Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Perisian AI Percuma untuk Belia! Kerajaan Malaysia menawarkan akses dan langganan perisian AI secara percuma selama tiga bulan kepada golongan belia bermula 31 Ogos 2026.

Inisiatif di bawah program AI Untuk Rakyat ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan meningkatkan literasi digital dan memperkasakan kemahiran teknologi generasi muda.

Sebanyak 100,000 belia dianggarkan bakal menerima manfaat daripada program ini pada peringkat awal.

Apa itu Perisian AI Percuma untuk Belia?

Perisian AI Percuma untuk Belia ialah inisiatif Kerajaan Malaysia yang memberikan akses langganan percuma selama 3 bulan kepada aplikasi kecerdasan buatan (AI untuk belia berumu 18 sehingga 30 tahun dengan syarat perlu menyiapkan modul kursus yang ditawarkan.

Program di bawah portfolio Kementerian Digital ini bertujuan memperkasakan golongan muda dengan kemahiran teknologi masa hadapan.

  • Sasaran Utama: 100,000 belia Malaysia berusia 18-30 tahun.
  • Tarikh Bermula: 31 Ogos 2026 (Hari Merdeka).
  • Tempoh Manfaat: Akses premium percuma selama 3 bulan.

Objektif:

  • Memastikan tiada rakyat tercicir dalam era AI
  • Meningkatkan kesedaran dan penggunaan teknologi AI
Perisian AI Percuma untuk Belia
Sumber: Malaysia MADANI

Siapa yang Layak?

Inisiatif Perisian AI Percuma untuk Belia ini menyasarkan golongan muda Malaysia yang memenuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh Kementerian Digital.

  • Kewarganegaraan: Terbuka kepada Rakyat Malaysia sahaja.
  • Had Umur: Belia yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun.
  • Kuota: Terhad kepada 100,000 belia pertama yang memenuhi syarat

Untuk melayakkan diri menerima langganan perisian AI premium percuma selama 3 bulan, pemohon wajib memenuhi kriteria pembelajaran ini:

  • Mendaftar di platform Rakyat Digital.
  • Mengikuti kursus jangka pendek yang disediakan.

Tarikh Pelaksanaan

Pelaksanaan penuh bagi inisiatif ini dijadualkan bermula pada 31 Ogos 2026 sempena sambutan Hari Merdeka.

Modul Kursus yang Ditawarkan

Untuk melayakkan diri menerima langganan perisian AI premium percuma selama 3 bulan, peserta perlu melengkapkan modul latihan khas berkaitan AI dalam tempoh yang ditetapkan.

Antara modul kursus yang disediakan dalam platform Rakyat Digital ialah:

  1. Keselamatan AI (AI Safety)
  2. Keselamatan Siber (Cyber SAFE)
  3. AI Berasaskan Ejen (Agentic AI)
  4. AI Generatif (Generative AI
  5. Pengkomputeran Awan untuk Rakyat (Cloud Untuk Rakyat)

    Macam Mana Nak Dapatkan Perisian AI Percuma untuk Belia Selama 3 Bulan?

    Program ini akan dibuka secara rasmi kepada 100,000 belia bermula pada 31 Ogos 2026. Rujuk cara-cara untuk dapatkan langganan perisian AI percuma selama 3 bulan di bawah:

    1. Pastikan Anda Memenuhi Syarat Kelayakan:

    • Warganegara: Terbuka kepada Rakyat Malaysia sahaja.
    • Had Umur: Berumur 18 hingga 30 tahun.
    • Status: Menjadi antara 100,000 peserta pertama yang menyelesaikan tugasan.

      2. Daftar Akaun di platform Rakyat Digital,

      • Klik butang pendaftaran dan buat akaun menggunakan e-mel rasmi atau log masuk akaun Google anda.
      • Sahkan profil anda untuk mengaktifkan akaun pembelajaran.

      3. Siapkan modul yang diwajibkan

      • Tunggu 31 Ogos 2026 untuk mengetahui modul rasmi yang perlu disiapkan bagi melayakkan anda mendapat ganjaran 3 bulan percuma perisian AI.
      • Sistem kuota untuk 100,000 belia pertama serta sistem pengesahan umur (18–30 tahun) hanya akan dilancarkan dan mula dikira pada 31 Ogos 2026 (Hari Merdeka).

      Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Perisian AI Percuma untuk Belia

      Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai perisian AI percuma untuk Belia di portal rasmi Kementerian Digital dan laman web e-pembelajaran rasmi di Rakyat Digital.

      Ikuti juga Facebook Kementerian Digital untuk dapatkan maklumat terkini yang pantas.

        SOALAN LAZIM

        Siapa yang layak memohon program ini?

        Program perisian AI percuma untuk belia ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun sahaja.

        Adakah pendaftaran sudah dibuka sekarang?

        Belum. Pendaftaran rasmi dan akses modul hanya dibuka pada 31 Ogos 2026.

        Adakah kuota penyertaan ini terhad?

        Ya. Tawaran langganan percuma ini terhad kepada 100,000 belia pertama yang tamat kursus.

        Adakah kursus ini berbayar?

        Tidak. Kursus dan ujian penilaian di portal Rakyat Digital adalah 100% percuma.

        Berapa lamakah tempoh akses percuma yang diberikan?

        Anda akan mendapat akses langganan premium secara percuma selama 3 bulan.

        Apakah jenis perisian AI yang bakal ditawarkan nanti?

        Senarai rasmi perisian AI terkemuka (seperti model bahasa besar atau alatan produktiviti pintar) akan diumumkan sepenuhnya oleh Kementerian Digital menjelang tarikh pelancaran.

        Anda mungkin layak menerima bantuan.
        Semak Sekarang
        PENULIS