Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) telah mengumumkan pelaksanaan Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) tahun 2026 bagi kategori domestik dengan menawarkan rebat bagi pembelian penyaman udara atau peti ais.
Ketahui lebih lanjut mengenai program ini dan cara untuk memohon.
Mengenai NUR@PETRA
Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) merupakan program pemberian rebat bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang mempunyai label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) atau Energy Commission of Sabah (ECoS).
Pelaksanaan program in bertujuan untuk menggalakkan pengguna domestik beralih kepada penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga, khususnya penyaman udara dan peti sejuk.
Inisiatif in turut menyokong usaha Kerajaan dalam meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, mengurangkan kos bil elektrik isi rumah serta memupuk amalan penggunaan tenaga yang lebih lestari dalam kalangan rakyat.
Bagi tahun 2026, Kerajaan memperuntukkan sejumlah 160,000 unit rebat bernilai RM32 juta untuk pelaksanaan program ini.

Tarikh Permohonan
Permohonan rebat bagi Kategori Domestik ini akan dibuka bermula pada 1 Julai 2026.
Jumlah Penjimatan
Pelaksanaan program ini dijangka dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 552.25 gigawatt-jam (GWh), bersamaan penjimatan kos sebanyak RM250.72 juta bagi tempoh lima (5) tahun.
Program ini juga dijangka menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon sebanyak 408,655 tan COzeq, tertakluk kepada jangka hayat dan tahap kecekapan pengoperasian peralatan berkenaan.


Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon program ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pengguna/Pemilik akaun elektrik berdaftar (Domestik) di bawah syarikat utiliti elektrik (TNB, SESB, SEB, NUR Power).
- Pembelian barangan elektrik (penyaman udara atau peti sejuk) yang berlabel 4 atau 5 bintang cekap tenaga.
- 1 akaun elektrik hanya layak memohon 1 e-Rebat bagi 1 peralatan elektrik dan berdasarkan first come, first serve basis.
- Tiada tuntutan dibuat di bawah Program NUR 2025 (bertujuan untuk memberi peluang kepada pembeli yang tidak pernah/ berkesempatan membuat tuntutan sebelum ini).
Cara Memohon
Terdapat cara permohonan yang boleh dibuat iaitu:
PILIHAN 1: PEMBELIAN DI KEDAI BERDAFTAR
- Semak senarai pekedai berdaftar di pautan https://nur.seda.gov.my/publics/retailer.
- Pergi ke kedai fizikal yang berdaftar di bawah Program NUR.
- Bawa bersama bil elektrik dan Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan.
- Pekedai akan bantu membuat semakan dan permohonan.
- Diskaun e-Rebat NUR boleh dimohon melalui pembelian penyaman udara atau peti seiuk berlabel 4 atau 5 bintang cekap tenaga sahaja.
- Potongan diskaun e-Rebat RM200 akan diberikan secara terus semasa pembelian.
PILIHAN 2: PEMBELIAN DALAM TALIAN
- Layar platform e-Dagang yang tersenarai di bawah Program NUR.
- Cari pekedai berdaftar di bawah Program NUR di platform e-dagang tersebut.
- Hubungi pekedai untuk mendapatkan bantuan memohon diskaun e-Rebat Program NUR.
- Pekedai akan meminta beberapa butiran untuk tujuan pengesahan.
- Semasa di fasa pembayaran, klik Baucar NUR dan potongan akan diberikan secara terus semasa pembelian.
Soalan Lazim
Setiap pengguna domestik layak mendapat diskaun e-Rebat sehingga RM200 (diskaun e- Rebat RM200 untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk) dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECoS).
Ya, jenis barangan elektrik yang layak adalah sama seperti Program NUR@PETRA 2025, iaitu peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 dan 5 bintang iaitu penyaman udara dan peti sejuk. Senarai model dan jenama yang layak boleh dirujuk di laman sesawang SEDA Malaysia.
Diskaun e-Rebat Program NUR@PETRA 2026 hanya layak kepada pemohon yang belum pernah membuat sebarang tuntutan di bawah Program NUR@PETRA sebelum ini, iaitu pemohon yang tidak pernah membuat pembelian bagi tahun 2025.
Program ini mempunyai kuota dan berkonsepkan first come, first served basis.
Terdapat 2 kaedah tersedia untuk pengguna iaitu:
Pilihan 1: Pembelian di Atas Talian
– Layari platform e-Dagang yang tersenarai di bawah Program NUR.
– Cari pekedai berdaftar di bawah Program NUR di platform e-dagang tersebut.
– Hubungi pekedai untuk mendapatkan bantuan memohon diskaun e-Rebat Program NUR.
– Pekedai akan meminta beberapa butiran untuk tujuan pengesahan.
– Semasa di fasa pembayaran, klik “Baucar NUR” dan potongan akan diberikan secara terus semasa pembelian.
Pillihan 2: Tebus di Kedai Berdaftar
– Pergi ke kedai fizikal yang berdaftar di bawah Program NUR.
– Bawa bersama bil elektrik dan Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan.
– Pekedai akan bantu membuat semakan dan permohonan.
– Diskaun e-Rebat NUR boleh dimohon melalui pembelian penyaman udara dan peti sejuk berlabel 4 & 5 bintang cekap tenaga sahaja.
– Potongan diskaun e-Rebat RM200 akan diberikan secara terus semasa pembelian.
Terdapat lima (5) platform e-Dagang bagi pengguna domestik membuat tuntutan diskaun e-Rebat secara atas talian iaitu Shopee, Lazada, Tiktok Shop, PGMall dan Youbeli bagi pembelian peralatan elektrik yang tersenarai dibawah program ini.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenau program ini, sila hubungi:
Pegawai Program NUR
Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal
SEDA Malaysia
03 8870 5869/5864/5947/5915
Emel: [email protected]
Baca juga: Nikmati Rebat Solar SuRIA Home Sehingga RM3,000! – Semak Syarat Kelayakan




