Sanah Helwah (سنة حلوة): Maksud & Contoh Ucapan Hari Lahir

Sanah Helwah: Ucapan Ulang Tahun Dalam Islam

Selamat Hari Jadi!

Happy Birthday!

Sanah Helwah!

Eh, Sanah Helwah tu apa? 

Hah, jom baca perkongsian di bawah.

BACA JUGA: Doa Penerang Hati – Senarai Doa Untuk Penuntut Ilmu

Maksud Sanah Helwah

Walaupun bahasa yang berbeza, ketiga-tiga ucapan tersebut membawa maksud yang sama. Sanah Helwah adalah merupakan ucapan selamat hari lahir dalam Bahasa Arab. 

Seperti ucapan-ucapan selamat hari lahir yang lain, Sanah Helwah juga merupakan ucapan yang menggambarkan kegembiraan dan penghargaan ditujukan kepada individu yang merayakan ulang tahun mereka. 

Dari segi ejaan, terdapat pelbagai ejaan seperti sana helwa, sanah helwa dan sana helwa. Walau bagaimanapun, sebenarnya semua perkataan ini tetap membawa maksud yang sama.

Dalam konteks keagamaan, ucapan selamat hari lahir dianggap sebagai ucapan yang istimewa untuk merenungkan dan mensyukuri nikmat Allah atas umur yang diberikan kepada seseorang.

Contoh Ucapan Hari Jadi / Sanah Helwah

Hari kelahiran adalah merupakan hari istimewa bagi setiap individu. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan ingatan kepada orang tersayang anda termasuklah dengan memberi ucapan khas.

Berikut adalah beberapa contoh:

  • Sanah Helwah! Barakallah Fii Umrik! (Semoga mendapat berkah dari Allah dalam usiamu)
  • Sanah Helwah ayah! Semoga Allah SWT memberkati ayah, diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang berpanjangan. Amin. 
  • Sanah Helwah (nama). Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.
  • Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. Sanah Helwah sahabatku!
  • Sanah Helwah wahai Ibuku. Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan sentiasa. Engkaulah ibu yang terbaik bagi anakmu dan doakan kejayaan anak-anakmu selalu. 

Hukum Menyambut Hari Kelahiran Dalam Islam

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, sebahagian ulama memberi pandangan bahawa hukum menyambut hari kelahiran adalah HARUS. 

Tetapi mestilah mengikuti beberapa garis panduan sepeti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan.

Sambutan tesebut hendaklah semata-mata memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri yang betapa dekatnya dengan kematian ketika mana usia telah lanjut dan menuju senja, atau pun untuk menyemak dan muhasabah kembali kehidupan yang dilalui, serta muamalah antara suami dan isteri, dan mengatakan hubungan pasangan, maka ini dibolehkan.

Adapun jika terhasil pada sambutan itu, jemputan yang membawa kepada percampuran kepada lelaki dan perempuan tanpa batasan, ucapan yang dimurkai Allah, nyanyian dan tarian yang keji, maka hukumnya tidak harus, kerana perhimpunan atas kebatilan.

RUJUKAN: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1695

Idea Meraikan Hari Kelahiran Mengikut Syariat

Meraikan hari kelahiran dengan mempertimbangkan nilai-nilai agama adalah cara yang baik untuk menyambut ulang tahun. Berikut adalah beberapa cara untuk meraikan hari kelahiran mengikut syariat Islam:

1. Perbanyakkan doa dan zikir

Raikanlah hari kelahiran anda dengan doa dan zikir. Banyakkan bersyukur atas nikmat kehidupan yang diberikan. Sebagai sahabat/ahli keluarga, anda boleh berikan ucapan selamat serta ‘hadiahkan’ doa buat orang tersayang pada hari kelahirannya. 

2. Berkongsi rezeki/Sedekah

Sekiranya mempunyai rezeki lebih, anda boleh adakan majlis jamuan makan mengikut syariat islam (tiada percampuran lelaki perempuan dan hal-hal lagha) untuk berkongsi rezeki bersama orang lain. Atau, anda boleh sedekah sejumlah wang/makanan/dan lain-lain ke rumah anak yatim, fakir miskin atau orang yang memerlukan. 

3. Membuat Amal Kebaikan

Gunakan hari kelahiran sebagai peluang untuk melakukan amalan kebaikan, seperti menziarahi orang sakit, membantu orang lain, membawa ibu ayah keluar berjalan-jalan dan sebagainya. 

4. Mengadakan Majlis Ilmu

Anda juga boleh anjurkan majlis ilmu di mana ada sesi ceramah agama atau perbincangan yang memberikan pengajaran tentang nilai-nilai Islam dan bagaimana mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari.

5. Mempelajari Ilmu Agama

Gunakan hari kelahiran anda sebagai titik permulaan untuk anda mula mempelajari ilmu agama secara mendalam dan istiqamah. Contohnya seperti menghadiri kelas Al-Qur’an, mempelajari hadis, atau mengikuti kelas belajar solat dan sebagainya. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda! 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!