Advertisements

Semakan BPR 2021: Kemaskini Maklumat & Tarikh Bayaran Februari

Advertisements

Mulai 15 Januari, rakyat Malaysia boleh mula membuat permohonan baharu, mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat atau membuat semakan BPR 2021 melalui laman web rasmi https://bpr.hasil.gov.my/.

Terkini, pendaftaran BPR dilanjutkan sehingga 25 Februari nanti.

Pembayaran fasa pertama dijangka dibuat pada akhir Februari (tarikh rasmi akan dikemaskini di Telegram ini.)

Kemaskini: Kami difahamkan ada pemohon BPR yang telah menerima bayaran Fasa 1 bermula 22 Februari (BSN). Info lanjut sedang dikemaskini.

Siapa yang perlu membuat permohonan baharu?

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Siapa yang perlu membuat KEMASKINI maklumat?

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus

semakan bpr 2021

Semakan BPR 2021 (Kategori Kelayakan)

Kategori kelayakan bagi permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut:

i. KATEGORI ISI RUMAH

  • Kahwin; atau
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas

Kriteria Kelayakan

a) Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

b) Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

c) Anak (jika mempunyai anak)

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan had umur:
    • 17 tahun dan ke bawah; atau
    • 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

ii. KATEGORI BUJANG

  • Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur:
    • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU

Kriteria Kelayakan

Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur:
    • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU

Cara Permohonan & Kemaskini Maklumat

Ada 3 cara membuat permohonan atau kemaskini maklumat

  1. Secara dalam talian : https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Cetak Borang Permohonan BPR melalui Portal Rasmi BPR atau terus klik di SINI
  3. Hadir ke Cawangan LHDNM ; Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM ; Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Pasangan:
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  3. Anak:
    • Anak Kandung
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Lahir
    • Anak Angkat
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Baca juga: Tarikh Buka Sekolah 2021 Terkini Selepas PKP 2.0- KPM

Tarikh Kemaskini Maklumat & Permohonan BPR 2021

Pendaftaran BPR 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15
Februari 2021 (
tertakluk kepada perubahan).

Semakan Status Permohonan BPR 2021

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile BPR (akan datang)
    Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

*Nota: Setiap permohonan akan diverifikasi sepenuhnya berdasarkan data agensi seperti dalam rajah di bawah:

Tarikh Bayaran BPR & Kadar Bantuan

Bayaran bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – April / Mei 2021
  • Fasa 2 – September / Oktober 2021

Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan <RM2,500
    • 1 orang anak RM1,200
    • 2 orang anak atau lebih RM1,800
  2. Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000
    • 1 orang anak RM800
    • 2 orang anak atau lebih RM1,200
  3. Bujang berpendapatan <RM2,500
    • 21 tahun ke atas RM350
semakan bpr

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Tentang Semakan BPR

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  2. Aplikasi Mobile BPR (akan datang)
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Leave a Comment