MARAeps : Login, Daftar & Buat Pembayaran MARA Online

Seiring dengan kemajuan teknologi, pihak Majlis Amanah Rakyat atau MARA telah membangunkan MARAeps.

Platform ini boleh diguna pakai oleh kesemua pihak yang berdaftar dengan platform ini khususnya bagi penerima/pengguna kemudahan dan fasiliti MARA.

Apa itu MARA eps?

MARAeps merupakan singkatan bagi MARA Electronic Payment System.

Ia merupakan sebuah aplikasi dan portal khas yang menjadi gerbang elektronik MARA.

Dengan platform ini semua bayaran fasiliti kemudahan yang disediakan oleh MARA dapat dilaksanakan melalui satu aplikasi khas yang boleh diakses pada bila-bila masa secara atas talian.

Tujuannya untuk menerima bayaran yuran/pinjaman/pembiayaan pelajaran/perniagaan, caruman, sewa dan fasiliti lain yang ditawarkan oleh MARA.

Cara akses

Platform ini boleh diakses oleh kesemua pengguna melalui platform berikut;

  1. Laman sesawang – https://bayar.maraeps.my/
  2. Aplikasi Android di GooglePlay – MARAeps
  3. Aplikasi iOS di Applestore – MARAeps

Perkhidmatan yang disediakan

Platform ini menawarkan pembayaran atas talian bagi khidmat/fasiliti berikut:

  1. Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran.
  2. Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan.
  3. Pembayaran Kursus/Program berkala MARA
  4. Pembayaran Yuran Pengajian MRSM, TVET, dan IPMA.
  5. Pembayaran Rumah Rehat MARA
  6. Pembayaran Caruman dan lain lain fasiliti MARA

Cara penerimaan bayaran

Platform ini menawarkan penerimaan bayaran seperti berikut;

  1. Bayaran atas talian menerusi bank-bank tempatan (FPX)
  2. Bayaran kad kredit menerusi E-mandate atau (DDA)

Perkhidmatan tertakluk kepada keperluan keselamatan dan proses perlaksanaan yang diarah pematuhannya oleh Paynet dan Bank-Bank Pembayar.

Spesifikasi keselamatan PCI menjadi asas piawaian untuk sistem dan proses operasi perkhidmaan ini.

Sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan sistem perlindungan penapisan penipuan memberi perlindungan tambahan kepada keselamatan data dan maklumat kewangan pengguna.

Cara daftar

MARAeps

Sebelum menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan di platform ini, anda terlebih dahulu perlulah mendaftarkan akaun anda.

Untuk mendaftarkan akaun baru, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman MARAeps di alamat https://bayar.maraeps.my/
  2. Pada kota Log Masuk, klik pada tulisan “Daftar baru”
  3. Lengkapkan segala butiran yang dikehendaki
  4. Klik butang “Daftar” pada bahagian paling bawah untuk melengkapkan pendaftaran akaun anda.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh terus berhubung dengan penyelia platform ini melalui salah satu medium berikut:

  1. Careline (9am – 5pm)
     03-2638 1111
     03-2638 1222
  2. Emel: [email protected]
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!