Isu Pemecatan YDP Negeri Sembilan: Apa Sebenarnya Berlaku?

pemecatan ydp Negeri Sembilan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Isu berkaitan dakwaan “pemecatan Yang Dipertuan Besar (YDP) Negeri Sembilan” baru-baru ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Namun, berdasarkan kenyataan rasmi pihak kerajaan negeri, tindakan tersebut disifatkan tidak sah dan tidak mempunyai sebarang pengiktirafan dari sudut undang-undang mahupun adat.

Siapakah YDP Negeri Sembilan?

YDP Negeri Sembilan adalah gelaran yang diberikan kepada pemerintah tertinggi bagi negeri Negeri Sembilan dan dipilih oleh empat orang pemerintah daerah yang utama, yang dikenali sebagai Undang Yang Empat.

pemecatan ydp Negeri Sembilan

Biodata YDP Negeri Sembilan

Nama PenuhDuli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz  ibni Almarhum Tuanku Munawir
Tarikh Lahir14 Januari 1948
Tempat Pendidikan AwalSekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah
Pendidikan MenengahSekolah Menengah Tunku Besar Tampin; Sekolah Menengah King George V, Seremban
Pendidikan LanjutanAldenham School, United Kingdom
Pengajian TinggiIjazah Undang-Undang, Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain
KerjayaAhli perniagaan yang dihormati
PasanganDYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud
Asal PasanganTerengganu
Anak-anakTunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al’Abidin, Tunku Alif Saifuddin
Dimasyurkan SebagaiYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
Tarikh Pemasyhuran29 Disember 2008
Lokasi PemasyhuranBalairung Seri, Istana Besar Sri Menanti, Negeri Sembilan

Senarai 11 YDPB Negeri Sembilan & Tempoh Pemerintahan

  1. Raja Melewar (1773-1795)
  2. Raja Hitam (1795-1808)
  3. Raja Lenggang (1808-1824)
  4. Yamtuan Radin (1824-1861)
  5. Yamtuan Imam (1861-1869)
  6. Yamtuan Antah (1869-1888)
  7. Tuanku Muhammad (1888-1933)
  8. Tuanku Abdul Rahman (1933-1960)
  9. Tuanku Munawir (1960-1967)
  10. Tuanku Ja’afar (1967-2008)
  11. Tuanku Muhriz (2008-kini)

Siapa Undang Yang Empat?

Undang Yang Empat merupakan ketua Adat Perpatih bagi empat luak di Negeri Sembilan iaitu Sungei Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau.

Keempat-empat mereka, berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan, bertanggungjawab memilih Yang di-Pertuan Besar daripada keturunan Raja Radin dan Raja Lenggang.

Perlembagaan negeri itu juga memberi mereka kuasa untuk memaksa Yang di-Pertuan Besar turun takhta.

Mereka berempat bersama Yang di-Pertuan Besar dan pembesar lain, menjadi anggota Dewan Keadilan dan Undang yang berfungsi sebagai badan penasihat dalam hal adat serta pelantikan dan penyingkiran Yang di-Pertuan Besar.

Sehingga 16 April, empat undang tersebut ialah Mubarak Thahak (Sungai Ujong), Maarof Mat Rashad (Jelebu), Muhammad Abdullah (Johol) dan Abdul Rahim Yasin (Rembau).

Bagaimana Konflik ini Bermula?

Konflik ini dipercayai bermula pada 13 Mei 2025 apabila Mubarak disingkirkan sebagai Undang Sungai Ujong oleh pembesar tempatan.

Sebanyak 33 alasan termasuk dakwaan pelanggaran syarak dan adat dikemukakan, namun belum didedahkan. Penyokongnya pula mendakwa tiada salah laku dibuktikan.

Pada 17 April, mesyuarat khas Dewan Keadilan dan Undang membentangkan kes kepada Tuanku Muhriz.

Tuanku Muhriz serta anggota Dewan lain dilaporkan menerima penyingkiran Mubarak sebagai Undang Sungai Ujong, berkuat kuasa 13 Mei tahun lalu.

Tidak jelas sama ada keempat-empat undang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Perkara 16(3) Perlembagaan Negeri menyatakan bahawa sebarang keputusan majlis berkaitan pelantikan, pewarisan atau penyingkiran undang adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Tindakan Tidak Diiktiraf

Kontroversi ini tercetus apabila Datuk Mubarak Dohak dilaporkan telah menandatangani serta membacakan satu pengisytiharan untuk menurunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungai Ujong pada Ahad lalu.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut telah disifatkan sebagai tidak boleh diterima dan tidak diiktiraf.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa tindakan itu tidak sah kerana Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa serta fungsi sebagai Undang Luak Sungai Ujong.

Oleh itu, sebarang tindakan atau pengisytiharan yang dibuat olehnya tidak mempunyai sebarang kesan dari sudut perundangan.

Kredit: FB Luak Sungei Ujong
Kredit: Kini TV
Dokumen yang didakwa sebagai surat rasmi berkaitan pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Kredit: Thread azizul.farhan.71

Bercanggah Dengan Undang-Undang Tubuh Negeri

Menurut Aminuddin, tindakan tersebut juga tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 yang memperuntukkan kaedah pelantikan dan kedudukan Yang Dipertuan Besar.

Beliau turut menjelaskan bahawa pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungai Ujong telah pun dibuat mengikut adat dan pesaka Telaga Undang, Waris Klana Hulu sejak 13 Mei 2025.

Keputusan Dewan Keadilan dan Undang (DKU)

Perkara ini turut diperkuatkan melalui Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan pada 17 April lalu yang bersetuju menasihati serta menerima keputusan Telaga Undang dan Waris Klana Hulu untuk memberhentikan Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungai Ujong ke-10.

Keputusan tersebut adalah selaras dengan Fasal 14(3) UUTKNS, susulan 33 kesalahan berkaitan pesaka dan adat yang didakwa dilakukan oleh beliau.

Aminuddin menjelaskan bahawa DKU berperanan sebagai badan penasihat dalam hal ehwal adat istiadat Melayu di Negeri Sembilan, termasuk urusan pelantikan dan perlucutan jawatan Undang Luak seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 16 UUTKNS.

“Peranan ini merangkumi keputusan berkaitan pemberhentian seseorang Undang Luak mengikut adat luaknya, sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 14(3),” jelas beliau.

Peristiwa yang Pernah Berlaku

Untuk konteks, Aminuddin turut memaklumkan bahawa kes seumpama ini bukanlah yang pertama. Sebelum ini, penyandang pesaka Undang Luak Johol ke-14, Datuk Mohammad Jan Abdul Ghani, turut diberhentikan pada 27 Mac 2016 atas 13 kesalahan berkaitan adat Luak Johol.

Ini menunjukkan bahawa tindakan pemberhentian seseorang Undang Luak boleh berlaku sekiranya didapati melanggar adat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Peranan Tuanku Muhriz Dalam Sidang Khas

Terdahulu, DKU dalam sidang khas yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada Jumaat lalu telah menerima pemberhentian Mubarak. Persidangan tersebut dipengerusikan sendiri oleh Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dalam sidang itu juga, Tuanku Muhriz telah menguatkuasakan Fasal 24 UUTKNS 1959 dengan menjemput Ibu Soko Klana Hulu serta Waris Klana Hulu untuk turut serta dalam perbincangan, sekali gus memastikan keputusan dibuat secara menyeluruh mengikut adat dan undang-undang.

Soalan Lazim Berkaitan Isu Pemecatan YDP Negeri Sembilan

Siapakah DYMM Tuanku Muhriz?

DYMM Tuanku Muhriz ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 yang dimasyhurkan pada 29 Disember 2008.

Bilakah Tuanku Muhriz diputerakan?

Baginda diputerakan pada 14 Januari 1948.

Apakah latar belakang pendidikan Tuanku Muhriz?

Baginda mendapat pendidikan di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke Aldenham School, United Kingdom dan seterusnya memperoleh ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth.

Apakah bidang kerjaya Tuanku Muhriz sebelum menjadi YDP Besar?

Baginda dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang dihormati

Siapakah pasangan Tuanku Muhriz?

Baginda berkahwin dengan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani.

Benarkah berlaku pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan?

Tidak. Dakwaan tersebut tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Mengapa tindakan pemecatan itu tidak sah?

Kerana individu yang mengisytiharkan perkara tersebut tidak lagi mempunyai kuasa sebagai Undang Luak Sungai Ujong dan tindakan itu bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Apakah peranan Dewan Keadilan dan Undang (DKU)?

DKU berperanan sebagai badan penasihat dalam hal adat istiadat Melayu Negeri Sembilan, termasuk pelantikan dan pemberhentian Undang Luak.

Baca juga: Biodata Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut