Persaraan Pilihan – Garis Panduan Permohonan (2023)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN DI BAWAH SEKSYEN 12 AKTA PENCEN 1980 [AKTA 227] BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun.

Bukan bermaksud, tak boleh bersara lagi awal. Boleh bersara lagi awal. Tiada masalah.

Boleh bersara seawal umur 40 tahun dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang-kurangnya 10 tahun.

Bersara seawal pada usia tersebut, apa yang layak terima?

Jika cukup syarat bersara pilihan seawal usia 40 tahun, penjawat awam tersebut sudah layak bergelar ‘pesara Kerajaan’. Maka, bakal pesara sudah boleh terima faedah berikut bagi yang berada dalam Skim Pencen :

1. Kad Pesara (bagi melayakkan rawatan /perubatan percuma di premis kesihatan Kerajaan termasuk pasangan dan ibu bapa),

2. Ganjaran Perkhidmatan; dan

3. Award Wang Tunai GCR

Pencen bulanan sahaja kena tunggu, dan boleh terima nanti pada usia 55 tahun, sekiranya penjawat awam itu dilantik selepas tarikh 12 April 1991.

Untuk terima pencen pertama pada bulan hari lahir ke 55 tahun tu, pastikan akaun bank yang telah kalian daftarkan semasa urusan persaraan kalian dahulu, masih aktif.

Jumlah yang diterima pada bulan pertama adalah mengikut bilangan hari kalian telah masuk usia 55 tahun.

Kalau dilahirkan pada 1 hb, dapatlah penuh. Kalau dilahirkan pada hujung bulan 30 hb, kiraan pencen pada bulan tu, dikira 1 hari sahaja. Berbeza. Masuk bulan berikutnya, baru dapat bayaran penuh.

Ramai yang tidak arif juga yang bayaran pencen bulanan layak mulai mencecah umur layak terima dan dikira ‘proportionate’ ikut hari pesara layak terima sehingga hari pesara itu meninggal dunia.

Sekian, terima kasih. Harap bermanfaat.

Sumber : Bahagian Pencen JPA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN DI BAWAH SEKSYEN 12 AKTA PENCEN 1980 [AKTA 227] BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Syarat Permohonan

  • Berumur tidak kurang dari 40 tahun
  • Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira mestilah tidak kurang dari 10 tahun
  • Permohonan disokong oleh Ketua Jabatan
  • Bebas dariapda siasatan / tindakan tatatertib
  • Melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Prosedur Permohonan Mendapatkan Sokongan Kementerian

  1. Mengemukakan surat permohonan yang disokong oleh Ketua Jabatan sekurang-kurangnya satu (1) tahun lebih awal dari tarikh persaraan pilihan yang dimohon ke Sub-Unit Pencen, Unit Perjawatan dan Perkhidmatan (UPP), Sektor Sumber Manusia (SSM), JPWKL.
  2. Pemilihan tarikh bersara pilihan adalah disarankan selepas tarikh Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pegawai.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Mendapatkan Sokongan Kementerian

  • Borang KPM ; Permohonan Untuk Bersara Pilihan Sendiri (Pin 1/94)
  • Justifikasi tambahan daripada pemohon dan Ketua Jabatan (bagi pemohon yang berumur kurang 45 tahun)
  • Salinana Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini dan lengkap
  • Laporan Pengisytiharan Harta yang terkini
  • Borang Pengesahan Ikatan Kontrak Biasiswa Kerajaan
  • Borang Penyata Tatatertib
  • Borang Rujukan Hutang Piutang
  • Salinan Kad Pengenalan

Tindakan Pegawai Selepas Permohonan Persaraan Pilihan Dikemukakan Ke Kementerian

  1. Sentiasa mengemas kini dan memastikan rekod peribadi dan profil perkhidmatan dalam Sistem KRMIS dan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) adalah yang terkini bagi melancarkan proses semakan dan sokongan / kelulusan oleh pihak Kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  2. Melengkap dan mengemukakan set Borang Persaraan JPA ke Sub-Unit Pencen, UPP, SSM, JPWPKL selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tarikh persaraan pilihan untuk semakan dan proses lanjut sebelum dihantar ke JPA.

Maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Formula Pengiraan Faedah Persaraan

UNTUK MEREKA YANG NAK BERSARA / BERHAJAT NAK BERSARA AWAL

Pautan yang dikongsi ini, anda boleh dapatkan berapa anggaran kadar faedah persaraan yang bakal diterima apabila anda berhasrat untuk memilih bersara wajib atau pilihan.

Masukkan maklumat yang tepat, anda boleh dapat anggaran kadar faedah persaraan yang betul.

Tertakluk maklumat yang kalian masukkan.

Link Pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Wajib

http://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html

Link pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Pilihan

http://www.jpapencen.gov.my/pilihan_sendiri.html

Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!