Gantian Cuti Rehat (GCR) : Kadar Maksimum & Award Wang Tunai

Pelaksanaan penebusan awal award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 90 hari dan pengumpulan GCR sehingga 180 telah diperincikan dalam pekeliling terkini 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) 2023 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Apakah Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam?

GCR adalah satu kemudahan disediakan kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.

gantian cuti rehat gcr 2023

Kenaikan Kadar Maksimum Award Wang Tunai GCR 2023

KENAIKAN KADAR MAKSIMUM GCR & PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI

Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju:

  • Kenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 hari kepada 180 hari
  • Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari.

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) tempoh perkhidmatan pegawai tidak kurang daripada 15 tahun

(b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat

(c) jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari

(d) bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib

(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai.

Rujukan punca kuasa:

(i)Surat edaran JPA/PEN/228/26/6-13 Jld. 5 (29) bertarikh 12 Mei 2023

(ii) Ceraian PP.1.3.1.: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti_Rehat (GCR)

(iii) Ceraian PP.1.3.3.: Kebenaran Gantian Cuti_Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan

(iv) Ceraian PP.1.3.4.: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti_Rehat

(v) Soalan lazim

Pautan: https://www.jpa.gov.my/…/3015-surat-edaran-kenaikan…

Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke:

Surat Edaran Penambahbaikan Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Dan Penambahbaikan Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR

Muat Turun :

1. Surat Edaran :JPA/PEN/228/26/6-13 Jld.5(29)

2. MyPPSM Ceraian PP.1 – Persaraan Faedah Persaraan

  1. Ceraian PP.1.3.1 : Pemberian Award Wang Tunai GCR
  2. Ceraian PP.1.3.3 : Kebenaran GCR Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
  3. Ceraian PP.1.3.4 : Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR

3. Soalan Lazim

Cara Kira GCR Penjawat Awam

  • Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.
  • Pengiraan Award Gantian Cuti Rehat adalah menggunakan formula berikut: 1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR .
  • Jabatan/Pegawai boleh merujuk kepada Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk pemahaman lanjut. 
  • http://www.jpapencen.gov.my/gcr/BukuPanduanGCRVersi1.2021.pdf

Dikongsikan Montaj Perhimpunan Bulanan JPA November 2021 hari ini bertemakan Gantian Cuti Rehat (GCR): Kira Betul-Betul!

Cara Permohonan dan Kelulusan GCR

Untuk memohon Gantian Cuti Rehat,

  1. Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.
  2. Ketua Jabatan lulus menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.

Dokumen yang diperlukan:

  • 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
  • 1 salinan kenyataan cuti
  • 2 salinan penyata kiraan cuti
  • 1 salinan kad pengenalan
  • 1 salinan surat permohonan pesara/waris.

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.

Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Surat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di https://tinyurl.com/59en9n7v.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) ini, sila rujuk ke Portal JPA di pautan berikut:

https://www.jpa.gov.my/

Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke [email protected].

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!