Advertisements

MySTP Calon: Login Sistem Tawaran Pelantikan SPA

Advertisements

Sistem Tawaran Pelantikan MySTP merupakan satu inovasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan SPA dalam mempercepatkan urusan pelantikan.

Sistem ini memudahkan calon memberi maklumbalas samada menerima atau menolak pelantikan jawatan ke dalam sektor awam.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang MySTP dan cara menghantar borang jawapan pelantikan kepada SPA.

Apakah MySTP ?

Untuk makluman anda, sistem MySTP ini dibangunkan secara In House oleh Bahagian Pengurusan Maklumat SPA bagi tujuan menghasilkan Sistem Tawaran Pelantikan secara atas talian untuk mempercepat dan mempermudahkan urusan lantikan.

Dengan adanya sistem ini, Calon tidak perlu lagi menghantar borang jawapan pelantikan kepada SPA sekiranya menerima tawaran pelantikan yang ditawarkan dan Calon boleh memasuki sistem dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dipaparkan serta mencetak surat tawaran sekiranya menerima tawaran lantikan.

Selain itu, sistem ini ditambah baik dengan menambahkan satu lagi sistem bagi Agensi untuk memantau senarai tawaran yang telah dibuat bagi tempoh setahun kebelakang hingga ke tahun terkini.

Sistem ini juga dilengkapi dengan penjanaan statistik mengikut nombor pemerolehan, jawatan dan tahun bagi memudahkan urusetia mendapatkan laporan dengan mudah dan tepat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jika anda merupakan calon yang berjaya temuduga, tengok panduan ini untuk tindakan selanjutnya ok!

PELAKSANAAN PROSEDUR BAGI CALON YANG MENERIMA TAWARAN PELANTIKAN SECARA TETAP MELALUI MySTP

Berikut adalah pelaksanaan prosedur penerimaan tawaran pelantikan MySTP berkuatkuasa 20 Oktober 2021.

Baca juga: ePrestasi KPM: Panduan Isi Borang Keberhasilan 2021 (Penilaian Akhir)

Contoh Emel Hebahan Tawaran Pelantikan SPA

Sekiranya anda ditawarkanpelantikan bagi jawatan yang dimohon, anda akan mendapat e-mel sepeti berikut:

Calon akan menerima notifikasi memaklumkan tawaran pelantikan telah diaktifkan oleh Urus Setia SPA melalui emel bersama-sama pautan ke laman MySTP Calon

Login MySTP Calon

Untuk login ke MySTP, calon perlu ke pautan berikut:
https://stp.spa.gov.my/tawaranv2.0/

Calon perlu masukkan maklumat seperti yang didaftarkan di Sistem
SPA9 untuk akses ke sistem MySTP:

  • No.Kad Pengenalan
  • Jawatan Yang ditawarkan
  • Negeri Kelahiran Ibu

Cara Terima / Tolak Tawaran Pelantikan SPA

MySTP akan memaparkan maklumat seperti berikut apabila calon berjaya login ke MySTP.

Calon perlu menjawab “Terima” atau “Tolak” tawaran pelantikan dan klik butang “Hantar”.

Tawaran pelantikan hanya boleh dihantar sekali sahaja.

Jika calon ingin menukar Status Tawaran, Calon perlu menghubungi Urus Setia SPA dan Urus Setia SPA akan menukar status Tawaran di MySTP Urus Setia SPA.

i) CALON TOLAK TAWARAN

Apabila calon menjawab “Tolak” tiada capaian dokumen dapat dicetak/dimuat turun.

ii) CALON TERIMA TAWARAN

Apabila calon menjawab “Terima” menu berikut akan dipaparkan :

  1. Capaian untuk dokumen cetak/muat turun surat Tawaran, Surat Setuju Terima Borang Pemeriksaan Kesihatan dan Akuan Berkanun
  2. Menu Pemeriksaan kesihatan : Untuk calon mengemaskini keputusan pemeriksaan kesihatan setelah keputusan diterima dari Pengamal Perubatan Berdaftar.

NOTA: Link dokumen hanya boleh dicapai dalam tempoh 3 bulan dari tarikh paparan Urus Setia SPA. Selepas itu dokumen tidak boleh akses oleh calon.

mystp spa
mystp spa

Mengemaskini Menu Pemeriksaan Kesihatan

Calon perlu login semula di MySTP selepas selesai pemeriksaan kesihatan untuk mengemaskini keputusan perubatan.

Jika calon belum mengemaskini keputusan pemeriksaan
perubatan, Paparan status adalah STATUS STP : URUSAN TIDAK LENGKAP

Calon perlu klik pada butang “Maklumat Perubatan” untuk mengemaskini status kesihatan.

Satu pop-up window “Adakah anda telah menjalani pemeriksaan kesihatan?” akan dipaparkan.

Keputusan Pemeriksaan Kesihatan hanya boleh dihantar sekali sahaja.

Rujuk cara menghantar keputusan peperiksaan dalam panduan di bawah:

STATUS PEMERIKSAAN KESIHATAN MYSTP : SIHAT

STATUS PEMERIKSAAN KESIHATAN MYSTP : MENGHIDAP MASALAH KESIHATAN

STATUS PEMERIKSAAN KESIHATAN TELAH DIKEMASKINI

PERINGATAN

  1. Calon yang telah menerima surat pelantikan daripada SPA sahaja yang boleh menggunakan sistem MySTP ini.
  2. Calon hanya boleh menjawab terima/tolak tawaran pelantikan sekali sahaja dan keputusan adalah muktamad .
  3. Sekiranya calon menerima tawaran pelantikan, calon hendaklah mencetak dua (2) Salinan Surat Setuju Terima untuk dikemukakan semasa melaporkan diri di Kementerian/Jabatan yang berkenaan.
  4. Calon hendaklah mengambil perhatian terhadap tempoh sah laku penerimaan tawaran, tempoh melengkapkan dan mengemaskini borang pemeriksaan kesihatan dan Akuan Berkanun. Kegagalan mematuhi tempoh yang ditetapkan akan mengakibatkan tawaran pelantikan calon LUPUT dan TERBATAL.

Baca juga: SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2021

PENERIMAAN TAWARAN DAN LAPOR DIRI BERTUGAS

Borang Penerimaan Pelantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (PSC) boleh didapati di MySTP

Secara umumnya, seseorang calon yang ditawarkan pelantikan ke perkhidmatan awam hendaklah membawa dokumen berikut semasa melaporkan diri:

  1. Surat Tawaran Pelantikan
  2. Surat Setuju Terima Pelantikan
  3. Borang Pemeriksaan Perubatan
  4. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan
  5. Akuan Berkanun

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Leave a Comment