Mini Karnival Kerjaya Graduan & Peranisan 2.0 – Peluang Pekerjaan di KL

Berita baik buat semua terutamanya golongan lepasan pengajian tinggi di negara ini apabila pihak PERKESO Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dann Kementerian Belia dan Sukan bakal menganjurkan Mini Karnival Kerjaya Graduan dan Perantisan 2.0.

Golongan yang terkesan pandemik COVID-19, dibuang kerja dan sedang mencari peluang pekerjaan yang lebih baik juga digalakkan untuk menyertai mini karnival kerjaya ini.

Karnival yang dijalankan secara online ini adalah percuma dan bagi anda yang berminat untuk menyertainya, sila fahamkan info berikut untuk proses pendaftaran.

Maklumat program

  • Nama: Mini Karnival Kerjaya Graduan dan Perantisan 2.0
  • Tarikh: 29 September
  • Hari: Sabtu
  • Masa: 9 pagi hingga 4 petang
  • Platform: Cisco Webex
  • Penganjur: PERKESO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Program ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia amnya tetapi dibuka kepada penduduk Kuala Lumpur khusunya memandangkan jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan adalah di sekitar Kuala Lumpur.

Jawatan kosong yang ditawarkan

Untuk program ini, beberapa syarikat yang menyertainya turut menawarkan beberapa pekerjaan bagi yang berminat untuk memohon.

Antara syarikat yang terlibat adalah:

  • Ixi Solutions Sdn. Bhd.
  • Ayamas Shoppe Sdn. Bhd.
  • The Lankan Crabs Sdn. Bhd
  • Al Ikhsan Sports Sdn. Bhd.

Bagi melihat senarai penuh tawaran pekerjaan yang ditawarkan, sila lihat poster rasmi Mini Karnival Kerjaya Graduan dan Perantisan 2.0 di bawah.

Cara mendaftar

Disebabkan program ini dianjurkan secara dalam talian dan pemohon yang berminat akan ditemuduga secara online, maka bagi yang berminat anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu.

Bagi anda yang sedang mencari kerja dan berminat untuk menyertai mini karnival ini, sila isi borang pendaftara berikut secar online:

> Borang Pendaftaran Mini Karnival Kerjaya Graduan dan Perantisan 2.0

Hanya peserta yang mendaftar sahaja akan diberikan akses untuk program ini yang dibuat melalui platform Cisco Webex.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mahupun kemusykilan, anda boleh hubungi pegawai bertugas Pn Fadillah di talian 013-9923806

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!