Tawaran Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills

sukacita dimaklumkan bahawa Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Marvin Choice Resources kini menawarkan Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills.

Program ini terbuka untuk warganegara Malaysia berbangsa India yang berminat untuk meningkatkan kemahiran pendigitalan perniagaan.

Tarikh Tutup Permohonan

Usahawan yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum 31 Ogos 2022.

Baca Juga : Bantuan Projek Pertanian 2023 Negeri Pahang

Lokasi Program

Untuk makluman, program ini akan dilaksanakan di 2 lokasi iaitu :

  • Johor Business Chamber and Annapoorani Banquet Hall (Johor Bahru, Johor)
  • My Fame Hotel (Seremban, Negeri Sembilan)

Tempoh Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills

Tempoh program yang akan disertai oleh para peserta adalah selama 5 hari.

Kelebihan Program

Peserta bakal memperoleh kelebihan seperti berikut :

  • Elaun Peserta dan Makanan
  • Kit Permulaan
  • Sijil Akademi
Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills

Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia berbangsa India daripada keluarga B40- belia dan dewasa.
  2. Pengalaman dalam perniagaan melebihi 1 tahun.
  3. Hanya 200 peserta yang memenuhi syarat kelayakan akan dimaklumkan.

Modul Kursus

Modul kursus yang akan dipelajari oleh pelajar adalah seperti berikut:

  • Alat Pemasaran Digital
  • Instagram Marketing
  • Tik Tok Marketing
  • Facebook Marketing
  • You Tube Marketing
  • Whatsapp Marketing
  • Digital Business
  • Database Collection
  • E-Mail Marketing
  • Editing Software

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuJjldrIUzDWpu7M0S0mII0ctn3oZjlpmjWnmuxgoSeDg92g/viewform
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik dokumen sokongan B40.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills, sila hubungi

  • Pengarah Program Marvin Choice (En. Ganesha)- 017 5954632.
  • MITRA : 03-80918178.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!