Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Pahang kini menawarkan Bantuan Projek Pertanian 2023 kepada pengusaha pertanian di Pahang yang mempunyai tanah.
Tarikh Tutup Permohonan
Pengusaha pertanian yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 15 September 2022.
Baca Juga : Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000
Syarat Permohonan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Mempunyai tanah geran/syrat hak pemilik/surat kebenaran mengusaha yang dibenarkan serta mempunyai tanah sekurang-kurangnya 0.40 HA (1 ekar).
- Memberikan komitmen sepenuhnya terhadap projek dan boleh berdikari sendiri serta menunjukkan daya usaha terhadap projek.
- Jika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, permohonan bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.
Cara Memohon Bantuan Projek Pertanian 2023
Pemohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cdn.me-qr.com/pdf/8621812.pdf.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar semua dokumen ke Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.
Pemohon perlulah sertakan bersama dokumen seperti yang disenaraikan berikut :
- Salinan kad pengenalan
- Salinan Geran/Surat Kuasa/Resit Bayaran Cukai/Surat Perjanjian
- Salinan permit pekerja asing (jika berkenaan)
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Projek Pertanian 2023, sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah terdekat di talian berikut :
- Pejabat Pertanian Daerah Kuantan: 09-5366566
- Pejabat Pertanian Daerah Pekan: 09-4221394
- Pejabat Pertanian Daerah Rompin: 09-4140151
- Pejabat Pertanian Daerah Maran: 09-4771528
- Pejabat Pertanian Daerah Temerloh: 09-2901200
- Pejabat Pertanian Daerah Bera: 09-2557353
- Pejabat Pertanian Daerah Jerantut: 09-2662300
- Pejabat Pertanian Daerah Bentong: 09-2236040
- Pejabat Pertanian Daerah Raub: 09-3551267
- Pejabat Pertanian Daerah Lipis: 09-3121231
- Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands: 05-4901661