Cara daftar premis makanan adalah perkara penting yang perlu diketahui sebelum memulakan bisnes makanan di Malaysia. Setiap pengusaha wajib mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui sistem FoSIM.
Prosesnya sebenarnya mudah dan boleh dibuat secara online sahaja. Dalam panduan ini, kami kongsikan langkah lengkap, syarat serta info penting yang anda perlu tahu.
Apa itu Daftar Premis Makanan?
Aktiviti pendaftaran premis makanan adalah satu keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 3, semua premis makanan WAJIB didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum memulakan operasi.
Premis makanan dikategorikan kepada 4 jenis utama:
- P1 – Premis pengilangan makanan
- P2 – Premis katering termasuk katering berskala besar
- P3 – Outlet makanan seperti restoran, gerai, warung, kantin dan seumpamanya
- P4 – Kenderaan yang menjual makanan sedia dimakan (contoh: food truck)
Kenapa Perlu Daftar Premis Makanan?
Pendaftaran ini bukan sekadar formaliti, tetapi penting untuk:
- Memastikan premis mematuhi standard kebersihan makanan
- Mengelakkan tindakan undang-undang
- Meningkatkan kepercayaan pelanggan
- Memudahkan pemantauan oleh pihak KKM
Jika gagal mendaftar atau memperbaharui lesen:
- Boleh didenda sehingga RM10,000
- Atau penjara sehingga 2 tahun
Tempoh Sah Pendaftaran
Pendaftaran premis makanan sah selama 3 tahun dari tarikh diluluskan.
Selepas tamat tempoh, anda WAJIB memperbaharui pendaftaran untuk terus beroperasi secara sah.
Cara Daftar Premis Makanan
Berikut adalah cara daftar premis makanan melalui sistem FoSIM:
- Layari laman FoSIM. Pergi ke: http://fosim.moh.gov.my/
- Klik “Daftar” dan isi maklumat yang diperlukan.
- Kemudian buat pengesahan dan hantar.
- Semak email anda dan klik pautan pengaktifan yang diberikan.
- Gunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk login.
- Lengkapkan maklumat diri dan muat naik salinan IC.
- Klik “Hantar” selepas siap.
- Jika berniaga atas nama syarikat:
- Muat naik dokumen SSM
- Isi maklumat syarikat
- Hantar untuk pengesahan
- Pergi ke menu: Pendaftaran / Permohonan → Pendaftaran → Premis
- Isi semua maklumat premis dan hantar permohonan.
- Selepas lulus, klik “Tindakan” dan Cetak Perakuan Pendaftaran Premis.
- Perakuan tersebut WAJIB dipamerkan di premis anda.









Tips Penting Semasa Daftar
- Pastikan semua maklumat tepat dan lengkap
- Gunakan dokumen yang jelas (IC & SSM)
- Simpan salinan perakuan untuk rujukan
- Jangan tunggu saat akhir untuk renew
Manual Pengguna
Rujuk manual pengguna ini untuk memudahkan anda membuat pendaftaran premis perniagaan:
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pendaftaran premis makanan, anda boleh rujuk pada info berikut:
Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 4, Menara Prisma,
No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya, MALAYSIA.
+603 8885 0797 / +603 8885 0790
Soalan Lazim Cara Daftar Premis Makanan
Ya, wajib. Semua premis makanan perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Semua pengusaha makanan termasuk:
Restoran, gerai, warung, kantin (P3)
Katering (P2)
Pengilang makanan (P1)
Food truck atau kenderaan makanan (P4)
Pendaftaran dibuat secara online melalui sistem FoSIM di: http://fosim.moh.gov.my/
Kebiasaannya pendaftaran adalah percuma, namun tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak KKM.
Tempoh sah adalah selama 3 tahun dari tarikh kelulusan.
Anda boleh dikenakan tindakan undang-undang:
Denda sehingga RM10,000
Atau penjara sehingga 2 tahun
Selepas daftar, anda perlu semak email dan klik pautan pengaktifan yang dihantar oleh sistem.
Antara dokumen yang diperlukan:
Salinan IC pemilik
Salinan SSM (jika ada syarikat)
Tidak wajib, tetapi jika anda berniaga menggunakan syarikat, maklumat SSM perlu didaftarkan dalam sistem.
Anda perlu log masuk ke FoSIM dan buat permohonan pembaharuan sebelum tempoh 3 tahun tamat.
Ya, perakuan pendaftaran premis makanan wajib dipamerkan di premis.
Tempoh kelulusan bergantung kepada semakan pihak KKM dan kelengkapan maklumat yang dihantar.
Anda perlu memuat naik salinan:
No Kad Pengenalan Pemilik Premis.
Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM).
Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – jika ada.
Gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di halaman utama FoSIM. Pautan untuk menetapkan semula kata laluan akan dihantar ke emel yang anda daftarkan
Ya, satu akaun pengguna boleh digunakan untuk mendaftarkan dan menguruskan banyak premis di bawah satu profil pemilik.
Anda perlu mendaftar premis dalam kategori kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.
Anda tidak perlu mendaftar syarikat perkhidmatan pengangkutan / penghantaran makanan untuk pelanggan.
Anda tidak perlu mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan tetapi perlu mematuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Anda wajib mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan perniagaan katering termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan.
Hanya premis makanan yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan untuk tujuan jualan sahaja diwajibkan untuk didaftarkan.
Baca juga: Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP




