eBaki MARA: Login Semakan Baki Pinjaman MARA Online

ebaki MARA adalah sebuah portal yang memudahkan semua peminjam pelajaran MARA menyemak dan membayar baki pinjaman mereka secara dalam talian.

Sejak dahulu lagi, pihak MARA banyak memberikan bantuan pinjaman pelajaran bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian dalam dan luar negara.

Jenis pinjaman pelajaran MARA

Pada masa kini, terdapat 2 jenis pinjaman pelajaran yang diberikan oleh pihak MARA iaitu:

  1. Tertiary Education Loan Program (TESP) – Khusus untuk pelajar lepasan SPM, Sijil dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama dalam bidang dan institusi dalam negara yang ditetapkan olehh MARA.
  2. Excellent Student Program (IPMa) – Khusus untuk pelajar cemerlang Institut Pendidikan MARA (IPMa) untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama di dalam dan luar negara dimana pelajar dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang dan penglibatan aktif dalam kurikulum semasa di IPMa di peringkat sijil dan diploma dengan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Untuk kemaskini jenis pendidikan yang ditawarkan, anda boleh melayari laman Pembiayaan Pendidikan MARA.

Setelah pelajar menamatkan pengajian, mereka dikehendaki membayar semula pinjaman pelajaran yang diberikan dimana jumlah bayaran semula ini ditetapkan berdasarkan pencapaian akademik mereka setelah tamat pengajian.

Fungsi eBaki MARA

ebaki mara

Bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian menggunakan pinjaman pelajaran MARA, maka eBaki adalah portal di mana mereka boleh melakukan pelbagai perkara mengenai pinjaman mereka seperti yang berikut:

  1. Menyemak baki pinjaman pendidikan
  2. Menyemak penyata pinjaman pendidikan
  3. Menyemak jadual bayaran semula pinjaman pendidikan
  4. Permohonan emoratarium
  5. Permohonan pengurangan pembayaran pinjaman pendidikan
  6. Melakukan pembayaran semula pinjaman pendidikan

Cara daftar eBaki MARA

  1. Layari lman eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
  2. Bagi pengguna baru yang ingin mendaftar, klik pada link “Pengguna Baru”
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk melakukan carian
  4. Kemudian, lengkapkan pendaftaran dan mengisi segagala butiran yang dikehendaki

Cara semak baki pinjaman pendidikan

  1. Layari lman eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kataluan
  3. Klik butang Hantar
  4. Pada kolum “Jadual Bayaran Balik” klik [Papar]

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini berkaitan MARA, sila layari saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!