Advertisements

Tawaran Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022

Advertisements

Tawaran Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa Skim Pembiayaan Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022 kini dibuka.

Untuk makluman anda, program SemarakNiaga merupakan salah satu program di bawah Bajet 2022 Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.

Terdapat tujuh pilihan pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional iaitu :

  • Semarak
  • Semarak-Nita
  • Semarak PeDi
  • Semarak-Belia
  • Semarak Sukan
  • Semarak -Mula
  • Semarak Tani

Apa Itu Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN ?

Skim Mikro Kredit SemarakNiaga adalah pembiayaan berjumlah RM 800 juta bagi membantu rakyat Malaysia secara berterusan.

Insentif ini menyasarkan perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Skim ini bertujuan bagi membantu menjana pendapatan, sekaligus membangkitkan semula keupayaan serta daya tahan perniagaan yang mengalami kerugian sebelum ini.

Melalui skim ini, pengusaha mikro bagi semua sektor perniagaan boleh memohon pembiayaan sama ada bagi tujuan modal kerja atau pembelian aset untuk kegunaan perniagaan tertakluk kepada terma dan syarat.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Baca Juga : Permohonan Bantuan Insentif Biz Man Untuk Usahawan Lelaki dan OKU

Senarai Pembiayaan Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022

Keterangan serta jumlah pembiayaan bagi setiap pilihan pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Semarak

Semarak ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.

Semarak-Nita

  • Semarak-Nita ialah satu kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan wanita untuk membantu dan menyokong perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Nita adalah sehingga RM 50,000.

Semarak PEDi

  • Semarak PEDi ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Tani adalah sehingga RM 20,000.

Semarak-Belia

  • Semarak-Belia ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan belia untuk membantu dan menyokong perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Belia adalah sehingga RM 50,000.

Semarak Sukan

  • Semarak Sukan ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha fasiliti sukan untuk membantu dan menyokong perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak Sukan adalah sehingga RM 50,000.

Semarak-Mula

  • Semarak-Mula ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan yang baru memulakan perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Mula adalah sehingga RM 20,000.

Semarak Tani

  • Semarak-Tani ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha perniagaan tradisional seperti kraf tangan dan berasaskan pertanian, pasar malam/pasar tani, bagi meningkatkan imej mengikut norma baharu perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Tani adalah sehingga RM 75,000.
Skim Mikro Kredit SemarakNiaga

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang dikenakan bagi pemohon adalah 4% setahun.

Cara Memohon

Para peniaga yang berminat  serta memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh mohon bantuan ini melalui salah satu cara berikut :

  • Secara atas talian dengan melayari laman web BSN
  • Kunjungi cawangan BSN atau Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon adalah seperti berikut:

  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).
  • Penyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini.
  • Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
  • Surat pengesahan daripada PEDi mengenai pendaftaran perniagaan (untuk Semarak PEDi).
  • Pelan perniagaan (untuk Semarak PEDi).
  • Penyata KWSP atau bukti kehilangan pekerjaan bagi individu yang telah kehilangan pekerjaan (untuk Semarak Mula).
  • Sijil akademik bagi graduan universiti dan/atau vokasional (untuk Semarak Mula).
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pembiayaan adalah seperti berikut:

i) Semarak/Semarak Nita/Semarak-Belia

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd.) yang dimiliki oleh usahawan wanita iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh wanita warganegara Malaysia.
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

ii) Semarak PEDi

  • Peserta yang berdaftar dengan PEDi.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

iii) Semarak Sukan

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd.) yang dimiliki oleh pengusaha fasiliti sukan.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

iv) Semarak-Mula

  • Individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan universiti dan/atau vokasional yang baru memulakan perniagaan.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan.

v) Semarak Tani

  • Pengusaha perniagaan tradisional, pasar malam dan pasar tani.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Mikro Kredit SemarakNiaga ini, sila layari laman web BSN di pautan https://www.bsn.com.my/.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment