Perbezaan Borang B dan BE: Ramai Masih Salah Pilih

Perbezaan Borang B dan BE
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Ramai masih keliru tentang perbezaan Borang B dan BE ketika membuat e-Filing LHDN. Pemilihan borang yang salah boleh menyebabkan pengisytiharan cukai tidak tepat.

Secara umum, Borang BE untuk individu makan gaji, manakala Borang B pula untuk individu yang mempunyai pendapatan perniagaan atau freelance.

Apa itu Borang B

Borang B ialah borang cukai pendapatan yang digunakan oleh individu bermastautin di Malaysia yang mempunyai pendapatan daripada perniagaan dalam sesuatu tahun taksiran.

Mengikut Seksyen 4(a) hingga 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967, individu yang menjalankan perniagaan sama ada secara milikan tunggal atau perkongsian diwajibkan mengemukakan Borang B.

Masih ramai yang tidak pasti tentang perbezaan antara Borang BE dan Borang B.

Borang BE dikhaskan untuk individu yang memperoleh pendapatan selain daripada perniagaan seperti gaji atau upah. Oleh itu, pendapatan perniagaan tidak boleh dilaporkan menggunakan Borang BE.

Sebaliknya, Borang B boleh digunakan untuk melaporkan pendapatan perniagaan serta pendapatan lain seperti penggajian. Namun begitu, bagi individu yang hanya mempunyai pendapatan penggajian, penggunaan Borang BE adalah lebih sesuai.

Contoh Borang B

Apa itu Borang BE

Borang BE ialah borang cukai pendapatan yang digunakan oleh individu untuk mengisytiharkan pendapatan tahunan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Borang ini khas untuk individu yang memperoleh pendapatan selain daripada perniagaan seperti gaji, sewaan atau sumber pendapatan lain.

Siapa yang perlu mengisi Borang BE?

Antara individu yang wajib mengemukakan Borang BE ialah:

  • Warganegara Malaysia atau individu yang bertaraf pemastautin.
  • Individu yang mempunyai pendapatan selain daripada perniagaan.
  • Individu yang layak dikenakan cukai bagi tahun taksiran semasa.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan perniagaan, borang yang perlu digunakan ialah Borang B dan bukannya Borang BE.

Contoh Borang BE

Beza Borang B dan Borang BE

Dalam kalangan kita, mesti ada yang keliru antara Borang B dan Borang BE. Jom kita tengok apa perbezaannya dan individu mana yang perlu mengisi borang-borang tersebut.

Tarikh akhir pengemukaan borang adalah:

  • Borang B: Pada 30 Jun setiap tahun
  • Borang BE: Pada 30 April setiap tahun
Borang BBorang BE
Untuk individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan (milikan tunggal atau perkongsian)Untuk individu pemastautin yang mempunyai punca pendapatan selain daripada perniagaan
Tarikh akhir penghantaran pada 30 Jun setiap tahunTarikh akhir penghantaran pada 30 April setiap tahun
Pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan Pendapatan di bawah Sek 4(b) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967
Contoh seperti : Pemilik SyarikatContoh seperti : Kerani / Staff Syarikat

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bayaran balik cukai 2026, sila rujuk di saluran berikut:

  • Portal rasmi www.hasil.gov.my atau
  • Pautan capaian pantas:
  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan.

Soalan Lazim Borang B dan BE

Apakah perbezaan antara Borang B dan Borang BE?

Borang B digunakan oleh individu yang mempunyai pendapatan perniagaan seperti bisnes sendiri, freelance atau perkongsian. Borang BE pula digunakan untuk individu yang hanya mempunyai pendapatan selain perniagaan seperti gaji, elaun atau sewaan.

Siapa yang wajib mengisi Borang B?

Individu yang menjalankan perniagaan sama ada secara sepenuh masa atau sambilan wajib mengisi Borang B.

Siapa yang perlu mengisi Borang BE?

Borang BE perlu diisi oleh individu yang memperoleh pendapatan penggajian dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan.

Bolehkah pendapatan perniagaan dilaporkan dalam Borang BE?

Tidak boleh. Pendapatan perniagaan mesti dilaporkan menggunakan Borang B.

Jika saya bekerja makan gaji dan ada bisnes kecil, borang mana perlu digunakan?

Anda tetap perlu menggunakan Borang B kerana mempunyai pendapatan perniagaan walaupun hanya secara sambilan.

Adakah freelancer perlu isi Borang B?

Ya. Freelancer, content creator, affiliate marketer dan individu yang menerima pendapatan sendiri dianggap mempunyai pendapatan perniagaan.

Bilakah tarikh akhir hantar Borang BE?

Kebiasaannya, tarikh akhir penghantaran Borang BE ialah pada 30 April setiap tahun.

Bilakah tarikh akhir hantar Borang B?

Tarikh akhir penghantaran Borang B biasanya pada 30 Jun setiap tahun.

Apa jadi jika tersalah pilih borang cukai?

Kesilapan memilih borang boleh menyebabkan laporan cukai tidak tepat dan berisiko dikenakan tindakan atau penalti oleh LHDN.

Bagaimana cara hantar Borang B dan BE?

Kedua-dua borang boleh dihantar secara dalam talian melalui sistem e-Filing di portal rasmi MyTax LHDN.

Baca juga: Cara Daftar e-Filing 2026 Untuk Cukai LHDN

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut