dengan ilmu, kemahiran serta pengalaman kerja yang bermanfaat bagi meningkatkan potensi diri serta peluang kebolehpasaran mereka dalam alam pekerjaan.

Justeru itu, program ini sangat bersesuaian bagi graduan asnaf yang berhasrat untuk membina kerjaya di MAIWP.

Baca Juga : Tawaran Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka bermula 1 Mei 2022 hingga 14 Mei 2022 secara atas talian.

Pemohon diminta untuk hantarkan permohonan beserta dokumen yang lengkap sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.

Program Protege MAIWP

Syarat-Syarat Permohonan Program Protege MAIWP

Calon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan.
  3. Pemohon sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  4. Pemohon ialah graduan lepasan IPTA/IPTS/Luar Negara.
  5. Pemohon ialah golongan asnaf menerusi kiraan had kifayah.

Keutamaan permohonan bagi program ini akan diberikan kepada pemohon yang :

  • Menerima biasiswa MAIWP ; atau
  • Penerima Bantuan Pelajaran MAIWP

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut :

  1. Layari pautan permohonan di pautan berikut : PERMOHONAN SEBAGAI PROTEGE MAIWP .
  2. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Semak semua maklumat sebelum menghantar.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan seperti berikut :

  1. Salinan sijil akademik tertinggi.
  2. Cetakan had kifayah yang boleh dicetak menerusi pautan berikut :  https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenari program Protege MAIWP, sila layari laman rasmi MAIWP di pautan berikut :

https://www.maiwp.gov.my/

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat golongan asnaf yang ingin membina kerjaya selepas tamat pengajian.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!