Pengumuman PdPR BDR kini menjadi perhatian ramai selepas kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi menghadapi situasi semasa. Perkembangan ini menimbulkan persoalan sama ada sekolah akan kembali melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti yang pernah dilakukan ketika pandemik COVID-19 dahulu.
Difahamkan beberapa negara ASEAN termasuk Thailand, Vietnam dan Filipina mengumumkan langkah berjaga-jaga seperti bekerja dari rumah (BDR) bagi mengurangkan penggunaan tenaga selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik dan hibrid.
Berikut ialah makluman terkini mengenai pengumuman PdPR dan BDR untuk rakyat Malaysia setakat ini.
Pengumuman BDR (Bekerja Dari Rumah)
Pada 13 Mac, media utama telah melaporkan bahawa cadangan supaya penjawat awam bekerja dari rumah (BDR) ialah bagi memastikan kesinambungan operasi kerajaan dalam berdepan kesan akibat konflik geopolitik akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet pada Selasa, 17 Mac 2026.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz untuk meneliti cadangan berkenaan.
“Beberapa ikhtiar sedang diteliti. Perdana Menteri sudah meminta supaya Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam meneliti cadangan bekerja dari rumah atau ‘work from home’ untuk memastikan beberapa perkara terselaras.
“Ini untuk sektor awam dan hasil daripada perbincangan itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat (Kabinet) insya-Allah pada Selasa depan,” katanya.
Terkini, dalam sidang media bertarikh 17 Mac 2026, Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa cadangan Bekerja Dari Rumah (BDR) buat masa ini tidak libatkan sektor kritikal seperti pendidikan dan kesihatan. Selain itu, tiada paksaan untuk sektor swasta laksanakan BDR. Sila rujuk artikel berikut untuk perincian sidang media beliau pada 17 Mac : BDR Penjawat Awam – Apa Yang Diumumkan Setakat 17 Mac 2026

Sumber: BERNAMA
Bila KPM Akan Umum PdPR?
Pengumuman PdPR merujuk kepada kemungkinan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dari rumah sekiranya kerajaan memutuskan penjawat awam perlu bekerja dari rumah.
Terkini, KPM dalam sebuah kenyataan bertarikh 16 Mac 2026 memaklumkan bahawa sesi persekolahan setakat ini berjalan seperti biasa kerana tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, Kementerian Pendidikan dilaporkan bakal mengadakan mesyuarat bagi meneliti secara terperinci cadangan pelaksanaan BDR termasuk kemungkinan PdPR.
Mesyuarat tersebut akan melibatkan pengurusan tertinggi KPM, antaranya:
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
- Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
- Ketua Pengarah Pendidikan
- Pengurusan tertinggi kementerian
Tujuan perbincangan ini adalah untuk menilai cadangan tersebut secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dilaksanakan.
Mohd Azam menjelaskan bahawa pihak kementerian tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan tanpa penelitian mendalam.
Beliau berkata, setiap cadangan akan dilihat daripada pelbagai sudut supaya pelaksanaannya benar-benar mencapai matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan.
KPM Bersedia Jika PdPR Perlu Dilaksanakan
Walaupun keputusan rasmi belum dibuat, KPM memaklumkan bahawa mereka bersedia dengan segala kemungkinan, termasuk melaksanakan PdPR jika ia diperlukan.
Menurut Mohd Azam, pengalaman negara ketika pandemik COVID-19 sebelum ini memberikan kelebihan kepada sistem pendidikan untuk mengendalikan PdPR sekiranya diperlukan semula.
Namun kali ini, cadangan BDR tidak berkait dengan pandemik, sebaliknya berkait dengan langkah penjimatan kerajaan susulan konflik geopolitik antara Amerika Syarikat dan Iran yang memberi kesan kepada ekonomi global.
Adakah Sekolah dan Pelajar Akan Terlibat?
Ramai ibu bapa tertanya-tanya sama ada pengumuman PdPR BDR akan melibatkan sekolah dan pelajar.
Menurut KPM, perkara tersebut masih dalam penelitian dan hanya akan dilaksanakan jika terdapat rasional yang jelas.
Mohd Azam menjelaskan bahawa kementerian akan menilai sama ada langkah bekerja dari rumah mempunyai implikasi terhadap operasi sekolah.
Jika terdapat justifikasi yang kukuh, maka keputusan berkaitan pelaksanaan PdPR untuk pelajar sekolah mungkin akan dibuat.
Namun beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan akan dibuat dengan cermat dan penuh hikmah demi memastikan kepentingan pelajar terpelihara.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pengumuman PDPR BDR, anda boleh rujuk pada portal rasmi :
Soalan Lazim Pengumuman PdPR / BDR
Dalam kenyataan terkini Ketua Pengarah Pendidikan bertarikh 16 Mac 2026, tiada pelaksanaan PdPR ditetapkan dan sesi persekolahan berjalan seperti biasa.
Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta apda amsa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara.
Pada 17 Mac 2026 (Selasa), Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan beberapa perkara tentang Bekerja Dari RUmah (BDR) / Work From Home (WFH) :
– Cadangan Bekerja Dari Rumah untuk sektor awam buat masa ini tidak libatkan sektor kritikal seperti pendidikan dan kesihatan
– Tiada paksaan untuk sektor swasta laksanakan BDR
KPM memaklumkan bahawa perkara ini masih dalam penelitian. Sekolah dan pelajar hanya akan terlibat jika terdapat rasional yang jelas untuk melaksanakan PdPR.
Cadangan BDR dikaitkan dengan langkah penjimatan dan kesiapsiagaan kerajaan susulan kesan konflik geopolitik antara Amerika Syarikat dan Iran yang boleh memberi impak kepada ekonomi dan operasi kerajaan.
Ya. Malaysia pernah melaksanakan PdPR secara meluas semasa pandemik COVID-19, dan pengalaman tersebut menjadi rujukan sekiranya pembelajaran dari rumah perlu dilaksanakan semula.
Baca juga:




